Thursday, September 2, 2010

Y.B. Teo kali ini berbaju kurung dan berselendang. Makin manis dipandang! UMNO Semakin MEROYAN !





Isu Surau Mempopularkan Y.B.Teo: Perkasa Sebenarnya Tidaklah Perkasa.

Selepas mesyuarat kawasan pada tengahari itu aku berkata, "Tujuan Utusan mencetuskan isu Surau Al-Huda dengan Y.B.Teo Nie Ching tak kesampaian, bahkan makin menampakkan tembelang mahu mengeksploitasi kemarahan orang Melayu bagi kepentingan parti politik tertentu." Kawan yang masih di meja mesyuarat menambah, "Bukan saja tidak kesampaian, tetapi menunjukkan kejahilan tentang Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1 Mac 2010!"

Seorang kawan lagi yang masih berdepan dengan fail mesyuarat mencelah,"Yang aku hairan mengapa kepimpinan dua institusi agama di Selangor itu cepat melatah! Keras dan tidak teliti, terus menurut rentak yang dimainkan Utusan?""Ah memang, orang kenal arah mereka. Ada peluang terus ambil kesempatan!" Celah seorang ahli mesyuarat lain. "Kalau nak kata tak boleh ruang sembahyang dimasuki bukan Islam, termasuk perempuan, mengapa dibenarkan berlaku di masjid Negara dan Masjid Negeri?" Tanya kawan.

Aku menambah, "Ada silapnya Y.B.Teo, dia seharusnya memahami nilai Islam dan budaya mesyarakat Melayu, supaya tidak dieksploitasi untuk menarik kemarahan orang Melayu. Seeloknya majlis dibuat di bahagian luar!"

"Tapi dia datang sekejap waktu malam lepas tarawih, macam mana nak dibuat di luar, gelap! lagi pula dia bukan bertazkirah. Dia datang menyerah cek untuk membaiki pagar dan cakap tentang prihatin kerajaan Selangor tentang pendidikan!", hujah kawan berdepan denganku.

Selepas kami mesyuarat Y.B. Teo datang diiringi beberapa pengiringnya. Selepas tiba dia menyatakan, "Kehadiran kami untuk mendapat pandangan dari saudara-saudari sekalian."

Beberapa orang dari kami menerangkan kepadanya, apa yang kami bincangkan - sebagai agenda tambahan, isu berhubung dengannya. Dia berterima kasih dan menyatakan tindakan lanjut yang akan diambil dan mengharapkan pandangan dari kami akan diberi. Kami berpendapat, peristiwa ini sebagai pengajaran, semua pihak perlu berhati-hati dengan isu yang boleh menyentuh sensitiviti kepercayaan dan kaum.Pada tengahari itu, aku dimaklumkan oleh pihak seorang AJK tentang satu rombongan dinamakan "Wira Perkasa" datang ke Surau Al-Huda di Kajang Sentral. Mereka sasa dan bengis.

AJK itu bertanya tujuan kehadiran mereka. Secara keras mereka menjawab, mereka mahu menemui Pengerusi Surau Al-Huda. Secara sinis AJK itu menjawab,"Mana ada Pengerusi, bukankah semua jawatan sudah digantungkan?"

Terkejut ketua rombongan, kerana sedar tentang kejahilan mereka tentang duduk perkara!. AJK itu bertanya, "Tujuan mahu jumpa?""Kami mahu gantikan cek RM1,000 Teo, dengan peruntukan dari kami!"

"Mengapa?" tanya AJK."Maruah surau, tak boleh terima duit dari bukan Islam." jawab ketua."Itu bukan duit dia. Sebagai Wakil Rakyat, dia salurkan duit peruntukan dari kerajaan Selangor," hujah AJK.

Sekali lagi tersentak Ketua dengan hujah. Melihat Ketua diam, AJK membuat cadangan, "Bagus! Kalau dah banyak wang dan mahu bantu surau, surau berhampiran tu juga perlukan bantuan! Dapatkah diberi peruntukan?" tanya AJK menguji.

"Tak boleh," jawab Ketua rombongan memecah tembelang tentang keikhlasan."Kalau begitu tunggulah Pengerusi!" perli AJK itu lagi.

Pada masa itu Bilal di sebuah lagi surau berdekatan bang zohor, mereka dijemput oleh AJK sama berjamaah. Nampaknya mereka serba salah. Apa yang dinamakan Pengerusi tak ada. Mereka terkial-kial mencari, tapi mana mungkin menemui. Mereka juga tidak menyertai jamaah dan akhirnya, sia-sia mereka blaah!

Nampaknya Wira Perkasa itu tidaklah wira dari segi minda! Bahkan mentah dari segi tindakan!

Petang itu dari berita diikuti, Pemuda Umno pula datang menghantar memorandum mahu menemui Y.A.B. Menteri Besar. Sasaran mereka juga tidak betul. Mereka tidak pasti fokus yang patut mereka hadapi. Apa releven orang lain dihantar bantahan, orang lain pula diminta letak jawatan? Mereka tidak faham dengan kedudukan. Mereka jadi alat dan diperalat!Yang pasti Y.B. Teo makin mendapat publisiti!

Pada petang itu sekali lagi aku jumpa Y.B. Teo di Taman Tun Perak bersama menyampaikan bantuan faqir-miskin dan dia berbuka bersama rakyat. Y.B. Teo kali ini berbaju kurung dan berselendang. Makin manis dipandang! Dia nampaknya mulai menghayati budaya Melayu-Islam! Ada kejayaan kecil dari segi dakwah! Nampaknya Umno berusaha mahu jauhkan orang bukan Islam dari Islam dan kita berusaha mendekatkan mereka dengan Islam!

Sekian.

http://drshafie.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment