Tuesday, September 21, 2010

Bangganya kita sebab is3 PM suka menyanyi dan menari......

Tunjukkan mana bini/isteri Perdana Menteri Malaysia yang pandai menyanyi dan menari di depan orang ramai?..tunjukkan mana isteri pemimpin tertinggi negara yg berani membuat show di depan orang ramai..hatta, isteri bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 (Siti Hasmah) selama 22 tahun lebih pun tak mampu beraksi seperti Rosmah Mansor..

Sesungguhnya kita rakyat Malaysia, khususnya umat Islam seharusnya terharu dan berbangga dengan kelebihan dan keistimewaan ini..sekurang2nya ia membuatkan negara jiran Indonesia dengki dan cemburu..akhir kalam, '1 Malaysia Menjana Tranformasi'..












TIADA AHLI PAS MASUK UMNO DI SELANGOR

Bagi orang politik apabila ada ahlinya meninggalkan parti sudah pastilah ia sesuatu yang mencemaskan dan malah berkemampuan memberikan gambaran buruk kepada parti berkenaan. Demikianlah apabila saya dihubungi wartawan meminta pengesahan darihal berita 30 orang ahli pemuda PAS keluar parti menyertai Umno di Kuala Selangor.

Akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan:

30 Pemuda PAS sepakat keluar parti

Siap dengan gambar penyerahan borang dari seorang Pemuda yang mendakwa dirinya Timbalan Ketua Pemuda PAS cawangan kepada ADUN Umno Jeram, Amiruddin Setro.
Parlimen Kuala Selangor dimenangi oleh PAS (DR Dzul )dalam PRU lalu. Manakala 3 DUN di bawahnya dua dimenangi PR iaitu Ijok (diwakili Tan Sri MB) dan Bukit Melawati (Ir. Muthiah – PKR) manakala Umno Cuma bertahan di DUN Jeram yang diwakili Amirudin.

Benarkah diwaktu dewasa ini, dizaman rakyat menolak politik pincang, politik rasuah, politik sempit dan kotor masih ada yang mahu menyertai Umno, pengasas mazhab politik yang disenaraikan tadi?! Benarkah di Selangor diwaktu PR sedang mengembangkan sayapnya setelah menang di negeri bertuah ini, mengikis dan mencungkil keluar saki-baki daki-daki kotor pentadbiran Umno dan BN lebih setengah abad itu, masih ada yang tergiur mahu tinggalkan PR (dalam kes ini PAS) menyertai Umno?

Saya pernah menyatakan pada seorang rakan wartawan(ketika berlaku kemelut lompat melompat selepas PRU lalu) bahawa tiada orang yang waras yang menyertai PAS kemudian meninggalkan PAS untuk masuk Umno kecuali terganggu kewarasannya.

Berbalik kepada kes di Kuala Parit, DUN Jeram, Parlimen Kuala Selangor tadi, setelah disiasat ternyata tiada lagi yang hilang kewarasannya di sana. Tidak ada orang PAS yang keluar parti masuk Umno di sana. Sebaliknya orang kampung di sana sedang rancak bercerita darihal seorang pemuda yang bermasalah yang pendirian bagaikan lalang, kesempitan hidup lalu mencari jalan keluar mudah dengan menggadai maruah bagi menyenangkan diri.

Beliau yang mendakwa dirinya Timbalan Ketua Pemuda PAS cawangan itu sebenarnya tidak pernah mendaftar sebagai ahli PAS pun. Begitu juga mereka yang kononnya seramai 30 orang yang dikatakan mengikut jejaknya.

Kalau pemuda tadi tergamak menggadai maruah, Umno bagi saya lebih buruk lagi. Sanggup ber”drama” kononnya menerima orang PAS masuk partinya sedangkan hamba Allah itu dan konco-konconya tidak pernah menjadi ahli PAS pun!

Kalau pun terdesak sangat mahu menonjol diri janganlah sampai tipu dan menipu.
Inilah perangai Umno Selangor yang bakal ditalkinkan oleh rakyat negeri ini pada PRU akan datang.

Bagi saya rakyat sudah muak dan tidak lagi akan termakan dengan taktik kotor dan politik murahan mereka. Rekod buruk mereka selama lebih setengah abad sebelum ini tidak mudah dilupuskan malah telah tetunjam dalam ingatan dan hati rakyat.

