Friday, February 25, 2011

BN lawan PAS di DUN Merlimau dan Kerdau

Syed Ibrahim (kanan) dan Hassanuddin bersalam tangan di pusat penamaan PRK Kerdau hari ini. — Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 26 Feb — Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat yang diwakili PAS berhadapan dengan pertarungan satu lawan satu pada kedua-dua pilihan raya kecil serentak — DUN Merlimau dan Kerdau. Status calon parti-parti yang mengemukakan borang penamaan calon disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi sejurus selepas berakhirnya sesi bantahan.
Pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau — yang ke-15 dan ke-16 sejak 8 Mac 2008, menyaksikan pertembungan tradisi Umno dan PAS.
BN memenangi kedua-dua kerusi itu tiga tahun yang lalu.
Di Merlimau, Roslan Ahmad dari BN berhadapan dengan calon PAS Yuhaizat Abdullah.
Yuhaizat merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.
Sementara di kerusi DUN Kerdau, PAS diwakili Ketua Penerangan PAS Pahang Hassanuddin Salim manakala BN pula Naib Ketua Umno Kuala Krau Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Hassanuddin pernah bertanding di Kerdau pada 2008 tetapi tewas.

No comments:

Post a Comment