Saturday, April 2, 2011
Kerajaan PR Selangor Catat Lebihan Pendapatan
Peguam Umno Nak Saman DUN Selangor
Usul Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bakal mengheret DUN, Speaker dan Khalid ke mahkamah.
Peguambela dan pegumacara, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata tindakan itu terpaksa diambil berikutan DUN Selangor meluluskan satu usul untuk merujuk beliau dan Adun Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
“Saya difahamkan bahawa Menteri Besar akan membawa satu usul ke dalam sidang untuk merujuk saya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas tuduhan menghina DUN melalui satu surat kepada Speaker Dewan.
“Dalam usul berkenaan mengatakan saya berbahasa tidak senonoh, biadab dan mengugut sedangkan surat yang dihantar kepada Tetuan Thommy Thomas selaku peguamcara kepada Datuk Teng Chang Kim, Speaker DUN meminta bayaran kos yang diperintah oleh mahkamah,” katanya di sidang media berhubung usul berkenaan.
Menurutnya, surat yang dihantar itu adalah amalan biasa firma guaman untuk menuntut bayaran kos perbicaraan mahkamah anak guamnya, Adun Pelabuhan Kelang yang sudah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 18 Disember lalu.
Pembayaran itu perlu selepas mahkamah memutuskan bahawa keputusan Teng sebagai Speaker DUN Selangor yang membuat keputusan memecat Badrul sebagai Adun Pelabuhan Kelang, sebagai tidak sah.
Hafarizam berkata, apa yang dilakukan oleh Khalid dianggap sebagai satu campur tangan politik dalam bidang profession perguaman di negara ini dalam mempertahankan hak anak gumanya.
“Di sini, saya ingin jelaskan surat yang dihantar bukanlah dihantar oleh saya sendiri tetapi firma kami sebagai peguam kepada badrul Hisham dan kami tidak pernah meulis surat kepada Tuan Speaker seperti yang dicadangkan oleh usul tersebut.
“Apa yang saya lakukan ini memberitahu bahawa perkara yang dinyatakan itu tidak benar dan saya percaya usul itu akan diterima, apa yang berlaku itu sebagai tidak adil kerana saya tidak berpeluang untuk mempertahakankan apa yang kami lakukan kerana saya bukan Adun.
“Untuk mempertahankan diri, saya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap DUN Selangor, Menteri Besar dan Tuan Speaker jika usul berkenaan diluluskan kerana di situ saya boleh bercakap untuk menyatakan apa yang sebenarnya,” katanya.
Beliau juga mengesa Majlis Peguam membuat kenyataan berhubung perkara yang berlaku kerana tindakan diambil telah mengganggu profesion perguaman di negara ini, dan kes itu adalah yang pertama kali di negara ini apabila satu usul membabitkan profesion perguaman di bawa ke sidang DUN. - MediaUMNO.
PANAS!! Liputan Pilihanraya DUN Sarawak: Petanda Buruk Buat Barisan Najis!!
![]() |
| Apakah kaum Bidayuh berani menyanggah "rasuah" yang bakal ditabur malaon perompak terbesar di Malaysia ini?? |
Saya sempat singgah di beberapa bandar dan pekan Sarawak iaitu Serian, Sri Aman dan Sibu.
Serian, sekitar sejam perjalanan dari Sibu merupakan kawasan Bidayuh, Sri Aman didominasi kaum Iban, bandar Sibu kaum Cina, manakala Mukah kebanyakannya didiami etnik Melanau.
Dalam persinggahan di pekan berkenaan, menjadi kebiasaan saya untuk singgah di kedai kopi tempat tumpuan orang ramai.
Keunikan Sarawak terletak kepada kewujudan masyarakat pelbagai kaum yang mengamalkan agama dan budaya yang berlainan.
Meskipun berbeza dari segi kepercayaan, sikap tolak ansur dan saling menghormati menyebabkan mereka dapat hidup dalam keadaan harmoni.
Tidak pernah berlaku konflik atau ketegangan hubungan kaum di negeri ini.
Pemimpin dan ahli politik bagai faham akan hakikat bahawa mereka perlu sentiasa menjaga sensitiviti dan perasaan kaum lain.
Sikap sedemikianlah yang menjadi rahsia dan resipi kestabilan sosial dan keharmonian hubungan kaum di Sarawak.
