Saturday, February 26, 2011
Friday, February 25, 2011
Undi Melayu beralih pada Pakatan jika media bebas
TEMERLOH, 26 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, perubahan undi Melayu kepada Pakatan Rakyat khasnya PAS hanya akan berlaku apabila orang Melayu mendapat maklumat yang tepat daripada media yang bebas.
Beliau berkata, malangnya hari ini media berbahasa Melayu tidak mendidik masyarakat Melayu mendapat maklumat yang seimbang dan bebas.
Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian semasa ditemui wartawan di Pusat Penamaan Calon bagi Pilihan raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh, di sini sebentar tadi.
Presiden PAS itu seterusnya menambah, media arus perdana berbahasa Melayu terus menjadi alat kepada Umno BN untuk memperbodohkan masyarakat Melayu agar terus menyokong Umno BN.
Disebabkan tiada maklumat yang tepat, katanya masyarakat Melayu masih terus menyokong Umno BN.
“Berbeza dengan media berbahasa Cina, mereka mendidik rakyatnya untuk bijak menilai. Media berbahasa Melayu pula masih tertutup, tidak bebas dan diperalat Umno BN untuk kekal berkuasa,” katanya.
Dalam masa yang sama, sokongan bukan Melayu kepada PAS terutamanya kaum Cina hari ini semakin meningkat, ujarnya lagi.
Beliau menuntut agar media di negara ini khasnya berbahasa Melayu bebas dan tidak lagi diperalatkan untuk kepentingan politik Umno BN.
Dalam pada itu, beliau turut menuntut Umno BN tidak terus memperalatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengekalkan kuasa.
SPR seharusnya menjadi sebuah badan yang bebas yang melayan pelanggannya (parti-parti politik yang menyertai pilihan raya) dengan telus dan adil, katanya.
Beliau menambah, jika SPR sendiri berpihak, dan media pula menjadi semakin tidak bebas, proses demokrasi di negara ini akan semakin tempang.
Turut bersama semasa menunggu proses penyerahan borang pencalonan tadi ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Balasubramaniam.
Beliau berkata, malangnya hari ini media berbahasa Melayu tidak mendidik masyarakat Melayu mendapat maklumat yang seimbang dan bebas.Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian semasa ditemui wartawan di Pusat Penamaan Calon bagi Pilihan raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh, di sini sebentar tadi.
Presiden PAS itu seterusnya menambah, media arus perdana berbahasa Melayu terus menjadi alat kepada Umno BN untuk memperbodohkan masyarakat Melayu agar terus menyokong Umno BN.
Disebabkan tiada maklumat yang tepat, katanya masyarakat Melayu masih terus menyokong Umno BN.
“Berbeza dengan media berbahasa Cina, mereka mendidik rakyatnya untuk bijak menilai. Media berbahasa Melayu pula masih tertutup, tidak bebas dan diperalat Umno BN untuk kekal berkuasa,” katanya.
Dalam masa yang sama, sokongan bukan Melayu kepada PAS terutamanya kaum Cina hari ini semakin meningkat, ujarnya lagi.
Beliau menuntut agar media di negara ini khasnya berbahasa Melayu bebas dan tidak lagi diperalatkan untuk kepentingan politik Umno BN.
Dalam pada itu, beliau turut menuntut Umno BN tidak terus memperalatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengekalkan kuasa.
SPR seharusnya menjadi sebuah badan yang bebas yang melayan pelanggannya (parti-parti politik yang menyertai pilihan raya) dengan telus dan adil, katanya.
Beliau menambah, jika SPR sendiri berpihak, dan media pula menjadi semakin tidak bebas, proses demokrasi di negara ini akan semakin tempang.
Turut bersama semasa menunggu proses penyerahan borang pencalonan tadi ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Balasubramaniam.
DAP usaha tambah undi Cina pada PAS
TEMERLOH, 26 Feb: DAP akan berusaha untuk memastikan undi pemilih Cina kepada calon PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) Kerdau dapat ditingkatkan.
Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata, walaupun jumlah pengundi Cina di Dun Kerdau sekitar 450 orang atau 3.6 peratus, namun pertambahan walaupun satu undi adalah penting.
Katanya, DAP akan menerangkan kepada mereka mengenai penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa sama ada kerajaan negeri dan Pusat dalam usaha untuk menambahkan sokongan kepada calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat pada PRK Kerdau.