Ringkasnya tiada yang keluar PAS di Kuala Selangor. Yang Umno terima hari itu adalah beberapa kerat pemuda yang bermasalah yang bakal mengotorkan lagi kandang buruk dan usang Umno. Selamat menerima biawak hidup hadiah penduduk kampong kepada anda!
Berikut adalah kenyataan akhbar PAS Selangor berhubung insiden ini:

KENYATAAN AKHBAR
PAS SELANGOR NAFIKAN 30 PEMUDA PAS
KELUAR PARTI DI KUALA SELANGOR

Laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 21 September, 2010 dirujuk.

PAS Selangor menafikan laporan akhbar Sinar Harian bahawa kononnya 30 orang Pemuda PAS dari cawangan Kuala Parit, Kawasan Kuala Selangor keluar parti untuk menyertai Umno.

PAS Selangor turut menafikan bahawa Sdr Sharudin Mohd Nri adalah Timbalan Ketua Pemuda cawangan berkenaan. Menurut rekod cawangan, beliau tidak pernah mendaftar menjadi ahli PAS dan begitu juga mereka yang kononnya menuruti beliau untuk menyertai Umno.

Ternyata tindakan Umno khasnya ADUN Jeram, YB Amiruddin Setro, melakonkan “drama” anak-anak muda keluar PAS menyertai Umno itu sebagai suatu tindakan publisiti politik murahan oleh mereka yang sudah ketandusan modal politik setelah BN ditolak mentah-mentah oleh rakyat Selangor pada pilihan raya umum 2008.

Cawangan PAS Kuala Parit telah ditubuhkan pada tahun 1985 dengan keahlian melebihi 100 orang. Menurut sumber cawangan pertambahan mendadak keahlian cawangan berkenaan berlaku khasnya selepas PRU lalu menandakan rakyat sudah hilang keyakinan pada Umno.

PAS Selangor sesungguhnya sedang aktif mengatur strategi dan memberi tumpuan untuk menawan saki-baki DUN yang dimenangi Umno termasuklah DUN Jeram. Oleh itu tidak hairanlah dalam suasana yang tidak menentu bagi Umno ini, Umno Kuala Selangor sanggup melakonkan “drama” murahan semata-mata untuk melarikan tumpuan rakyat terhadap kemampuan dan kebolehan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang semakin disenangi dan mendapat tempat di hati rakyat.

Rakyat Selangor umumnya menerima kepimpinan baru negeri yang diterajui Pakatan Rakyat yang telah mampu mengikis kepincangan puluhan tahun pentadbiran negeri ini di bawah Umno dan Barisan Nasional. PAS Selangor yakin rakyat akan memberi mandat yang lebih besar pada kerajaan ini pada PRU ke 13 nanti. Tiada “drama”murahan termasuklah yang dilakonkan di Kuala Parit itu yang mampu membendung dan menyekat gelombang kebangkitan rakyat itu.

DIKELUARKAN OLEH:
ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR

KETUA PENERANGAN PAS SELANGOR
21 September, 2010

Sunday, September 19, 2010

Penubuhan MALAYSIA : perancangan USA sejak 1889?, kertas kerja HARVARD UNIVERSITY

Artikel oleh : Rizie Ahmad

kertas kerja yang dimaksudkan

1) kajian yang telah dijalankan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis kata nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889 lagi.. perancangan penjajah barat memecah-belahkan dan melemahkan dunia Melayu sudah beratus-ratus tahun dirancang oleh FREEMASON!

2) kritikan perancangan penubuhan negara MALAYSIA pada tahun 1937 oleh penasihat luar USA Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY!.. 10 tahun selepas batu asas FREEMASON (gerakan sulit yang diasaskan oleh Yahudi) diletakkan di Northam Road di Pulau Pinang.. semasa perletakan batu asas FREEMASON tu pada tahun 1927, Rupert Emerson baru sahaja menjawat jawatan professor di Harvard University.. USA panggil dia "specialist on nationalism in Asia" mungkin salah seorang ahli kuat FREEMASON nih..

3) aku rasa macam nak menangis je bila jumpa benda ni semasa aku cari mengenai sejarah sebenar penubuhan negara MALAYSIA dan INDONESIA, ia bermula ketika aku berasa amat hairan kenapa FILIPINA suatu ketika dahulu pernah nak klaim nama MALAYSIA, sebelum Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura dapat dulu dulu nama MALAYSIA.

4) rupa-rupanya perancangan negara MALAYSIA sudah ada kertas kerjanya beratus tahun sebelum diisyhtiharkan "merdeka", dan yang amat jelas ialah kertas kerja penubuhan negara MALAYSIA serta kritikannya di HARVARD UNIVERSITY pada tahun 1937 oleh Rupert Emerson yang merupakan PENASIHAT LUAR USA pada ketika itu serta professor of political science and international relations in Harvard University (gambar disertakan)

5) dokumen rahsia USA mengenai penubuhan negara Malaysia bertajuk seperti dibawah telah dibuang oleh USA di dalam website rasmi dia setelah artikel mengenainya diterbitkan di Universiti Teknologi MARA.... kuat betul perisik CIA nih
"Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001."
Dato Onn Jaafar - Pengasas UMNO

6) Dato Onn Jaafar : pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR), tulisan asal ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو atau nama sekarang telah diInggeriskan menjadi United Malay National Organisation(UMNO) atas sebab British mengharamkan semua parti yang tidak diInggeriskan.

7) Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:

“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.

…saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat2 yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. (adakah Dato Onn Jaafar sudah berjaya masuk ke dalam salah satu loji FREEMASON di Tanah Melayu ketika itu?) Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.

Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan2 dan tanggungan saya itu…“
rujukan : (Mohamed Abid, 2003, muka surat 191-192)

penubuhan salah satu loji FREEMASON oleh penjajah pada tahun 1927 di Pulau Pinang, upacara perletakan batu asas.


8) Gagasan USA tentang Malaysia sepertimana yg dihasratkan Rupert Emerson (kemungkinan besar ahli FREEMASON) menjadi kenyataan pada tahun 16 September 1963 bilamana Singapura, Tanah Melayu (atau suka dikenal sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Brunei di saat akhir, menarik diri daripada menyertai Malaysia, dan kekal dibawah naungan jajahan Inggeris hingga ke tahun 1984. manakala Singapura pula menyertai Malaysia setakat tahun 1965.

9) Pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial A.S, juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi bahagian Tanah Melayu, tidak timbul persoalan tentang Singapura masuk Malaysia. Kita tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita2 masa lalu yg gagal. Perlembagaan rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British darurat, dan kemerdekaan, Barisan Sosialis dan penangkapan ISA terhadap hampir kesemua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruh, Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian dan cawangan, pengharaman pilihanraya majlis tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy juga turut merengkok di dalam ISA atas tuduhan kununnya menentang penubuhan Malaysia. Hal ini ditulis Pak Said Zahari, yang dipenjara ISA oleh Lee Kuan Yew di Singapura, selama 17 tahun tanpa bicara, dalam buku memoirnya “Meniti lautan gelora.”

10) Jadi bukan Tunku Abdul Rahman lah yang mencipta nama Malaysia. Jika begitu tertipulah kita gamaknya. Dan sudah tentunya juga mereka inilah yang telah mencatur dan mengatur (indirect rule) siapa yang patut memerintah dan generasi yang bagaimana patut dilahirkan oleh negara Malaysia itu kelak.

11) Realitinya, Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancangan ‘mereka’ itu sedari awal lagi, malangnya orang UMNO telah dibutakan oleh dakyah barua British dan agen2nya sehingga ke hari ini. Akhirnya Dato Onn pula yang dihina dan dituduh talibarut British. (Mohamed Abid, 2003, p189)

12) sesuatu yang besar pasti berlaku selepas era pemerintahan Najib Tun Razak kerana pencaturan Perdana Menteri Malaysia telah berakhir!
R - Tunku Abdul Rahman
A - Tun Abdul Razak
H - Tun Hussein Onn
M - Tun Dr. Mahathir Mohamad.. (Musa Hitam bertanding tapi kalah kepada Dr.M M)
A - Abdullah badawi (Anwar Ibrahim dipenjarakan atas tuduhan liwat/sodomi)
N - Najib Tun Razak (seperti menang tanpa bertanding kerana tiada lagi orang ada nama N)

13) "Kerajaan telah memilih Perang Besar" (sekarang namanya PUTRAJAYA).. sumber rasmi petikan ucapan ini : http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=1692

antara bangunan FREEMASON di JOHOR (perhatikan betul2 apa dia tulis di peti suratnya dan lambangnya)

mengikut perancangan ILLUMINATI.. di mana FREEMASON telah bergabung dengannya.. Perang Dunia Ketiga mesti dijalankan disebelah Timur Dunia untuk membentuk New World Order : 1World Government, perhatikan huruf G dalam logo FREEMASON, ia merujuk kepada Government!

