Sunday, April 3, 2011

TVSelangor09 03042011 Dua "Wajah" PDRM

Demonstrasi : wajah sebenar PDRM...



KLANG 3 APRIL : Tiga tunjuk perasaan di Lembah Kelang hari ini menzahirkan sikap pilih kasih polis dalam menjalankan tugas mereka, sungguhpun badan itu mendakwa ia bebas dan berkecuali.

Lebih seratus anggota polis dikerah untuk menghalang demonstrasi Anti Loji Nuklear yang dianjurkan Pakatan Rakyat di Pulau Ketam pagi tadi, sehinggan memaksa majlis itu terpaksa dialihkan ke tempat lain.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dan hadiri dihalau dari kawasan jeti Pulau Ketam yang menjadi lokasi asal perhimpunan aman itu.

Satu lagi demonstrasi bersabit isu novel Interlok yang membabitkan wakil rakyat Pakatan Rakyat di Batu Caves juga dihalang polis.

Sekurang-kurangnya dua orang termasuk Ahli Parlimen Teluk Intan M.Manogaran di tahan.

Namun, di sebelah petang, polis bermurah hati apabila membenarkan demonstrasi anjuran Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang disokong oleh Umno berjalan tanpa halangan di Kelang.

Malah penunjuk perasaan pro-Umno dibenarkan berkumpul betul-betul di halaman Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di sini hari ini, dan mencetuskan pelbagai tafsiran orang ramai yang lalu-lalang di situ.

Penunjuk perasaan berkenaan kemudian dibenarkan mencaci keperibadian Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Malaysia, sekali lagi tanpa polis mengambil sebarang tindakan.

Pengerusi DAP Klang Ivan Ho Fook Keong berkata cara polis menangani tunjuk perasaan jelas menunjukkan badan itu tidak professional dan berkecuali sebagaimana
yang diharapkan oleh rakyat.

"Kami hendak adakan perhimpunan aman tetapi dihalang polis. Tetapi kalau UMNO nak buat demonstrasi jalan raya, polis menggalakkan mereka," kata beliau.

Ivan merujuk kepada demonstrasi 'kepala lembu' di shah alam dan beberapa tunjuk perasaan anjuran penyokong Umno yang tidak dihalang oleh polis, semata-mata
kerana yang disasarkan adalah Pakatan Rakyat.

"Tetapi apabila kami berhimpun secara aman,kami diugut akan ditangkap," kata Ivan.TVS

Saturday, April 2, 2011

Bongkar!! Tangkap Segera Ketua Pengarah Kastam

Serbuan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM) bersama beberapa lagi agensi pengkuatkuasa terhadap seorang Pengarah Kastam di Pahang dan beberapa pegawai kastam untuk membantu siasatan yg dipercayai mereka telah menjalankan kegiatan ‘Penggubahan Wang haram, Rasuah dan Menyalahguna kuasa dan kurang kutipan cukai yang sepatutnya dibayar sehingga merugikan kerajaan berbillion ringgit.’


Sebenarnya Ketua Pengarah Kastam, Dato Khalid dan lagi seorang Pengarah bernama Hj.Salleh harus disiasat kerana dikenal pasti kedua Pengarah Kastam atasan tersebut melakukan rasuah sehingga kaya raya dan menunggu masa pencen kerana saya yakin aset kedua pegawai tersebut lebih hebat daripada pengarah yang dicekup SPRM.

Sebagai warga Malaysia dan juga pembayar cukai, saya ingin mengingatkan pihak berkuasa, terutama SPRM jangan menjalankan ‘OPS Tayang’ atau serbuan ‘Double Standard’ kerana banyak artikel mengenai Ketua Pengarah Kastam telah dibongkarkan dengan maklumat yang diberi oleh Pegawai Kastam pencen yang disiarkan oleh Sabahkini.net dipercayai benar.

Di sini saya ambil kesempatan untuk bertanya SPRM adakah kes Kapal kargo yang di ekup oleh Polis Marin di Bintulu, Sarawak berapa tahun lepas dengan muatan minuman keras, rokok dan barangan bercukai dirampas bersama kapal atau dilepas kapal tersebut bersama barang dan tauke penyeludup hanya bayar kompaun dengan alasan yang diberi oleh Kastam kapal yang dicekup itu semua kargo untuk transhipment bukan mahu masuk ke perairan Bintulu oleh kerana kapal tersebut rosak. Cuba SPRM rujuk kembali kenyataan Jabatan Kastam terhadap kes tersebut.

Untuk makluman SPRM, ketika itu, jika tak silap saya, Dato Khalid ialah Pengarah Kastam Sarawak dan nama kapal yang dicekup itu ialah KPK. Pengarah Kastam Negeri yang menjadi kesayangan Ketua Pengarah ialah Hj Salleh. Beberapa tahun lalu, Hj.Salleh ialah Pengarah Kastam Labuan dan berjuta ringgit kerajaan telah rugi kerana kayu balak yang dibawa masuk ke Labuan oleh sebuah syarikat ‘Anika Rotan’ untuk transhipment dan disimpan di Asian Supply Base Yard.

Untuk pengetahuan SPRM, semua kayu balak ‘under declare size’ yang dikirim keluar dan document semua diatur oleh sebuah syarikat bernama ‘Sillion Shipping’. Kita juga minta SPRM siasat kes tersebut kerana jangan hanya gemar menangkap ikan bilis tetapi melepaskan jerung.

Kedua pengarah tersebut hanya tunggu pencen kerana mereka sudah menjadi jutawan. Kami menggesa ‘Special Task Force’ yang ditubuhkan baru-baru ini; yang berjaya mencekup Pengarah Kastam Pahang agar membuka semula fail Kes Bintulu dan siasat Dato’ Khalid dan Hj.Salleh kerana mereka telah merugikan negara dan memenuhkan poket mereka sendiri.

Saya juga meminta jasa baik SPRM agar memantau;

1. Pelabuhan Kota Kinabalu dan Sandakan kerana kontena rokok dan minuman keras ditarik masuk tanpa mengisytiharkan kontena tersebut mengandungi rokok atau minuman keras.

2. Rokok dan minuman keras juga dibawa masuk ke Sabah melalui Sipitang Dan Lawas.

3. Syarikat Utusan Trading dimiliki seorang Wanita yang lebih dikenali ‘Tauke Niu’ dan dua rakan kongsinya Lim atau ‘Tua Pui’ yang pernah dibuang daerah ke Sandakan oleh Pihak Polis. Manakala sebuah syarikat lagi bernama MU Trading. Ketiga syarikat tersebut telah bergabung untuk membekal semua minuman keras ke seluruh Sabah. Berpuluh ribu ringgit telah dibayar kepada Kastam, MOF, APPM setiap bulan dan jika ada serbuan oleh Jabatan Kastam hanya sebut dibeli dari Tauke Niu atau Kelly Tan; maka Pegawai Kastam macam jalan kawad "pusing belakang, cepat jalan " dan tiada sebarang tindakan. Kalau bukan daripada Tauke Niu, angkut semua barang naik kereta.

4. Setiap hari 3 hingga 4 Lori masuk pelabuhan Labuan dengan muatan minuman keras dan rokok untuk dimasuk ke dalam Feri Express secara halal. Alasan oleh Kastam Labuan; minuman dan rokok ada ‘declare’ dan untuk ke ‘Duty Free’ Limbang border. Bolehkah beratus karton minuman dan rokok ‘declare’ dan masuk feri penumpang setiap hari? Feri Express bawa penumpang atau kargo? Saya difahamkan Kastam Labuan minta RM18,000 sebulan daripada setiap Sindiket penyeludup. Duit yang diterima oleh pegawai Kastam Labuan akan dibagi dengan pegawai dari Ibu Pejabat Kuala Lumpur. Seorang penyeludup berkata, dia sudah berhenti kerana permintaan Kastam Labuan terlalu mahal dan di Kota Kinabalu minuman ‘direct’ ditarik oleh Tauke Niu, lagi murah. Sindiket di Kota Kinabalu yang tarik kontainer ialah kroni Ketua Pengarah Kastam. Ketua Pengarah Kastam sengaja menjaga ketat Labuan supaya penyeludup boleh masuk secara halal ke Kota Kinabalu dan Sarawak

5. Pegawai lain yang dalangi dan bersubahat akan kami bongkarkan identitinya dalam surat akan datang.

Salam hormat,

GRUP ANTI PENYELUDUPAN

Kerajaan PR Selangor Catat Lebihan Pendapatan

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan kerajaan Selangor memperolehi lebihan pendapatan sebannyak RM 124.24 juta pada kewangan berakhir Disember 2010 justeru menolak dakwaan pembangkang bahawa Selangor mengalami defisit sebanyak RM250 juta pada tahun kewangan lepas. Menurut Tan Sri Khalid, Selangor berjaya mencatat lebihan pendapatan kerana kecekapan dan ketelusan Pakatan Rakyat menguruskan pentadbiran negeri.


“Jabatan Kewangan Negeri telah buat kira-kira dan telahpun dihantar ke audit bagi tempoh tahun kewangan Disember 2010 kita dapat lebihan RM 124.24 juta berbanding kekurangan RM65 juta pada tahun kewangan berakhir Disember 2009,” jelas Khalid pada sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Jelas Tan Sri Khalid lagi pelbagai program kerajaan negeri seperti Program Merakyatkan Ekonomi Selangor dan tata kelola baik sehingga menarik minat pelabur dalam dan luar negara menjadikan Selangor antara penyumbang hasil tertinggi di negara ini.

Malah Khalid dengan gembira mengumumkan perolehan hasil negeri tahun lalu meingkat lebih 20 peratus. “Ini menjadikan hasil kutipan gabungan negeri berjumlah RM 732.25 juta, berbanding RM608.1 juta pada Disember 2009 iaitu peningkatan sebanyak 20.43 peratus,” kata beliau.

Masalah Hutang Talam Corporation yang diselesaikan dengan bijak turut membantu pendapatan kerajaan negeri. Prestasi cemerlang tahun lalu menunjukkan potensi sebenar negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat ini.

“Hasil negeri pada tahun 2009 meningkat dan kalau kita tak ambil skim susun semula Hutang Talam, tetap dapat 120.9 peratus lebih dari anggaran tahunan 101.33 peratus. Secara perbandingan tanpa mengira hutang Talam hasil negeri meningkat sebanyak 14 peratus,” terang Khalid./

Peguam Umno Nak Saman DUN Selangor

Usul Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bakal mengheret DUN, Speaker dan Khalid ke mahkamah.

Peguambela dan pegumacara, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata tindakan itu terpaksa diambil berikutan DUN Selangor meluluskan satu usul untuk merujuk beliau dan Adun Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

“Saya difahamkan bahawa Menteri Besar akan membawa satu usul ke dalam sidang untuk merujuk saya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas tuduhan menghina DUN melalui satu surat kepada Speaker Dewan.


“Dalam usul berkenaan mengatakan saya berbahasa tidak senonoh, biadab dan mengugut sedangkan surat yang dihantar kepada Tetuan Thommy Thomas selaku peguamcara kepada Datuk Teng Chang Kim, Speaker DUN meminta bayaran kos yang diperintah oleh mahkamah,” katanya di sidang media berhubung usul berkenaan.

Menurutnya, surat yang dihantar itu adalah amalan biasa firma guaman untuk menuntut bayaran kos perbicaraan mahkamah anak guamnya, Adun Pelabuhan Kelang yang sudah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 18 Disember lalu.

Pembayaran itu perlu selepas mahkamah memutuskan bahawa keputusan Teng sebagai Speaker DUN Selangor yang membuat keputusan memecat Badrul sebagai Adun Pelabuhan Kelang, sebagai tidak sah.

Hafarizam berkata, apa yang dilakukan oleh Khalid dianggap sebagai satu campur tangan politik dalam bidang profession perguaman di negara ini dalam mempertahankan hak anak gumanya.

“Di sini, saya ingin jelaskan surat yang dihantar bukanlah dihantar oleh saya sendiri tetapi firma kami sebagai peguam kepada badrul Hisham dan kami tidak pernah meulis surat kepada Tuan Speaker seperti yang dicadangkan oleh usul tersebut.

“Apa yang saya lakukan ini memberitahu bahawa perkara yang dinyatakan itu tidak benar dan saya percaya usul itu akan diterima, apa yang berlaku itu sebagai tidak adil kerana saya tidak berpeluang untuk mempertahakankan apa yang kami lakukan kerana saya bukan Adun.

“Untuk mempertahankan diri, saya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap DUN Selangor, Menteri Besar dan Tuan Speaker jika usul berkenaan diluluskan kerana di situ saya boleh bercakap untuk menyatakan apa yang sebenarnya,” katanya.

Beliau juga mengesa Majlis Peguam membuat kenyataan berhubung perkara yang berlaku kerana tindakan diambil telah mengganggu profesion perguaman di negara ini, dan kes itu adalah yang pertama kali di negara ini apabila satu usul membabitkan profesion perguaman di bawa ke sidang DUN. - MediaUMNO.

PANAS!! Liputan Pilihanraya DUN Sarawak: Petanda Buruk Buat Barisan Najis!!

Kaum Bidayuh bakal protes, 6 Kerusi DUN BN goyang

Apakah kaum Bidayuh berani menyanggah "rasuah" yang bakal
ditabur malaon perompak terbesar di Malaysia ini??

Pada hujung minggu lepas saya telah balik ke tempat asal saya, Mukah.

Saya sempat singgah di beberapa bandar dan pekan Sarawak iaitu Serian, Sri Aman dan Sibu.

Serian, sekitar sejam perjalanan dari Sibu merupakan kawasan Bidayuh, Sri Aman didominasi kaum Iban, bandar Sibu kaum Cina, manakala Mukah kebanyakannya didiami etnik Melanau.

Dalam persinggahan di pekan berkenaan, menjadi kebiasaan saya untuk singgah di kedai kopi tempat tumpuan orang ramai.

Dewan Undangan Negeri Sarawak mempunyai 71 kerusi dengan 28 kerusi mempunyai majoriti Melayu/Melanau, Iban 19 kerusi, Cina 15 kerusi, Orang Ulu tiga kerusi, dan Bidayuh enam kerusi.

Keunikan Sarawak terletak kepada kewujudan masyarakat pelbagai kaum yang mengamalkan agama dan budaya yang berlainan.

Meskipun berbeza dari segi kepercayaan, sikap tolak ansur dan saling menghormati menyebabkan mereka dapat hidup dalam keadaan harmoni.

Tidak pernah berlaku konflik atau ketegangan hubungan kaum di negeri ini.

Pemimpin dan ahli politik bagai faham akan hakikat bahawa mereka perlu sentiasa menjaga sensitiviti dan perasaan kaum lain.

Sikap sedemikianlah yang menjadi rahsia dan resipi kestabilan sosial dan keharmonian hubungan kaum di Sarawak.

Mereka tidak terpengaruh oleh sesetengah ahli politik yang menjadikan isu perkauman sebagai modal politik.

Mereka sedar, keadaan sekarang perlu dipelihara.

Masyarakat Sarawak hidup harmoni

Di kedai kopi milik orang Cina di bandar berkenaan saya dapati masyarakat pelbagai kaum duduk semeja memperkatakan pelbagai isu.

Sudah pasti isu paling hangat dan banyak diperkatakan adalah tentang politik dan tarikh pilihan raya.

Ramai yang tiba-tiba menjadi nujum pak belalang atau tukang ramal. Penduduk luar bandar sentiasa menunggu pilihan raya yang datang setiap dua tahun sekali di negeri ini, iaitu pilihan raya parlimen dan negeri.

Serian, salah satu bandar kaum Bidayuh,
sejam setengah perjalanan dari Kuching
dan dua jam dari Sri Aman
Mereka menganggapnya seolah-olah seperti pesta.

Pada waktu menjelang pilihan raya mereka berpeluang melihat pelbagai wajah pemimpin yang hanya dapat disaksikan melalui kaca televisyen.

Sesungguhnya, pilihan raya negeri Sarawak kesepuluh semakin dekat.

Bahang pilihan raya semakin terasa di mana-mana, tidak kira di bandar atau di rumah panjang dan kampung di pedalaman.

Berdasarkan perkembangan terkini, besar kemungkinan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Serian bagi menghadiri program Sejiwa Senada ialah petanda ada sesuatu yang penting akan berlaku sesudah peristiwa itu.

Kunjungan Ketua Menteri ke Astana Negeri Khamis, 17 April dikatakan satu lagi petanda.

Pilihan raya 16 April

Saya menjangkakan Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan 21 Mac ini manakala hari penamaan calon 9 April dan pilihan raya besar kemungkinan seminggu kemudian, iaitu 16 April.
Sejiwa Senada merupakan program penting bagi mendekatkan kerajaan dengan rakyat.

Program ini dilancarkan tahun lalu, dan boleh disifatkan memberi petunjuk penting bila pilihan raya diadakan.

Program itu hampir mencapai puncaknya dengan yang terakhir dijangka diadakan di Kuching menjelang akhir bulan ini.

Apakah tujuan Perdana Menteri ke Serian?

Yang jelas, beliau ingin menyelami secara dekat aspirasi masyarakat tempatan sesuai dengan gagasan 1Malaysia.