Mereka tidak terpengaruh oleh sesetengah ahli politik yang menjadikan isu perkauman sebagai modal politik.
Mereka sedar, keadaan sekarang perlu dipelihara.
Masyarakat Sarawak hidup harmoni
Di kedai kopi milik orang Cina di bandar berkenaan saya dapati masyarakat pelbagai kaum duduk semeja memperkatakan pelbagai isu.
Sudah pasti isu paling hangat dan banyak diperkatakan adalah tentang politik dan tarikh pilihan raya.
![]() |
| Serian, salah satu bandar kaum Bidayuh, sejam setengah perjalanan dari Kuching dan dua jam dari Sri Aman |
Pada waktu menjelang pilihan raya mereka berpeluang melihat pelbagai wajah pemimpin yang hanya dapat disaksikan melalui kaca televisyen.
Bahang pilihan raya semakin terasa di mana-mana, tidak kira di bandar atau di rumah panjang dan kampung di pedalaman.
Kunjungan Ketua Menteri ke Astana Negeri Khamis, 17 April dikatakan satu lagi petanda.
Pilihan raya 16 April
Saya menjangkakan Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan 21 Mac ini manakala hari penamaan calon 9 April dan pilihan raya besar kemungkinan seminggu kemudian, iaitu 16 April.
Program ini dilancarkan tahun lalu, dan boleh disifatkan memberi petunjuk penting bila pilihan raya diadakan.
Program itu hampir mencapai puncaknya dengan yang terakhir dijangka diadakan di Kuching menjelang akhir bulan ini.
Apakah tujuan Perdana Menteri ke Serian?
Yang jelas, beliau ingin menyelami secara dekat aspirasi masyarakat tempatan sesuai dengan gagasan 1Malaysia.
Kawasan kediaman masyarakat Bidayuh itu merupakan penyokong kuat Barisan Nasional, tetapi enam kerusi DUN Bidayuh bukanlah boleh dikatakan dapat dimenangi dengan mudah jika diambil kira pelbagai isu yang membelenggu masyarakat itu.
Keunikan masyarakat Bidayuh
![]() |
| Pakaian kaum wanita Bidayuh |
Masyarakat Bidayuh mempunyai sembilan kerusi, tiga kerusi Parlimen, iaitu Mas Gading, Serian, dan Mambong, dan enam kerusi DUN.
Kerusi DUN berkenaan diwakili Ranum ak Mina (N1 Opar), Datuk Peter Nansien Ngusie (N2 Tasik Biru), Dr Jerip ak Susil (N16 Bengoh), Roland Sagah (N17 Tarat), Datuk Sri Michael Manyin (N18 Tebedu), dan Federick Bayoi Manggie (N19 Kedup).
Masyarakat Bidayuh menganggotai pelbagai parti – Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) mengakibatkan suara mereka berpecah meskipun mereka semua bernaung di bawah PBB.
Seorang daripada wakil rakyat Bidayuh dijangka digugurkan dalam pilihan raya nanti.
Sejauh manakah enam kerusi Bidayuh selamat dalam pilihan raya nanti?
Meskipun peluang semua kerusi itu dimenangi BN cerah, tetapi pertarungan di dua kawasan, iaitu Kedup dan Bengoh dijangka sengit.
PKR bakal mengemukakan calon daripada kalangan intelektual dan profesional Bidayuh.
Pemimpin politik Bidayuh sedar akan hakikat bahawa kali ini mereka tidak lagi boleh mengambil mudah akan ancaman dan tentangan pihak pembangkang.
Secara khusus, antara isu yang dimanipulasikan parti pembangkang di kawasan Bidayuh ialah tanah hak adat bumiputera (NCR).
Penduduk mendakwa bahawa tanah NCR yang diwarisi daripada nenek moyang mereka diambil tanpa pampasan munasabah oleh pihak kerajaan.
Satu daripada punca kekecewaan masyarakat Bidayuh ialah SUPP dikatakan tidak begitu mempedulikan masyarakat Bidayuh.
Dikatakan sebahagian pengundi di kawasan terbabit akan memprotes dengan mengundi calon pembangkang dalam pilihan raya nanti.
Mungkinkah masyarakat Bidayuh rela mengorbankan kerusi sebagai manifestasi kekecewaan dan protes?