"...sent them away from his son Isaac to the land of the east."
(Genesis 25:6 New International Version)

14) mengikut ramalan orang Yahudi berfahaman zionis yang sekarang sedang menguasai negara Israel serta parlimen USA (ditubuhkan oleh salah satu sayap gerakan mereka iaitu FREEMASON yang selepas itu sudah bergabung dengan gerakan Yahudi satu lagi dinamakan ILLUMINATI).. Keturunan dari Keturah/Quntura/Ketura iaitu isteri ketiga nabi Ibrahim selepas Hajar dan Sarah, akan mencabar kekuasaan mereka pada ketika dunia hampir kiamat dan Imam Mahdi atau nama lainnya Messiah akan lahir di Timur Dunia, sebelumnya Allah menurunkan Nabi Isa atau nama lainnya Jesus kembali ke bumi untuk membanteras Dajjal yang akan mengaku dia adalah tuhan sebenar, padahal dia menipu (aku pernah baca bahawa dia adalah Samiri pada zaman Nabi Musa atau nama lain Moses yang Allah panjangkan umurnya hingga ke hari kiamat, setelah dia mengintai Nabi Musa yang dipanggil menghadap Allah, dia mengumpul bekas laluan malaikat jibril atau nama lain Gabriel, lalu dia mencipta "tuhan" berbentuk LEMBU yang diperbuat dari emas yang dikumpul dari seluruh kaum Yahudi dan selepas dia mentaburkan sisa-sisa tapak malaikat Jibril itu, tiba2 boleh bergerak dengan cergas untuk beberapa saat dan dia menyesatkan kesemua kaum Yahudi dengan mengatakan LEMBU EMAS, "lembu suci", "holy cow" itu adalah tuhan... cerita ini ada dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah, dan ajaran Samiri ini kemungkinan besar dia adalah Dajjal dan masih menjadi kepercayaan kuat pengikut agama Hindu yang tamadun besar mereka bermula di Sungai Indus di India)

15) dengan kepercayaan kuat Yahudi ini yang percaya bahawa suatu bangsa keturunan dari isteri ketiga Kunturah /Quntura/Ketura ini akan mencabar dan mengalahkan mereka, kebanyakan negara kuasa Timur cuba dilemahkan dan dipecahkan manakala kuasa barat cuba dikuatkan.. dunia Melayu dipecahkan kepada paling kurang enam negera - Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan Timor Timur.. dunia Cina dipecahkan kepada China, Taiwan, Macao, Hong Kong.. dunia Korea dipecahkan kepada Korea Utara dan Korea Selatan.. cubaan menguasai Vietnam.. serta dibom teruk negara Jepun dan dibina pangkalan tentera termaju USA di Jepun, Filipina pelbagai lagi negara di seluruh dunia ini serta serta diberi bantuan ketenteraan melampau kepada Singapura (perhatikan sistemnya hampir sama dengan Israel semasa Israel menang peperangan 6 hari dalam hari dengan negara2 Arab) serta dihantar Jeneral Israel mereka mencatur strategi ketenteraan Singapura.. Lee Kuan Yew namakan mereka sebagai The Mexican.. serta dibinanya fahaman politik2 didunia ini seperti komunis dan sossialis moden yang pengasasnya sama iaitu Karl Marx yang berbangsa Yahudi, serta mahu seluruh dunia mengamalkan demokrasi yang juga sistem asasnya adalah rekaan Yahudi juga, juga dilagakan USA dan RUSSIA yang terletak disebelah timur dunia.. dan diciptanya GOOGLE dan FACEBOOK yang pengasasnya juga adalah Yahudi serta dibelinya YOUTUBE dan juga dikuasai kebanyakan media-media utama dunia, diasaskan juga HOLLYWOOD serta diasaskan kebanyakan syarikat2 studio perfileman di USA untuk pengaruhi seluruh dunia yang dinamakan GLOBALIZATION.

