Tuesday, August 24, 2010

'Hero pasir' - Noh Omar tak berani kokok lagi



Penubuhan pasukan khas antirasuah pasir oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) didakwa menyebabkan timbalan pengerusi Umno Selangor Datuk Noh Omar kini tidak berani 'berkokok' lagi menyerang pentadbiran Pakatan Rakyat.

Mahfuz omar handing over to idris ahmad pas hq 220609 02 Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad (kiri) berkata, perkara itu juga disebabkan permohonan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri dalam negeri dan ketua polis negara supaya menangkap pencuri pasir.

"Keputusan yang bijak ini telah mematikan isu pasir di Selangor, kononnya berlaku penyelewengan (seperti didakwa) oleh hero pasir Datuk Noh Omar dan (bekas menteri besar) Datuk Seri Khir Toyo.

"Kita mengharapkan kalau boleh SPRM boleh buka balik fail-fail projek pasir yang dikendalikan oleh kerajaan BN dahulu, supaya rakyat tahu siapakah perompak pasir di Selangor," katanya.

Pada 21 Ogos lalu, Khalid mengumumkan SPRM dan KSSB bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas - dianggotai wakil kedua-dua pihak - bagi membanteras rasuah melibatkan perlombongan pasir di negeri itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris berkata PAS mengucapkan tahniah kepada kerajaan Selangor kerana mengambil pendekatan itu "supaya SPRM lebih bebas memantau operasi KSSB" dan mengesan sekiranya ada prosedur yang membuka ruang kepada rasuah.

"PAS berpandangan tindakan ini menunjukan betapa serius kerajaan Pakatan yang hendak memastikan khazanah bumi Selangor dapat dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira kaum.

"Selama ini industri pasir merupakan lubuk emas untuk kroni Umno. Kesannya yang kaya (hanyalah) kroni, manakala negeri dan rakyat makan lumpur," katanya.

Menurut Idris lagi, apabila industri pasir distruktur semula selepas Pakatan memerintah, kutipan royalti semasa jauh mengatasi zaman pemerintahan BN sebelum ini.

Khutbah: Khatib Zakaria tetap pertahan doanya

Zakaria Ahmad dikerumuni wartawan semasa keluar dari Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Pulau Pinang selepas memberi keterangan mengenai isu khutbah, di George Town hari ini. – Foto Bernama

GEORGE TOWN, 24 Ogos — Zakaria Ahmad, khatib yang mencetuskan kontroversi kerana berdoa untuk Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di Pulau Pinang, mempertahankan tindakannya itu dan berkata ia tidak salah di sisi agama.

“Bagi saya, berdoa (untuk orang bukan Islam) itu tidak salah cuma cara berdoa dan tempat (ketika khutbah Jumaat) itu yang dikatakan menjadi kesalahan.

“Insya-Allah lepas ini saya tidak akan mendoakan lagi (khutbah Jumaat) kalau hendak mendoakan pun di tempat lain,” katanya kepada pemberita selepas member keterangan kepada Jawatankuasa Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) di sini.

Dipetik Bernama, beliau menyifatkan isu berdoa itu adalah kecil tetapi telah diperbesarkan oleh orang politik dan beliau berterima kasih kepada MAIPP kerana member bimbingan kepadanya

Isu membaca doa untuk Lim bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat itu didedahkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.

Yang Dipertua MAIPP Elias Zakaria berkata jawatankuasa itu berpuas hati dengan keterangan Zakaria dan hasil perbincangan itu akan dibawa ke mesyuarat MAIPP untuk tindakan lanjut.

Katanya setakat ini tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap Zakaria dan khatib itu juga bersetuju untuk tidak mengulangi perbuatan itu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi mengesahkan polis telah mengambil keterangan Zakaria hari ini.“Kita cuba menyelesaikan siasatan berhubung kes ini hari ini,” katanya.TMI

Akidah Nik Nazmi Boleh Dipertikaikan ?

Mandor
BENARKAH Ketua Penerangan PKR Nik Nazmi menyebut bahawa `hudud tidak sesuai' dilaksanakan? Jika berita yang disampaikan oleh Karpal Singh itu benar, maka saya amat sedih dan kecewa dengan kenyataan YB dari PKR yang berbangsa Melayu dan berugama Islam itu.

Sebagai seorang Islam, Nik Nazmi sewajibnya percaya dan yakin bahawa hukum Islam itu sesuai pada setiap waktu. ketika dan di mana jua. Hukum Hudud bukan perjuangan PAS bersendirian, ianya menjadi kewajipan kepada semua yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasulnya. Soal bila waktu boleh dilaksanakan boleh diperdebatkan tetapi hukum tersebut tetap wajib dilaksanakan.