Kawasan kediaman masyarakat Bidayuh itu merupakan penyokong kuat Barisan Nasional, tetapi enam kerusi DUN Bidayuh bukanlah boleh dikatakan dapat dimenangi dengan mudah jika diambil kira pelbagai isu yang membelenggu masyarakat itu.

Keunikan masyarakat Bidayuh

Pakaian kaum wanita Bidayuh
Masyarakat Bidayuh dengan penduduk 200,000 jiwa merupakan 6 peratus daripada 2.5 juta penduduk Sarawak. Kebanyakan mereka tinggal di Bau, Lundu, Siburan, Penrissen, Padawan dan Serian.

Masyarakat Bidayuh terdiri daripada Bukar-Sadong yang tinggal di Serian, Biatah di Kuching, Bau-Jagoi di Bau, dan Selako-Lara di Lundu.

Masyarakat Bidayuh mempunyai sembilan kerusi, tiga kerusi Parlimen, iaitu Mas Gading, Serian, dan Mambong, dan enam kerusi DUN.

Kerusi DUN berkenaan diwakili Ranum ak Mina (N1 Opar), Datuk Peter Nansien Ngusie (N2 Tasik Biru), Dr Jerip ak Susil (N16 Bengoh), Roland Sagah (N17 Tarat), Datuk Sri Michael Manyin (N18 Tebedu), dan Federick Bayoi Manggie (N19 Kedup).

Masyarakat Bidayuh menganggotai pelbagai parti – Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) mengakibatkan suara mereka berpecah meskipun mereka semua bernaung di bawah PBB.

Seorang daripada wakil rakyat Bidayuh dijangka digugurkan dalam pilihan raya nanti.

Sejauh manakah enam kerusi Bidayuh selamat dalam pilihan raya nanti?

Meskipun peluang semua kerusi itu dimenangi BN cerah, tetapi pertarungan di dua kawasan, iaitu Kedup dan Bengoh dijangka sengit.

PKR bakal mengemukakan calon daripada kalangan intelektual dan profesional Bidayuh.

Pemimpin politik Bidayuh sedar akan hakikat bahawa kali ini mereka tidak lagi boleh mengambil mudah akan ancaman dan tentangan pihak pembangkang.

Secara khusus, antara isu yang dimanipulasikan parti pembangkang di kawasan Bidayuh ialah tanah hak adat bumiputera (NCR).

Penduduk mendakwa bahawa tanah NCR yang diwarisi daripada nenek moyang mereka diambil tanpa pampasan munasabah oleh pihak kerajaan.

Satu daripada punca kekecewaan masyarakat Bidayuh ialah SUPP dikatakan tidak begitu mempedulikan masyarakat Bidayuh.

Dikatakan sebahagian pengundi di kawasan terbabit akan memprotes dengan mengundi calon pembangkang dalam pilihan raya nanti.

Mungkinkah masyarakat Bidayuh rela mengorbankan kerusi sebagai manifestasi kekecewaan dan protes?

Perlukah mereka berbuat demikian?

Dr Jeniri Amir, penganalisis politik UNIMAS

DUN Lenggeng Patut Dikosongkan!! PRK Terakhir Sebelum PRU13??

ADUN BN Lenggeng Mustafa Salim telah dijatuhkan hukum penjara 3 tahun dan denda sebanyak RM20,000 kerana rasuah. Dengan keputusan ini, Kerusi DUN Lenggeng harus dikosongkan!
Mengikut undang-undang tubuh negeri bagi Negeri Sembilan, untuk penggal 2008 - 2013, sekiranya terdapat kekosongan kerusi DUN sebelum 28 April 2011, maka satu pilihanraya kecil akan diputuskan oleh SPR.
Namun demikian, hakim mahkamah telah membenarkan penangguhan hukuman bagi memberi laluan kepada mahkamah rayuan. Justeru, apa yang menjadi persoalan ialah bilakah agaknya tarikh sebutan mahkamah rayuan yang bakal menentukan sejauh mana kekebalan seorang ADUN BN ?
Saya mengambil contoh keputusan mahkamah tinggi ketika MB Nizar diumumkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah tetapi hanya setelah sehari mahkamah rayuan telah menyebelahi kem Barisan Nasional.
Sesungguhnya UMNO Barisan Nasional dan gejala rasuah tidak dapat dipisahkan bagaikan aur dengan tebing, bagai ombak dan pantai... saling memerlukan... BERI SALAH TAK BERI KALAH !!
EDYES @ edyesdotcom