Perlukah mereka berbuat demikian?
Dr Jeniri Amir, penganalisis politik UNIMAS
DUN Lenggeng Patut Dikosongkan!! PRK Terakhir Sebelum PRU13??
Sunday, March 6, 2011
ISU BELI TANAH FELDA....DATO' TUAN SAMAN MEDIA BN
KUALA LUMPUR, 5 Mac — Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahin Tuan Man tidak pernah membeli tanah milik seorang peneroka Felda sebagaimana didakwa Menteri Besar Pahang, sebaliknya hanya membantu urusan berkenaan, kata pemilik semasa tanah itu hari ini.Hari ini Utusan Malaysia memetik Datuk Seri Adnan Yaakob berkata Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhaya PAS Pahang membeli tanah berkenaan walaupun beliau sebenarnya tidak layak untuk berbuat demikian.
"Sebenarnya apa yang berlaku adalah, seorang peneroka Felda telah mengiklan di merata-rata tempat mahu menjual tanahnya. Dia juga telah menemui saya dan meminta saya membelinya.
"Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya. Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya bersetuju menggunakan nama isteri dia sementara saya menjelaskan kesemua pinjaman itu," kata pemilik tanah berkenaan Ibrahim Osman dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Ibrahim (gambar) menambah, apabila mempunyai duit secukupnya telah mengambil alih tanah itu dan mencagarkan di Mara atas nama syarikatnya.
"Oleh itu, soal Datuk Tuan Ibrahim membeli tanah Felda sehingga menganiaya peneroka Felda tidak berbangkit sama sekali dan satu dakwaan dan tuduhan yang tidak benar.
"Saya sangat dukacita dengan tuduhan itu kerana hasrat beliau untuk membantu saya dan peneroka berkenaan telah bertukar menjadi satu fitnah terhadap beliau," katanya lagi.
Ibrahim menambah, hasil dari jualan tanah Felda tersebut, peneroka berkenaan telah berjaya membangunkan enam hektar (15 ekar) ladang sawit dan juga ternakan kambing dan lembu, bukannya menjadi daif sebagaimana didakwa.
Laporan hari ini memetik Adnan berkata, beliau ada mendengar mengenai pembelian itu namun belum menerima dokumentasi mengenai urusan jual beli tanah tersebut.
"Setiap urusan pembelian tanah peneroka perlu melalui pejabat Menteri Besar dan sekiranya penjualan itu ada, maka saya akan mengetahui mengenainya," katanya.
Tuan Ibrahim juga merupakan Pengarah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau bagi PAS.
Pengundian akan berlangsung esok.
Pembelian itu dikatakan dilakukan atas nama isterinya itu dan didakwa menyebabkan tuan tanah asal tersebut kini hidup dalam serba kedaifan.
Adnan menambah, pemindahan milik tanah peneroka tidak dibenarkan kepada orang asing melainkan ahli keluarga sahaja itu pun dengan sebab-sebab tertentu.
isu pergaduhan di SMK Kerdau....SPR MENIPU RAKYAT...
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kesal dengan sikap penyokong parti politik yang mencetuskan provokasi hingga menyebabkan ketegangan di luar kawasan pusat mengundi. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata tindakan berkenaan dikhuatiri akan menyebabkan pengundi berasa takut untuk keluar mengundi apabila melihat ketegangan yang dicetuskan penyokong parti yang kebanyakannya adalah orang luar.
"Sudah menjadi perangai penyokong parti yang masih lagi degil dan tidak mahu mengikut arahan pihak SPR dan polis agar tidak berkumpul beramai-ramai di luar pusat mengundi.
"Tindakan provokasi dan perang mulut ini sebenarnya boleh menakut-nakutkan pengundi untuk keluar mengundi," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Ahad.
Beliau mengulas mengenai insiden pergaduhan kecil diluar pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau yang berlaku kira-kira pukul 8.55 pagi tadi.
Pergaduhan berkenaan dipercayai berlaku akibat provokasi penyokong PAS yang memasuki kawasan penyokong Barisan Nasional (BN) yang hanya dipisahkan dengan sebatang jalan.
Bagaimanapun insiden berkenaan berjaya dileraiakan oleh anggota keselamatan yang bertugas.