Memang benar, PKR bukan parti seperti PAS yang menjadikan Islam sebagai dasarnya. PKR adalah parti yang mendokong hak asasi dan keadilan dan keahlian di dalam parti tersebut dari berbagai bangsa dan ugama. Namun, hak dan kewajipan setiap Muslim di dalam PKR wajib dilaksanakan. Hukum Hudud terasnya adalah keadilan yang selaras dengan dasar yang terdapat di dalam PKR. Sehubungan itu, tidak menjadi masalah untuk PKR khususnya yang berugama Islam menyokong cita-cita PAS tersebut.

Samada benar atau tidak laporan yang dipetik dari Bernama hanya YB Nik Nazmi sahaja yang tahu. Cuma, jika benar seperti kenyataan yang dibuat oleh Karpal Singh tersebut, YB Nik Nazmi wajib memberi penjelasan agar kita tidak mempersoalkan akidahnya.
wfauzdin.blogspot.com

Ulasan PTE : jika benarlah barang yang dikata.......maka inilah diantara sampah-sampah yang perlu dibersihkan dari politik PR Selangor.....

ISU KHATIB.....DAKWAAN DAN SAKSI....UMNO LAH YANG BODOH

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakub berkata, kes khatib yang menyebut nama Lim Guan Eng tu akan disiasat mengikut Seksyen 4 A Akta Hasutan 1984 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Salah satu laporan yang dibuat mengatakan kejadian berlaku sewaktu khutbah sembahyang Jumaat di Masjid Jamek Padang Menora, Jun lalu,” katanya.

Katanya lagi, kejadian terbaru pula berlaku di Masjid Kubang Buaya, Butterworth pada 20 Ogos lalu yang membacakan doa seperti berikut: “Ya Allah Ya Tuhanku, Kau Selamatkanlah Pemimpin Kami Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng dan rakan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang.”

Kepada semua khatib-khatib jemputan seluruh malaysia awas lah anda semua kerana menyebut atau membaca doa untuk kesejahteraan dalam bahasa melayu yang mudah difahami oleh bangsa UMNO akan mudah disalah ertikan dan akan membawa anda kepada tuduhan Akta hasutan.....

Baca penjelasan saksi dibawah ini....

Pengakuan daripada saksi yang berada ditempat kejadian :-

Salam Sahabat semua,


Puasa kini dah masuk ke fasa ke 2… Mari lah kita tingkatkan amalan supaya menjadi Muslim yang beriman…


Minggu lalu kita semua di gempar dengan “cerita meloya dari Utusan Meloya “ yang di tulis oleh pengarang “jahil “ dan di ulas oleh pemimpin UMNO yang sewaktu dengan akhbar tersebut…


Konon nya KHATIB baca khutbah bubuh nama “Ketua Menteri LIM GUAN ENG “ ganti nama AGONG sebagai ketua Agama.. Sahabat sahabat semua… Salah seorang Khatib tersebut yang mempunyai “tauliah PUSAT ISLAM & merupakan Guru Takmir “ dan boleh mengajar di man mana dan mempunyai kelulusan AL AZHAR beliau Ustaz Zakaria Hj Ahmad…beliau merupakan adik kepada MUFTI PULAU PINANG Dato Hassan Hj Ahmad dan dan Abang kepada Ustaz Idris Hj Ahmad ketua penerangan PAS…dan seorang lagi Abang beliau Ustaz Salleh Hj Ahmad merupakan Pensyarah di UIA dan merupakan Yang dipertua Persatuan Ulama Malaysia…hebat tu semua ulamak besar belaka.


Setiap kali semasa membaca khutbah kedua atau kuliah beliau ada membaca doa untuk Agong tetapi dalam bahasa Arab… ni yang buat puak UMNO tak faham..dan lepas tu beliau mendoakan agar Allah bukakan “hidayah” kepada Ketua Menteri P. Pinang LIM GUAN ENG untuk memeluk ISLAM dan bukanya mengantikan nama Agong Saya dengar sendiri dengan mata kepalatapi yang sedih POLIS pun di jadikan alat oleh UMNO nidah tu pulak MUFTI PERAK.. pun turut jadi burung kakak tua… sedih betul puak ni… ditambah pula oleh bekas menteri besar kedah Mahzir khalid suruh guna ISA… apa punya bebal puak ni… jadi rumusan yang dapat kita buat teramat betul lah TOK GURU NIK ABD AZIZ menolak kerjasama dengan UMNO… dalam bulan puasa pun hati terus “hasad”…


Semuga Allah kurniakan kesedaran kepada mereka yang memfitnah ulama sebelum bala Allah turunkan sama seperti PAKISTAN…


Selamat berpuasa.

