Thursday, September 2, 2010

AKHIRNYA MUSA HASSAN HILANG KEKEBALANNYA - ITU LAH PUSINGAN HIDUP MANUSIA !!

MUSA MENANTI....

Akhirnya Musa Hassan hilang juga kekebalan. Beliau adalah ketua polis yang dilihat paling sombong dan angkuh dengan kenyataan terbukanya. Paling terakir ialah kenyataan angkuhnya berkaitan isu budak lelaki yang mati ditembak anggotanya. Akhirnya Musa kembali ke masyarakat yang menjadi musuhnya dalam beberapa isu kononnya kerana mempertahankan anggotanya. baca

Itulah pusingan hidup manusia. Yang di bawah akan naik, dan yang di atas akan turun jua. Mustahil mereka mampu menjadi Nabi Sulaiman yang kekal ditakuti jin biarpun telah mati. Musa mungkin terlupa hakikat itu walaupun pastinya ayah beliau pernah menasihatkan sedemikian rupa...maklumle ..anak ustaz..

Kalau Rahim Nor telah menerima nasibnya...tidak mustahil Musa menunggu giliran. Kalau dibanding dengan Rahim Nor...hidup Musa lebih berliku. Jika Rahim Nor terlibat dengan konspirasi terhadap DSAI, apa kurangnya Musa... namun Musa meneruskan kerja setelah Rahim Nor menanggung akibat perbuatannya.

Kini semua sedang menanti apa tindakan dan susulan terhadap Musa dan semua tuduhan yang berjaya dielaknya semasa menjadi Ketua Polis Negara.Mungkin pakaian seragam itu mampu menutup kelemahan dan tindakannya, namun setelah baju itu dilondehkan...mampukan ia berselindung lagi???

Dicatat oleh ANAKSENGAT' ( Barua umNO kata nama aku Faizol) di 00:07

Wednesday, September 1, 2010

SELCAT Kesan 136 Ekar Tanah Perkuburan Cina Diusahakan Secara Haram


Jawatankuasa Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Pengurusan (SELCAT) mendedahkan 136 ekar tanah dibangunkan secara haram sejak 2002 dibawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional.

Panel SELCAT terkejut dengan penemuan bahawa tanah di Seksyen U14 Mukim Bukit Raja di Petaling Jaya itu dimajukan sebagai tanah perkuburan Cina tanpa mengikuti ketetapan undang- undang.

Pejabat Tanah Petaling Jaya mengaku bersalah di hadapan panel lima anggota Selcat kerana membenarkan tanah itu dibangunkan tanpa kelulusan.

Majlis Bandaraya Shah Alam pula mengaku bersalah kerana gagal memastikan syarikat pemaju gagal menukar status tanah dari tanah pertanian kepada tanah perniagaan.

Manakala pemaju pula, Premivest Sendirian Berhad mengaku salah kerana menjalankan operasi secara haram tanpa kelulusan dari Pejabat Tanah, dan melanggar notis Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selepas Pihak Berkuasa Tempatan itu menyedari ada kesilapan pada status tanah perkuburan.

Kesalahan ketiga- tiga pihak itu menyebabkan rakyat Selangor kerugian cukai tanah yang setakat ini masih belum dikenalpasti jumlahnya, dan sekurang-kurangnya RM25,000 bagi setiap kompaun yang dikenakan keatas Premivest.

Menyedari kesalahan mereka, pemaju dikenakan lapan kompaun, dan telah melunaskan tujuh setakat ini.

“3 pihak mengaku bertanggungjawab dalam perkara ini. Pemaju tak patuhi peraturan tanah, tak pohon tukar tanah," ujar Teng.

Pejabat Tanah didapati gagal meneliti proses permohonan tanah dari pihak pemaju yang terhenti selepas mendapati ada kekhilafan dari segi persempadanan tanah.

“MBSA pula tidak guna akta yg diperuntukkan. Akta Perancang Bandar dan Desa 1974 dan Akta Jalan Perparitan dan Bangunan 1976. PBT boleh bagi notis 30 hari. Kalu pemaju gagal, MBSA boleh runtuhkan bangunan tu,” kata Teng.

Premivest memulakan operasi pada tahun 1991 dengan mendapat kebenaran tukar syarat tanah dari pejabat tanah dan daerah petaling daripada pertanian kepada jirat cina. Namun operasi halal ini hanya dijalankan sehingga tahun 1997 sahaja.

Bermula tahun 2002, fasa kedua hingga ke fasa keenam tanah perkuburan ini dimajukan secara haram.

Bahkan pemaju juga didapati bersalah kerana cuba memperdayakan kerajaan negeri dengan membina jirat secara berkelompok di atas tanah-tanah terbabit dengan harapan kerajaan negeri terpaksa memberi keseluruhan tanah haram itu kepada mereka.

MBSA yang diwakili Datuk Bandaraya Shah Alam, Datuk Mazalan Mohd Noor turut mengakui kesilapan mereka yang tidak peka terhadap status tanah perkuburan itu.

Pihaknya hanya menyedari keperluan menukar status tanah tersebut pada 2007.

“Diperingkat awal kita tidak sedar bahawa tanah perlu ditukar status dulu kerana semua kubur yang saya nyatakan tak perlu ditukar. Tapi sejak tahun 2007 kita baru sedar,” jelas Datuk Mazalan.

Mazalan menjelaskan jabatan perancangan MBSA telah memberikan notis borang G, F, E disamping telah membuat lawatan tapak secara berkala namun, pemaju masih menjalankan operasinya.

Jabatan Kejuruteraan MBSA turut mengeluarkan notis dibawah peruntukan seksyen 70A(1), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kepada pemaju.

tvs

Kamera intip berjaya rakam wajah dalang

Beberapa individu dikenal-pasti dalam rakaman video yang dijumpa dalam 'kamera intip' yang ditemui di pejabat menteri besar Selangor pada awal bulan lalu.

Pada sidang media di Shah Alam hari ini, setiausahapolitik kepada menteri besar, Faekah Husin berkata mereka yang dikenalpasti itu bekerja di tingkat yang sama dengan pejabat menteri besar di bangunan setiausaha kerajaan negeri.

“Daripada siasatan dalaman, terdapat beberapa wajah dan suara yang dikenal-pasti dari rakaman video itu. (Tetapi) kita tidak bercadang mendedahkan butirannya (sekarang),” katanya.

“Sesetengah mereka sepatutnya berada di sana, tetapi ada juga yang tidak sepatutnya berada di sana.”

Pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat penemuan 'kamera intip' itu akan berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim esok untuk menentukan tindakan selanjutnya.

Faekah berkata pasukan petugas itu perlu mendapatkan kelulusan daripada Khalaid sebelum boleh menyoal-siasat mereka yang dikenal-pasti dalam rakaman video itu.

"Kami perlu menyiasat mereka bagi menentukan siapa di sebalik perkara itu,” katanya.

Menurut Faekah, rumusan awal siasatan mendapati mereka yang terbabit itu cuba menjadi “nakal dari segi politik.”

Beliau juga mendedahkan tiga pegawai polis berjumpa dengannya pagi ini tetapi mengesahkan belum ada laporan polis yang dibuat.

Sebelum ini, Khalid berkata pasukan petugas berkenaan akan diberi masa menyiasat terlebih dahulu sebelum menyerahkannya kepada polis.

SULTAN, MAIS & JAIS sepatutnya lebih fokus terhadap isu ini........ bukanya.....






























Kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang, 29 ogos 2010. Simpang 3 sebelah Apartment Brunsfield Riverview. Bayi diletakkan dalam beg kertas dan disangkut di papan tanda " Beri Laluan".


[Sumber]

Khusrin Talam Dua Muka Didakwa Pujuk Nazir Masjid Benarkan Program Umno

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohamad Khusrin Munawi didakwa "bersikap talam dua muka" apabila cuba menggunakan sebuah masjid di Petaling Jaya untuk satu program politik.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata tindakan itu dikesan melalui satu permohonan yang dihantar kepada nazir masjid berkenaan dia Kampung Medan.

Katanya lagi, nazir Masjid Nurul Ehsan itu bagaimanapun enggan meluluskan penganjuran majlis berbuka puasa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Salah-guna kuasa

Permohonan untuk menganjurkan majlis itu, dijadualkan pada 17 Ogos lalu, dihantar oleh setiausaha kerja badan perhubungan Umno negeri.

Bercakap pada satu sidang media di pejabatnya hari ini, Khalid berkata permohonan itu juga dibuat menggunakan kepala surat Umno Selangor.

Salinan surat berkenaan diedarkan kepada para wartawan.

Tambahnya, tindakan itu dengan jelas bercanggah dengan titah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid bagi tujuan politik.

Katanya lagi, Khusrin (kiri) juga didakwa telah berusaha untuk mendapatkan persetujuan nazir masjid berkenaan untuk menjayakan program berkenaan.

"(Ini menunjukkan) Datuk Khusrin adalah ejen Umno yang salahgunakan jawatan dia untuk kepentingan Umno.

"Bila kita buat begitu (guna masjid untuk politik) macam-macam dia kata. Bila dia buat, dia (sanggup) merayu kepada nazir masjid," katanya.

Mengulas lanjut, Khalid turut menyelar alasan yang diberikan Khusrin sebelum ini dalam menjelaskan halangan kepada orang bukan Islam memasuki surau dan masjid.

Mandi hadas

Jelasnya, alasan bahawa orang bukan Islam berada dalam keadaan hadas besar adalah "tidak masuk akal."

Katanya, hanya orang Islam yang diwajibkan mandi hadas.

"Masalahnya bila ada pengarah JAIS yang ada agenda politik dan tak ada ilmu, memberi alasan memalukan sehingga orang bukan Islam hilang minat untuk berdamping dengan Islam," katanya.

Khalid juga mendakwa, sultan Selangor juga dimaklumkan dengan maklumat yang salah berkenaan kehadiran ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching ke sebuah masjid.

"Teo Nie Ching difitnah untuk beri tazkirah -- ini disalahmaklumkan kepada sultan sehingga sultan murka," katanya lagi.

Khalid turut menyelar pandangan yang ditimbulkan bahawa orang Islam tidak akan suka sekiranya orang bukan Islam memasuki rumah ibadat berkenaan.

Bina jambatan

"Kelangsungan Umno atas dasar perbezaan dan perbalahan (supaya) ada buruk sangka, takut dan tak yakin, supaya orang sokong mereka.

"(Mereka) sengaja nak timbulkan tanggapan bahawa Islam itu tidak mesra," tambahnya.

Katanya lagi, pandangan itu berbeza dengan pendekatan Pakatan Rakyat yang ingin "membina jambatan" dengan antara masyarakat Islam dan bukan Islam.

Tambahnya, pendekatan ini bertujuan menghilangkan kesangsian antara kaum dan agama seperti yang boleh dilihat melalui kunjungannya ke sebuah gereja sebelum ini.

[Berita penuh menyusul]

MAIS larang YB Teo masuk MASJID

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 2 Sept — Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching berkata telah menerima surat amaran Majlis Agama Islam Selangor (Mais), yang meminta beliau tidak lagi memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor.

Dalam surat amaran itu Mais menekankan arahan tersebut dikeluarkan atas titah perintah Sultan Selangor.

Teo berkata surat amaran yang diterima melalui faks menjelaskan sekiranya mahu memasuki ruang solat beliau perlu mendapatkan kebenaran Mais terlebih dahulu.

“Ya, saya sudah terima surat amaran itu pada pukul 1.30 tengah hari (semalam).

“Dalam surat itu mengatakan bahawa saya dilarang memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor tanpa kebenaran Mais terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen DAP itu berkata beliau akan mengambil peringatan daripada surat tersebut dan akan merujuk kepada Mais terlebih dahulu sebelum ke masjid dan surau.

“Sudah tentu saya akan ambil peringatan, ini adalah titah Sultan Selangor.

“Apa lagi yang saya boleh buat?

“Saya kena patuh kepada titah Sultan Selangor kerana dalam surat itu Mais kata ia adalah titah daripada Sultan Selangor,” katanya lagi.

Teo sebelum ini dikatakan menyampaikan sumbangan dan memberikan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral pada 22 Ogos lalu.

Tindakan Teo itu dikritik Umno dan Perkasa sebelum ini dan turut dilaporkan menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Mais menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.

Namun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.


The Malaysian Insider

UMNO berfesta FITNAH di bulan RAMADHAN

Oleh Mohamed Hanipa Maidin

Cuba bayangkan jika Rasulullah SAW ditakdirkan Allah masih hidup di zaman ini. Tidakkah kita fikirkan bahawa Utusan dan Umno mungkin juga akan menemplak tindakan Rasulullah SAW yang membenarkan orang-orang Kristian Najran masuk ke masjid dan bersembahyang di Masjid Nabi.

Ahli Parlimen DAP YB Teo Nie Ching diserang-serang habis-habisan kerana berkunjung ke Surau Al-Huda Kajang untuk menyampaikan bantuan membaiki pagar surau tersebut. Beliau telah dijemput oleh jawatankuasa surau untuk menyampaikan ucapan ringkas. Insiden itu bagaimanapun dieksploitasi media arus perdana dan Umno dengan mendakwa ia satu kesalahan dan mencemar imej Islam.

Kerana seronok memfitnah di bulan Ramadhan , Umno dan Utusan tidak peduli seerah Rasulullah SAW dan para sahabat yang berjaya menonjolkan ruh tasamuh ( toleransi ) yang amat tinggi apabila berdepan dengan golongan non muslim .

Sebagai satu contoh toleransi yang Rasulullah SAW tonjolkan adalah sepertimana kisah yang dinyatakan oleh Ibn Ishak di dalam seerah berkenaaan perjumpaan Baginda dengan golongan Kristian Najran.

Ibnu Ishak meriwayatkan golongan Kristian ini telah bertemu dengan Rasulullah SAW di Madinah dan mereka bejumpa Rasulullah SAW di Masjid Nabi. Apabila tiba waktu asar golongan Kristian ini bangun ingin menunaikan sembahyang mereka dan ada para sahabat yang cuba menegah mereka.

Rasulullah sebaliknya mengatakan “ Da’auhum ! (biarkan mereka) . Rasulullah SAW membenarkan golongan Kristian itu bersembahyang mengikut cara mereka di dalam masjid Nabi. Akhirnya mereka bersembahyang dengan mengadap di sebelah timur (lihat buku tulisan Yusuf Al-Qardhawi “ Religious Minority from Shariah’s Perspective).

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib iaitu mereka yang arif tentang Islam menyatakan tidak salah orang bukan Islam memasuki masjid.

Jika Rasulullah SAW yang digambarkan oleh Al-Quran sebagai qudwatun hasanah (role model) membenarkan orang bukan Islam bersembahyang cara mereka di Masjid Nabi siapakah Utusan dan Umno yang ingin melarang Ahli Parlimen DAP dari memasuki surau Al-Huda, Kajang.

Umno dan Utusan mendakwa kononnya pihak Surau Al-Huda membenarkan Nie Ching memberikan tazkirah sedangkan beliau adalah orang bukan Islam dan tidak menutup aurat.

Sebenarnya ini hujah makan tuan. Baiklah katakan untuk tujuan berhujah, kami terima pendapat Umno bahawa Nie Ching tidak sepatutnya bertazkirah kerana beliau adalah orang bukan Islam dan tidak menutup aurat . Jika itu hujah Umno kita juga berhak bertanya kenapakah semasa Umno menjadi Kerajaan di Selangor dahulu para alim ulama’ seperti Tuan Guru Nik Aziz, Datuk Dr Harun Din , Almarhum Datuk Ishak Bahrum dan beberapa alim ulama' yang lain juga dilarang memberikan tazkirah oleh pemimpin Umno .Bukankah Tuan Guru Nik Aziz, Datuk Dr Harun Din , Almarhum Datuk Ishak Bahrum adalah orang Islam dan bukankah mereka juga menutup aurat !

Umno katakan Nie Ching tidak menutup aurat ketika bertazkirah . Kita ingin bertanya Umno , adakah hukum atau perintah menutup aurat hanya untuk orang Islam atau juga terpakai untuk orang bukan Islam? Jika menutup aurat hanya wajib untuk orang Islam sahaja kenapakah kita harus mewajibkan ke atas orang bukan Islam dalam perkara yang Allah tidak wajibkan ke atas mereka. Bukankah pendirian kita bahawa orang bukan Islam yang ingin berkunjung ke masjid mestilah berpakaian sopan. Saya tidak nampak Nie Ching berpakaian tidak sopan hanya kerana beliau tidak bertudung.

Jika Umno begitu serius tentang isu menutup aurat mengapakah Umno tidak ambil peduli sebahagian besar isteri pemimpin Umno dan sesetengah pemimpin wanita dan Puteri Umno yang masih tidak menutup aurat !

Apabila Ahli Parlimen Selayang, YB William Leong Jee Keen menyampaikan sumbangan kepada wakil Masjid al-Taqwa, Selayang akhbar Mingguan Malaysia menulis dengan tajuk berikut “ Ahli Parlimen Selayang pula “ bertazkirah” Kesucian Masjid terus dinodai” (Mingguan Malaysia 29/8/2010 m/s 3) . Akhbar itu melaporkan pengarah Jais Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat utama kerana mereka tergolong dalam berkeadaan hadas besar.

Saya tidak pelik jika Jais mengambil pendirian begitu kerana bagi saya saki baki pengaruh Umno masih tebal dalam JAIS. Bukankah Jais di zaman BN dahulu sibuk mengambil tindakan kepada AJK masjid yang dilihat tidak cenderung kepada Kerajaan BN. Saya mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam isu tersebut kerana saya mewakili lebih kurang 7 buah masjid dan surau yang diganggu oleh Jais!

Untuk Khusrin kita ingin bertanya soalan berikut : Adakah Rasulullah s.a.w tidak tahu orang-orang Kristian Najran berhadas besar semasa Rasulullah SAW membenarkan mereka masuk Masjid Nabi dan bersembahyang di Masjid Nabi ?

Apabila Ustaz Zakaria Ahmad mendoakan di dalam khutbah agar Lim Guan Eng diberi hidayah akhbar proksi Umno memfitnah beliau dengan mengatakan doa Ustaz Zakaria berbunyi begini “ Ya Allah , Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Lim Guan Eng… (lihat Mingguan Malaysia 22/8/2010 m/s 5). Malahan ada disiarkan di dalam TV bagaimana seseorang membuat komen bahawa khutbah tersebut boleh dikatakan tidak sah kerana tidak ada doa kepada Yang DiPertuan Agung.

Wow ! sejak bila doa kepada YDPA menjadi rukun khutbah. Habislah semua khutbah Nabi tidak sah kerana di zaman Nabi YDPA tidak ada !

Mengapakah Umno terus menerus memainkan isu seperti ini? Jawapannya mudah sekali iaitu amat mudah memainkan emosi rakyat dengan isu-isu sensasi ini. Percayalah Umno akan terus menerus memainkan isu seperti ini kerana bagi Umno undi adalah segala-galanya. Bagi mendapatkan undi matlamat menghalalkan cara. Umno tidak akan peduli sama ada isu yang dimanipulasi itu selaras dengan syara’ atau tidak.

Lihatlah pendirian Umno dalam isu kalimah Allah di dalam akhbar the Herald. Emosi mengatasi ilmu. Lihat pula dalam isu kuil dan memijak kepala lembu . Sekali lagi perasaan mengatasi ilmu pengetahuan. Lihat pula isu orang bukan Islam masuk ke dalam masjid. Umno tidak peduli seerah dan sunnah Rasulullah SAW. Lihat pula isu khutbah. Umno seronok memfitnah di dalam bulan yang penuh barakah.


Suara Keadilan