“Kami akan menerangkan kepada mereka keadaan negara dalam semua segi, politik, ekonomi bagi menambah undi kepada calon PAS kerana semua adalah penting,” katanya ketika ditemui semasa menunggu pengisytiharan calon yang akan bertanding pada PRK Kerdau di perkarangan Dewan Majlis Daerah Temerloh, di sini sebentar tadi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepong menambah rakyat mesti didedahkan dengan penyelewengan kerajaan BN seperti penyalahgunaan wang rakyat, rasuah, nepotisme, pilih kasih dalam pembahagian projek dan tender kerajaan dan sebagainya.
“Kita akan menerangkan isu-isu berkenaan kepada mereka,” ujarnya.
Berdasarkan statistik Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, Dun Kerdau mempunyai 8,721 pengundi berdaftar dan daripada jumlah itu 88.36 peratus atau 7,706 orang adalah pengundi Melayu, 455 pengundi Cina (3.6 peratus), India (3.4 peratus) dan 260 orang daripada lain-lain kaum (2.98 peratus).
Berada kira-kira 20 kilometer dari bandar Temerloh, Kerdau mempunyai penduduk yang rata-ratanya menjalankan kegiatan pertanian kelapa sawit dan getah di bawah program Felda dan Felcra selain usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Terdapat tiga tanah rancangan dalam Dun Kerdau iaitu Felda Jengka 22, 23 an 25, selain mempunyai beberapa penempatan Orang Asli.

Hadi: PAS mampu buat kejutan di Kerdau
PAS tetap menaruh harapan untuk melakukan 'kejutan' dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau pada 6 Mac depan.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tidak mustahil calon PAS menang kerana generasi muda, termasuk di Felda semakin bermaklumat dan sedar.
Bagaimanapun katanya ia bukannya kerja mudah kerana BN menggunakan segala media dan jentera kerajaan untuk mempertahankan kerusi tersebut.
PAS mempertaruhkan harapannya kepada calonnya, Hassanuddin Salim yang juga merupakan calon parati itu dalam pilihan raya umum 2008, tetapi tewas kepada calon BN Datuk Zaharuddin Abu Kassim.
Hassanuddin tewas dengan majoriti 1,615 undi. Beliau mendapat 2,520 undi, manakala Zaharuddin memperolehi 4,135 undi.
Pada 6 Mac ini, Hassanuddin akan berdepan dengan calon BN,Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44. Syed Ibrahim adalah naib ketua Umno bahagian Kuala Krau dan merupakan pegawai khas kepada menteri besar Pahang.
Ketika ditemui pemberita semasa proses penamaan calon di Kerdau, Abdul Hadi memberi jaminan bahawa PAS tidak menyerang peribadi calon bn BN dan isu ijazah calon BN didakwa mungkin ditimbulkan Umno sendiri.
Ditanya tentang undi Melayu yang masih memihak pada BN, Abdul Hadi berkata ia bergantung pada maklumat yang diterimanya, bukan faktor bangsa.
'BN terperangkap'
Sementara itu, Naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata walaupun peluang mereka masih 50-50, PAS akan mampu membuat kejutan.
Beliau mendakwa, BN sudah masuk perangkap PAS apabila menyangka beliau akan bertanding dalam pilihan raya Kerdau kali ini.
"Media serang saya, BN serang saya, saya fikir mereka dah masuk perangkap," katanya sambil ketawa kecil.
Tuan Ibrahim yang juga pengarah pilihan raya PAS berkata parti itu memilih Hassanuddin kerana beliau merupakan anak tempatan dan berjaya menurunkan majoriti BN sebelum ini.
Sementara itu di Merlimau, timbalan presiden PAS, Nasharuddin Md Isa berkata kempen parti itu akan merupakan gabungan isu tempatan, nasional dan antarabangsa.
Malah, katanya, ini merupakan satu peluang untuk jentara Pakatan Rakyat dan PAS mempersiapkan diri untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Di Merlimau, calon PAS Yuhaizad Abdullah akan berdepan dengan calon BN, Roslan Ahmad, yang merupakan ahli jawatankuasa Umno bahagian Jasin.
Manakala bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, yang berada di Merlimau sejak semalam, berpendapat bahawa situasi di Merlimau adalah lebih positif daripada DUN Tenang di mana PAS tewas dalam pilihan raya kecil di situ.