A Puaat B Hj Ahmad (PRD/PDB)


Ulasan PTE: Begitulah adanya dengan bangsa UMNO yang bodoh dan jahil ni....polis mpun dah terikut dan termakan dengan kebodohan mereka dan akhirnya kedua-dua mereka itu adalah benar-benar BODOH dan JAHIL.....



Sunday, August 22, 2010

"Saya doakan Guan Eng diberi hidayah peluk Islam"

TAIPING – Penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang disebut dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat di beberapa masjid sekitar Pulau Pinang bukan perkara baru.

Perkara itu disahkan khatib, Zakaria Ahmad yang mengakui bukan pertama kali beliau membaca doa tersebut tetapi ianya dilakukan sejak dua tahun yang lalu.

Menurutnya, doa yang disebut hanya menjuruskan supaya Allah memberikan hidayah kepada Guan Eng agar memeluk Islam.

“Tiada sebarang motif dalam khutbah berkenaan. Ramai yang salah faham terhadap isu ini dan mempolitikkannya sehingga menjadi berita hangat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, isu berkenaan tidak patut dipolitikkan dan menyifatkan kontroversi yang timbul sebagai mainan politik semata-mata.

"Saya terbuka dan bersedia menjawab serta menjelaskan perkara sebenar di sebalik isu hangat itu. Bagi meredakan keadaan ini, penjelasan di atas diharap dapat menerangkan perkara sebenar mengenai apa yang berlaku,” katanya.

-sinarharian.com.my

Perkara yang paling digeruni oleh Umno jika Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang begitu bersungguh-sungguh membawakan moto 'Amal Maaruf Nahi Mungkar' ke dalam pemerintahannya di negeri itu memeluk agama Islam.

Beliau yang mengagumi serta ingin mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abd Aziz menjadi mimpi ngeri buat Umno kerana rakyat telah membuka mata dan minda dengan menilai tahap kepimpinan beliau yang lebih terbuka dan mengutamakan rakyat berbanding pemimpin-pemimpin Umno sendiri.

Umno mencuba sedaya upaya untuk menjatuhkan Lim Guan Eng dengan walau apa cara dan walau sebodoh mana sekalipun asalkan mereka kembali berkuasa di Pulau Pinang.

Maaf, perlu diingat bahawa bukan Umno tetapi Gerakan yang berkuasa jika BN memerintah Pulau Pinang. Umno cuma memenangi kerusi sebanyak mungkin tetapi memberikan kuasa bulat-bulat kepada Gerakan untuk memerintah. -Ajijoi

Hudud: Noh Omar pengecut!

Oleh: WDOnline

"Tak habis-habis juak Umno sorang ni cakap pasal isu agama. Sebelum ini dengan lantang mencabar PAS menutup pusat maksiat di bulan Ramadhan. Namun sikap hipokrit Noh Omar tu telah ditempelak kembali oleh pemimpin PAS.Mungkin tiada perancangan, Noh main hentam aje. Apa tidaknya, cabarannya terhadap PAS Selangor menampakkan kebodohan dan tembelangnya selama ini yang tidak mengerti agama.

Tiba Ramadhan baru sibuk nak suruh tutup pusat maksiat, padahal maksiat bukan sahaja diharamkan di bulan Ramadhan sahaja.

Pulak tu, pusat maksiat yang diminta tutup tu pun adalah ‘tahi-tahi’ Umno ketika memerintah sebelum ini.

Selepas dicabar balik oleh PAS supaya tutup dulu pusat maksiat di negeri Umno-BN termasuk Genting yang menjadi pusat judi terbesar di Asia Tenggara. Waktu tu barulah Noh merasa bodoh sebab tersilap cabar PAS sehingga terdiam seribu bahasa (tak berani nak tegur negeri Umno yang lain).

Konon nak tunjuk hero sebab beliau adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor. Jadi kena ada satu planning nak bagi bos atasnya nampak dia buat kerja. Walaupun sejak akhir-akhir ini namanya terperosok ke bawah kerana cubaan seorang lagi pesaingnya, Khir Toyo untuk jadi glamour.

Riuh kedengaran pula, kehadiran pembelot PKR, Ezam dalam program ‘selamatkan selangor’ telah menenggelamkan nama Noh Omar.

Noh merasa kedudukannya dicabar, maka mulalah musuh politiknya, PAS dinista habisan.

Namun Noh dilihat tidak serik dan tidak mahu belajar dari pengalaman lepas.

Semalam beliau telah menuduh PAS pengecut dengan DAP berkaitan pelaksanaan hukum Hudud.

