Tuesday, August 17, 2010

Pelakon Porno MCA tuduh PAS-UMNO peralat Islam.....mana suara UMNO?

PAS menyeru Presiden MCA, Dato' Seri Dr Chua Soi Lek supaya mempelajari dan memahami Islam daripada parti itu setelah Umno ternyata gagal memberikan kefahaman tentang Islam tokoh nombor satu MCA itu.

"Tidak dinafikan, Chua tidak faham Islam kerana dia bersahabat dengan pemimpin Umno yang gagal menampilkan ciri Islam yang sebenar. Tentu beliau keliru dengan Islam yang dihayati oleh pemimpin Umno hingga berlaku kecelaruan dalam fikiran beliau," tegasnya


Sementara itu, Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar membidas sikap berdiam diri Umno terhadap kenyataan pedas Presiden MCA, Dato' Seri Dr Chua Soi Lek yang menghina Islam malah menghina tindakan Umno bersaing dalam soal Islam dengan PAS.

"Ini satu tindakan yang bagi saya memperlihatkan Presiden MCA menipu Umno-BN. Sebelum ini bekas Presiden MCA, Tan Sri Ling Liong Sik menipu Perdana Menteri terdahulu dan anggota kabinetnya dalam isu PKFZ dengan nilai RM12 billion. Kali ini Presiden MCA yang baru pula menipu dan menghina Islam, apa Umno buat?" soal beliau ketika mengulas isu kenyataan Chua berhubung menggunakan Islam sebagai alat politik, 10 Ogos lalu.

Kamarudin yang juga AJK PAS Pusat menifatkan, MCA sebenarnya tidak memahami Islam dan disebabkan itu mereka membuat telahan semberono dan Umno selaku parti sekutu dalam BN gagal memberi kefahaman sebenar berhubung Islam kepada MCA.

"Amat malang sekali bagi Umno mempunyai rakan komponen dalam BN yang menghina Islam terang-terang. Ini tandanya Umno gagal bentuk persepsi Islam dalam BN," katanya lagi.

Ditanya berhubung kenyataan Umno sebelum ini yang menggambarkan PAS tunduk kepada DAP dalam isu Islam, Kamarudin membidas dan menyatakan sebenarnya Umnolah yang gagal mengawal MCA dari menghina Islam.

"Tiada bukti yang jelas menunjukkan mereka (DAP) desak umat Islam tak payah sembahyang atau lakukan apa-apa ibadah, atau mereka menghina agama Islam, tetapi MCA kini terang-terangan menghina Islam, apa Umno buat?" soalnya lagi.

Ini jelas menunjukkan Umno ditipu oleh MCA yang duduk 'semeja' dengan mereka dalam Barisan Nasional, katanya. Kamarudin seterusnya menggesa rakyat melihat betapa Umno sebenarnya tidak mampu mempertahankan Islam hatta apabila dicuit oleh rakan dalam BN seperti MCA.

Bagi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pula, kenyataan Soi Lek jelas menunjukkan beliau masih mengalami tekanan dan gangguan mental 'Islamphobia' yang parah.

Tambah malang dakwa Ustaz Nasruddin Hassan, tokoh MCA itu membuat rujukan yang lemah dan mentah mengenai Islam dan penganutnya apabila hanya menjadikan tulisan Syed Akbar Ali (Malaysia and the club of Doom) sebagai asas "study case"nya tetapi tidak pula merujuk kepada para alim ulamak atau cendikiawan Islam yang muktabar.

Tegasnya, Soi Lek gagal membezakan Islam yang diperjuangkan oleh PAS berbanding Umno yang hanya mengaku Islam tetapi tidak mengaplikasi Islam dalam sistem pemerintahan mereka.

Ustaz Nasruddin yakin kenyataan Soi Lek ini satu kenyataan murahan yang cuba meraih publisiti baru dan tumpuan rakyat kepada MCA dan kepimpinan beliau setelah MCA mengalami ribut tsunami yang memecah belahkan kesatuan parti mereka.

MPAJ tak nampak atau buat-buat tak nampak ?



Deretan kereta terpakai diletakkan di atas bahu jalan di Jalan Pandan Indah menuju ke Taman Shamelin berhampiran Taman Maju Jaya.Tokey kedai kereta terpakai di sini menjadikan bahu jalan seperti tanah milik mak bapak depa tanpa mendapat amaran atau saman daripada pihak berkuasa tempatan seperti MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya)dan sebagainya.

Bayangkan jika anda berniaga goreng pisang atau burger di bahu jalan tersebut, sudah tentu dah lama kena angkut ataupun di saman oleh pihak MPAJ dan yang sewaktu dengannya.