16) antara perkara yang amat menghairankan juga macam mana Anwar Ibrahim boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan amat cepat serta boleh pula dia rancang strategi Foundation For Future (sebuah pertubuhan yang sengaja direka oleh USA dan Yahudi untuk merancang politik di Asia) dan berkwan amat rapat dengan Paul Wolfowitz (perancang utama peperangan di Iraq dan Afghanistan).. manakala Najib seperti mengungkapkan misi utama ILLUMINATI atau FREEMASON ini 1World Government : New World Order.. serta pilihanraya Malaysia dulu semasa era pemerintahan Abdullah Badawi diadakan bertarikh "13" (suatu nombor keramat bagi pengikut FREEMASON dan ILLUMINATI).. dan apakah pentingnya nombor "7" dalam FREEMASON? bubuh batu asas FREEMASON di Pulu Pinang pada tahun 1927, perancangan dan kritikan penubuhan negara Malaysia pada tahun 1937 dan pengingsyhtiharan "kemerdekaan" negara Malaysia pada tahun 1957.



18) fahaman FREEMASON, ILLUMINATI, ZIONIS ISRAEL..
They (no matter what race) who sold their soul to the ‘MASTER‘ to do all the above will be given the power:

a. to induce spiritual blindness

b. to convince

c. to convert

d. to corrupt

........
politik dunia ini semuanya seperti sudah dirancang semuanya oleh FREEMASON dan bangsa YAHUDI.. di facebook tulis "what are you thinking" dan google sebenarnya ada satu pangkalan data khas serta graf dan macam2 lagi untuk mengetahui mengetahui apa sebenarnya manusia suka cari di internet... semuanya adalah perancangan yang amat rapi!

Antara foto utusan dengan foto Topeng Perak...mana lebih bernilai ?

Dua situasi berbeza yg boleh kita lihat disini. Gambar di atas yg dikeluarkan oleh Utusan, menunjukkan Tengku Muhammad Faris Petra yg baru dimasyurkan sebagai Sultan Kelantan sedang bersalaman dengan rakyat jelata selepas menunaikan solat Jumaat. Kelihatan Menteri Besar, TGNA terkebelakang dari baginda.
Manakala gambar di atas pula yg dikeluarkan oleh Topeng Perak [TPU] iaitu Menyedari Tuan Guru Menteri Besar berada agak terkebelakang, dengan segera Tuanku Faris memanggil Tuan Guru Menteri Besar agar bersama dengan Baginda dihadapan agar mudah para makmum bersalaman dengan mereka... "Tok Guru mari dok sebeloh kito sini", kata Tuanku Faris kepada Tuan Guru Menteri Besar...*Tuan Guru pada mulanya memberi laluan kepada Tuanku Faris kerana menghormati Baginda Sultan. (Gambar ini tidak disiarkan dalam akhbar Utusan.)

"Sebeloh ni Tok Guru", kata Tuanku Faris kepada Tuan Guru Menteri Besar sambil Baginda Tuanku Faris dan yang lainnya mempersilakan Tuan Guru kehadapan... (Gambar ini juga tidak disiarkan dalam utusan).

Kulat: Kalau dilihat pada gambar yg dikeluarkan oleh Topeng Perak dan Utusan, dua cerita yg berbeza. Gambar yg dikeluarkan oleh Topeng Perak [TPU] ini seperti yg tidak dapat digambarkan dengan kata2 betapa mulia dan budimannya Sultan Kelantan yg baru ini serta mempunya nilai keharmonian di antara Kerajaan negeri dengan pihak Istana berbanding dengan gambar yg dikeluarkan oleh Utusan di atas. Bayangkanlah apa akan jadi jika gambar yg dikeluarkan oleh Topeng Perak ini disiarkan oleh Utusan.?? Rasanya UMNO semakin gelisah..... Wallahuaalam.

Monday, September 13, 2010

Tengku Muhamad Faris Sebagai Sultan Kelantan Sah - Nazri

13 Sept - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata kerajaan persekutuan menganggap pelantikan Tengku Mohamad Faris sebagai sultan Kelantan, sebagai sah.