"Saya berada di kawasan pedalaman Melayu malam tadi dan soalan yang mereka tanya kepada saya adalah mengenai isu pusat, jadi itu baik untuk Pakatan," tambahnya.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tidak mustahil calon PAS menang kerana generasi muda, termasuk di Felda semakin bermaklumat dan sedar.
Bagaimanapun katanya ia bukannya kerja mudah kerana BN menggunakan segala media dan jentera kerajaan untuk mempertahankan kerusi tersebut.PAS mempertaruhkan harapannya kepada calonnya, Hassanuddin Salim yang juga merupakan calon parati itu dalam pilihan raya umum 2008, tetapi tewas kepada calon BN Datuk Zaharuddin Abu Kassim.
Hassanuddin tewas dengan majoriti 1,615 undi. Beliau mendapat 2,520 undi, manakala Zaharuddin memperolehi 4,135 undi.
Pada 6 Mac ini, Hassanuddin akan berdepan dengan calon BN,Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44. Syed Ibrahim adalah naib ketua Umno bahagian Kuala Krau dan merupakan pegawai khas kepada menteri besar Pahang.
Ketika ditemui pemberita semasa proses penamaan calon di Kerdau, Abdul Hadi memberi jaminan bahawa PAS tidak menyerang peribadi calon bn BN dan isu ijazah calon BN didakwa mungkin ditimbulkan Umno sendiri.Ditanya tentang undi Melayu yang masih memihak pada BN, Abdul Hadi berkata ia bergantung pada maklumat yang diterimanya, bukan faktor bangsa.
'BN terperangkap'
Sementara itu, Naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata walaupun peluang mereka masih 50-50, PAS akan mampu membuat kejutan.
Beliau mendakwa, BN sudah masuk perangkap PAS apabila menyangka beliau akan bertanding dalam pilihan raya Kerdau kali ini.
"Media serang saya, BN serang saya, saya fikir mereka dah masuk perangkap," katanya sambil ketawa kecil.
Tuan Ibrahim yang juga pengarah pilihan raya PAS berkata parti itu memilih Hassanuddin kerana beliau merupakan anak tempatan dan berjaya menurunkan majoriti BN sebelum ini.
Sementara itu di Merlimau, timbalan presiden PAS, Nasharuddin Md Isa berkata kempen parti itu akan merupakan gabungan isu tempatan, nasional dan antarabangsa.Malah, katanya, ini merupakan satu peluang untuk jentara Pakatan Rakyat dan PAS mempersiapkan diri untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Di Merlimau, calon PAS Yuhaizad Abdullah akan berdepan dengan calon BN, Roslan Ahmad, yang merupakan ahli jawatankuasa Umno bahagian Jasin.
Manakala bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, yang berada di Merlimau sejak semalam, berpendapat bahawa situasi di Merlimau adalah lebih positif daripada DUN Tenang di mana PAS tewas dalam pilihan raya kecil di situ.
"Saya berada di kawasan pedalaman Melayu malam tadi dan soalan yang mereka tanya kepada saya adalah mengenai isu pusat, jadi itu baik untuk Pakatan," tambahnya.
Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 54, dari BN pada 20 Januari lalu akibat serangan jantung.
Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

BN lawan PAS di DUN Merlimau dan Kerdau

Syed Ibrahim (kanan) dan Hassanuddin bersalam tangan di pusat penamaan PRK Kerdau hari ini. — Gambar oleh Choo Choy May
Pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau — yang ke-15 dan ke-16 sejak 8 Mac 2008, menyaksikan pertembungan tradisi Umno dan PAS.
BN memenangi kedua-dua kerusi itu tiga tahun yang lalu.
Di Merlimau, Roslan Ahmad dari BN berhadapan dengan calon PAS Yuhaizat Abdullah.
Yuhaizat merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.
Sementara di kerusi DUN Kerdau, PAS diwakili Ketua Penerangan PAS Pahang Hassanuddin Salim manakala BN pula Naib Ketua Umno Kuala Krau Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Hassanuddin pernah bertanding di Kerdau pada 2008 tetapi tewas.
program malam ini di kerdau...
projek mee segera dan rasuah pilihanraya sedang giat di kerdau
helikopter polis sedang giat memantau projek mee segera utk merasuah pengundi di kerdau sekarang ini....
Subscribe to:
Posts (Atom)