Begitu juga kalau anda parking kereta tanpa mempamirkan kupon letak kereta,dah sah-sah surat saman dan mahkamah akan mengejar anda hingga ke lubang cacing.Tapi bila mamak berniaga rojak kat tempat parking depan CIMB Bank di Pandan Jaya,satu saman pun mamak tu penah dapat daripada MPAJ sepanjang berpuluh tahun berniaga di situ.Ajaib tapi benar!!!




Samalah kisahnya dengan cukong-cukong ni yang sewenang-wenangnya meletak kereta terpakai milik mereka di tepi-tepi jalan utama. MPAJ seolah-olah terpukau atau dipukau oleh cukong-cukong tersebut.MPAJ tak nampak atau buat-buat tak nampak?









Hebat cukong-cukong ni...tepi jalan pun boleh longgok berpuluh-puluh kereta,seolah-olah Malaysia ni tak dak undang-undang dan tak dak penguatkuasa.

Tapi kalau rakyat letak kereta sebijik saja kat tepi jalan,lambat lepa terus kena saman.

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz0wqVK4Wvr

Saturday, July 24, 2010

Orang Umno ...mai baca ni.....

WASIAT ABDULLAH FAHIM YANG DI SEMBUNYIKAN UMNO



UMNO Se;angor guna "Melayu Sampah" untuk tumbangkan kerajaan PR Selangor

Oleh Mohd Sayuti Omar

UMNO sangat menyedari bahana yang akan diterimanya sekiranya parti itu gagal merampas Selangor dalam pilihan raya umum akan datang. Kerana itu pengumuman pilihan raya umum akan dibuat bergantung kepada keadaan Umno di negeri itu. Selagi Umno merasakan Selangor tidak selesa maka pilihan raya akan datang tidak segera dilakukan, mungkin akan genap penggal ke 12 parlimen pada Mac 2013. Sebaliknya kalau Umno berkedudukan selesa di negeri itu, kemungkinan pilihan raya akan dipercepatkan.

Banyak faktor kenapa Umno mengambil perkiraan itu. Salah satunya ialah kedudukan Selangor sebagai sebuah negeri yang terkaya di negara ini. Kehilangan Selangor kepada Umno tak ubah seperti hilangnya karung emas bagi parti itu. Duit di Selangorlah yang akan digunakan untuk menjana Umno di negeri lain. Apabila Selangor sudah dirampas Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ke-12 lalu, maka kekayaan itu sudah tidak ada lagi.

Inilah menyebabkan pemimpin Umno Selangor menjadi gila. Khir Toyo sampai menggelepar terkeluar dari botol kerana sudah tidak jadi MB lagi. Begitu juga dengan Noh Omar yang bercita-cita besar nak jadi MB Selangor, bernasib baik kerana tidak bertanding di kerusi Dun dalam pilihan raya lalu. Kalau beliau juga dibawa ke Dun pasti Noh juga sudah sasau macam Khir Toyo hari ini.

Musibah kehilangan Selangor itu sudah dapat dilihat kini. Bila Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat Umno Selangor jadi huruhara. Iyalah orang tidak biasa ditimpa kecelakaan sekali terkena celaka buruk padahnya. Umno sampai tidak tahu untuk lantik siapa jadi ketua hingga terpaksa Najib Razak memimpin Selangor.

Jadi Umno kena wujudkan keadaan selesa di Selangor. Makanya untuk mewujudkan keadaan itu Umno telah melakukan pelbagai strategi bagi mengoncangkan kerajaan Pakatan Selangor dan mengugahkan keyakinan rakyat kepada kerajaan baru itu. Macam-macam dilakukan. Awalnya kerja memburukkan Khalid Ibrahim sebagai MB. MB itu dituduh rasuah dan tidak reti metadbir dan sebagainya. Namun ia tidak membawa apa-apa bekas. Rakyat Selangor yang celit maklumat dan tidak berada dalam asap Umno nampak perubahan yang dilakukan Khalid. Dengan sendirinya fitnah terhadap Khalid tertolak.

Lepas itu ditimbulkan cerita yang Mohd Azmin Ali dan puak-puaknya bencikan Khalid. Kononnya Azmi mahukan jawatan MB dan berkonspirasi untuk menjatuhkan Khalid. Sekali lagi usaha itu tidak membawa hasil. Sebaliknya pertukaran jawatan pengerusi PKR Selangor dari Khalid kepada Azmin mengukuhkan kedudukan parti berkenaan. Isu ini tidak berapa menarik dan mempersonakan rakyat Selangor.