"Ia termasuk di bawah bidang kuasa Majlis Perajaan Negeri. Dan kerajaan persekutuan menerima apa saja keputusan majlis itu," kata beliau yang juga Menteri undang-Undang.

Nazri merujuk kepada kes di Negeri Sembilan dua tahun lalu apabila kerajaan tidak masuk campur dalam urusan Majlis Perajaan Negeri yang dianggotai oleh empat Undang walaupun memilih selain daripada waris lelaki terdekat Sultan sebagai pewaris takhta.

Nazri turut menyatakan mahkamah juga tiada kuasa untuk mencampuri urusan majlis berkenaan.

Minggu lalu, para peguam yang dilaporkan mewakili Sultan Tuanku Ismail Petra yang gering menyerahkan dua permohonan ke Mahkamah Persekutuan untuk menghalang sebarang percubaan untuk melucutkan takhta beliau.

http://tvselangor.com/v2/news-section?t=4714#

DAULAT TUANKU

PAS TAMAN EQUINE merafak sembah tahniah diatas pertabalan Tengku Fariz Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru....semoga kelantan tertur makmur dengan dilimpahi rahmat Allah SWT jua.

Terikini Langsung Dari Istana Balai Besar

Sudah Sah Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Kelantan

MAKLUMAT yang baru saya terima majlis pengistyharan Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan telah pun selamat diadakan.

Majlis itu bermula jam 12:21 minit tengah hari sebaik keberangkatan tiba Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Menurut SMS yang dihantar oleh seorang wakil rakyat, upacara pagi ini diadakan berikutan persidangan Majlis Perajaan Kelantan (MPK) yang diadakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan (SUK) jam 9:00 pagi ini.

Menurut SMS itu pada majlis itu juga Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat pengistyharan rasmi pada menjalankan Kuasa-kuasa 29A bersetuju memilih berkuat kuasa hari ini, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan adalah Tengku Muhammad Fariz Petra.

Pengistyharan itu diakhirnya dengan takbir sebanyak tiga kali sebagai menjujung duli.

"Dengan pengistyharan itu maka rasmilah Tengku Muhammad Faris sebagai sultan. Majlis ringkas di Istana Balai Besar itu disudahi dengan doa oleh Mufti Kerajaan Kelantan," demikian lapor wakil rakyat berkenaan.

Turut hadir pada upacara ringkas di Istana Balai Besar itu ialah Pengerusi MPK ahli-ahlinya, para pembesar negeri, Menteri Besar dan para wakil rakyat. Daulat Tuanku! [wm.kl 12:30 t/hari 13/09/10] sumber dari MSO

Thursday, September 2, 2010

Y.B. Teo kali ini berbaju kurung dan berselendang. Makin manis dipandang! UMNO Semakin MEROYAN !





Isu Surau Mempopularkan Y.B.Teo: Perkasa Sebenarnya Tidaklah Perkasa.

Selepas mesyuarat kawasan pada tengahari itu aku berkata, "Tujuan Utusan mencetuskan isu Surau Al-Huda dengan Y.B.Teo Nie Ching tak kesampaian, bahkan makin menampakkan tembelang mahu mengeksploitasi kemarahan orang Melayu bagi kepentingan parti politik tertentu." Kawan yang masih di meja mesyuarat menambah, "Bukan saja tidak kesampaian, tetapi menunjukkan kejahilan tentang Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1 Mac 2010!"

Seorang kawan lagi yang masih berdepan dengan fail mesyuarat mencelah,"Yang aku hairan mengapa kepimpinan dua institusi agama di Selangor itu cepat melatah! Keras dan tidak teliti, terus menurut rentak yang dimainkan Utusan?""Ah memang, orang kenal arah mereka. Ada peluang terus ambil kesempatan!" Celah seorang ahli mesyuarat lain. "Kalau nak kata tak boleh ruang sembahyang dimasuki bukan Islam, termasuk perempuan, mengapa dibenarkan berlaku di masjid Negara dan Masjid Negeri?" Tanya kawan.