Dalam Sinar Harian, Noh Omar cuba memperbodohkan dirinya lagi apabila mendakwa Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersandiwara berhubung isu hukum hudud dan meminta menghentikannya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, ia kerana Pas hanya berani bersuara mengenai isu tersebut tetapi tidak berani melaksanakannya kerana takutkan sekutunya, DAP.

“Dulu, semasa Pas sendirian tanpa PKR dan DAP pun tidak mampu melaksanakan hukum hudud apatah lagi apabila bergabung dengan DAP dan PKR. Sebenarnya Pas takut dengan DAP, tidak berani hendak bercakap,” katanya.

Sah!, memang Noh Omar bodoh.

Hang tak ingat ke buat-buat tak ingat yang menyekat pelaksanaan Hudud di Kelantan tu sape? DAP ke Umno?

Hang yang mengaku beragama Islam tapi bersekongkol dengan parti yang menyekat pelaksanaan hukum Allah (Hudud). Bermakna hangpa lebih jahat daripada DAP.

PAS Kelantan sudah membentang pelaksanaan enakmen hukum Hudud dan sudah pun diluluskan oleh Sultan, tetapi disekat pelaksanaannya oleh kerajaan pusat. Sape kerajaan pusat tu Noh!. Umno yang hang duk cari makan tulah yang halangnya.

Sekarang pandai pulak hang kata PAS tak berani laksana Hudud sebab takut dengan DAP.

Padahal Umnolah yang takut dengan MCA. Terpaksa ikut cakap MCA dan biarkan MCA bermaharajalela sesuka hati.

Umno terpaksa beri lesen baru kepada pengusaha kelab-kelab malam hasil tekanan MCA. Baca kat sini.

Pusat hiburan dan maksiat tumbuh bagai cendawan selepas hujan, pusat judi terbesar di Gentang semakin gah. Sape yang bagi lesen tu hah? PAS ke?

Oi Noh!, hang tak berani ke tegur kerajaan BN agar tutup pusat maksiat dan judi tu semua? Ke hang takut dengan MCA?

Sementara itu, seorang lagi yang turut jejak langkah Noh Omar iaitu Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukur Idrus. Beliau berkata hasrat Pas melaksanakan hudud tidak akan berlaku.

Katanya, hukum hudud hanyalah sandiwara Nik Abdul Aziz untuk meraih sokongan rakyat.

“Lihat sahaja di negeri ini (Selangor), Pas terpaksa bersekongkol dengan DAP untuk menghalalkan penjualan arak, rumah urut, pusat judi dan sebagainya,” kata Shukur.

Woi!, arak, rumah urut, pusat judi kat Selangor tu sape yang dirikan? Hang baru tersedar dari tidur ke ape. Penjualan arak, pusat judi, rumah urut tu semua bukan ada ketika PR memerintahlah. Asal bodoh sangat hangpa?

Bahkan siapa yang benarkan kilang arak (Carlsberg) tu beroperasi di Selangor kalau tak Umno-BN. Dah berapa lama dah kerajaan BN makan hasil cukai arak.

Hang berak tepi jalan pastu tuduh orang lain berak. Tapi silapnya hangpa sebab tak sempat nak basuh berak. Jadi busuk tahi masih lagi lagi melekat kat hangpa. Macamana hang nak tuduh orang lain berak padahal tahi ada kat punggung hang. Bodoh tahap cipan. -WarkahDaily

Tuesday, August 17, 2010

Pak Seikh..Kadi Palsu ...Amil Palsu...kena serbu

SHAH ALAM – Tembelang Pak Sheikh yang mendakwa dirinya amil zakat bertauliah di Selangor dan menjadi broker pernikahan songsang akhirnya terbongkar selepas lokasi aktivitinya diserbu pihak berkuasa Jumaat lalu.

Dia bersama seorang ‘tok kadi’, seorang ‘saksi’ dan seorang wanita yang mendakwa anak kepada ‘tok kadi’ ditangkap dalam satu serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Jumaat lalu.

Serbuan yang dilakukan oleh 10 anggota penguat kuasa itu pada hari ketiga umat Islam berpuasa mengejutkan ‘ahli sindiket’ berkenaan sehingga ada di antara mereka tergamam dan menuding jari sesama sendiri.

Ketika diserbu, Pak Sheikh pada mulanya cuba ‘bermain wayang’ dengan menipu penguat kuasa namun dia mula menggigil dan percakapannya menjadi merapu setelah menyedari perbuatan haramnya terbongkar.Setelah diasak, barulah Pak Sheikh mengaku akan perbuatannya.

Berikut adalah antara butiran percakapan broker pernikahan haram berkenaan dengan pegawai penguat kuasa ketika serbuan dilakukan lebih kurang pukul 3.30 petang iaitu selepas solat Jumaat selesai.