Aku menambah, "Ada silapnya Y.B.Teo, dia seharusnya memahami nilai Islam dan budaya mesyarakat Melayu, supaya tidak dieksploitasi untuk menarik kemarahan orang Melayu. Seeloknya majlis dibuat di bahagian luar!"

"Tapi dia datang sekejap waktu malam lepas tarawih, macam mana nak dibuat di luar, gelap! lagi pula dia bukan bertazkirah. Dia datang menyerah cek untuk membaiki pagar dan cakap tentang prihatin kerajaan Selangor tentang pendidikan!", hujah kawan berdepan denganku.

Selepas kami mesyuarat Y.B. Teo datang diiringi beberapa pengiringnya. Selepas tiba dia menyatakan, "Kehadiran kami untuk mendapat pandangan dari saudara-saudari sekalian."

Beberapa orang dari kami menerangkan kepadanya, apa yang kami bincangkan - sebagai agenda tambahan, isu berhubung dengannya. Dia berterima kasih dan menyatakan tindakan lanjut yang akan diambil dan mengharapkan pandangan dari kami akan diberi. Kami berpendapat, peristiwa ini sebagai pengajaran, semua pihak perlu berhati-hati dengan isu yang boleh menyentuh sensitiviti kepercayaan dan kaum.Pada tengahari itu, aku dimaklumkan oleh pihak seorang AJK tentang satu rombongan dinamakan "Wira Perkasa" datang ke Surau Al-Huda di Kajang Sentral. Mereka sasa dan bengis.

AJK itu bertanya tujuan kehadiran mereka. Secara keras mereka menjawab, mereka mahu menemui Pengerusi Surau Al-Huda. Secara sinis AJK itu menjawab,"Mana ada Pengerusi, bukankah semua jawatan sudah digantungkan?"

Terkejut ketua rombongan, kerana sedar tentang kejahilan mereka tentang duduk perkara!. AJK itu bertanya, "Tujuan mahu jumpa?""Kami mahu gantikan cek RM1,000 Teo, dengan peruntukan dari kami!"

"Mengapa?" tanya AJK."Maruah surau, tak boleh terima duit dari bukan Islam." jawab ketua."Itu bukan duit dia. Sebagai Wakil Rakyat, dia salurkan duit peruntukan dari kerajaan Selangor," hujah AJK.

Sekali lagi tersentak Ketua dengan hujah. Melihat Ketua diam, AJK membuat cadangan, "Bagus! Kalau dah banyak wang dan mahu bantu surau, surau berhampiran tu juga perlukan bantuan! Dapatkah diberi peruntukan?" tanya AJK menguji.

"Tak boleh," jawab Ketua rombongan memecah tembelang tentang keikhlasan."Kalau begitu tunggulah Pengerusi!" perli AJK itu lagi.

Pada masa itu Bilal di sebuah lagi surau berdekatan bang zohor, mereka dijemput oleh AJK sama berjamaah. Nampaknya mereka serba salah. Apa yang dinamakan Pengerusi tak ada. Mereka terkial-kial mencari, tapi mana mungkin menemui. Mereka juga tidak menyertai jamaah dan akhirnya, sia-sia mereka blaah!

Nampaknya Wira Perkasa itu tidaklah wira dari segi minda! Bahkan mentah dari segi tindakan!

Petang itu dari berita diikuti, Pemuda Umno pula datang menghantar memorandum mahu menemui Y.A.B. Menteri Besar. Sasaran mereka juga tidak betul. Mereka tidak pasti fokus yang patut mereka hadapi. Apa releven orang lain dihantar bantahan, orang lain pula diminta letak jawatan? Mereka tidak faham dengan kedudukan. Mereka jadi alat dan diperalat!Yang pasti Y.B. Teo makin mendapat publisiti!

Pada petang itu sekali lagi aku jumpa Y.B. Teo di Taman Tun Perak bersama menyampaikan bantuan faqir-miskin dan dia berbuka bersama rakyat. Y.B. Teo kali ini berbaju kurung dan berselendang. Makin manis dipandang! Dia nampaknya mulai menghayati budaya Melayu-Islam! Ada kejayaan kecil dari segi dakwah! Nampaknya Umno berusaha mahu jauhkan orang bukan Islam dari Islam dan kita berusaha mendekatkan mereka dengan Islam!

Sekian.

http://drshafie.blogspot.com/