Kini ditimbulkan pula isu pencurian pasir. Umno sengaja menimbulkan isu ini kerana ia dilihat sensitif. Tidak cukup menggunakan media massa, cetak dan eletronik, isu itu dibawa ke istana pula. Ada pihak yang cuba menggunakan istana untuk menjatuhkan kerajaan Selangor.

Isu pasir sama juga dengan isu-isu lain sebelum ini tidak berapa menjadi. Yang rungsing dan sibuk dengan isu pasir ialah Umno bila mana kroni mereka tidak dapat terus mengaut keuntungan daripada kerja mengorek pasir. Sebelum ini lesen mengorek pasir diberikan kepada kroni Umno saja. Bukan itu saja ia juga tidak mengutungkan seperti mana perwujudan konsotium yang dibentuk oleh kerajaan kini.

Memerhati kepada gelagat dan tindakan Umno Selangor itu menjelaskan ianya dalam keadaan terdesak. Umno Selangor kehabisan modal dan usaha bagi menumbangkang kerajaan Pakatan. Keterdeksakan inisemakin jelas lagi apabila Ezam Mohamad Noor digunakan untuk dijadikan peluru kapor Umno Selangor.

Ezam bersama kuncu-kuncu kini dinaikkan ke atas pentas untuk membantu Umno Selangor merampas balik negeri Darul Ehsan itu. Atas nama moto "Selamatkan Selangor" Ezam bergerak ke seluruh Selangor. Tugas Ezam berbeza dari tugas pemimpin Umno lain. Beliau tidak menghentam Khalid sebaliknya membelasah bekas bosnya. Sedar atau tidak Ezam sudah menjadi perkakas oleh Umno untuk menentang Anwar dengan sedikit upah.

Perasmian projek selamat Selangor, membelasah Anwar sudah bermula malam semalam di Shah Alam. Khabarnya kehadiran tidak menghampakan sangat, lebih 200 orang yang hadir. Korum itu cukuplah untuk Ezam dan kuncu-kuncunya menerima tepuk setiap kali dia membelas dan menyerang Anwar.

Sebenarnya langkah Umno menurunkan Ezam itu sia-sia saja. Ia tidak memberi kesan besar kepada kedudukan kerajaan Pakatan di Selangor. Ini kerana orang semua sudah kenal dan tahu panjang pendek politik Ezam Mohamad Noor. Mungkin kalau Ezam tidak bersama Anwar sebelum ini berarak di jalan-jalan raya mengerakan demostrasi orang akan percaya apa yang diucapkan. Tetapi kerana sebelum ini beliau merupakan orang kanan Anwar dan tiba-tiba telah mufarakah dari Anwar orang akan mempersoalkan tindakan beliau.

Apa juga kenyataan Ezam dan juga sumpahnya untuk memperjuangkan Melayu, tuduhan ke atas Anwar sebagai egen Yahudi akan ditolak begitu saja. Orang akan soal kenapa beliau selama ini sanggup ke penjara kerana memperjuangkan agen Yahudi? Mustahil kalau Anwar egen Yahudi beliau tidak tahu?

Dengan mudah orang akan menilai tindakan Ezam yang berpaling tadah itu kerana beliau gagal mencapai cita-citanya. Orang akan membuat andaian Ezam berpaling tadah bukan sangat kerana Anwar sebagai egen Yahudi atau hendak memperjuangkan Melayu, tetapi beliau berpaling tadah kerana gagal memujuk Anwar menyertai Umno selepas PKR gagal membentuk kerajaan tahun 2008. Ezam bertindak bukan untuk bangsa tetapi untuk dirinya.

Bayangkan di manakah Ezam dan kuncu-kuncunya kini kalau Anwar sudah menjadi Perdana Menteri? Bukankah Ezam kini akan berada di Putrajaya bersama Anwar? Jadi, keputusan Ezam meninggalkan Anwar bukan kerana Anwar egen Yahudi atau apa tetapi kerana Anwar gagal jadi PM. Itu saja. Selain itu beliau juga kecewa kerana Anwar tidak sedia mengikut kehendaknya agar berlutut dan mencium tangan Abdullah Badawi menyertai Umno sepertinya.

Jadi orang macam Ezam yang prinsipnya boleh dipersoalkan itulah kini digunakan Umno Selangor untuk menggempur kerajaan Pakatan Rakyat. Orang macam Ezam tidak membawa banyak kelabaan kepada Umno kerana beliau adalah Melayu sampah saja yang kelihatan keras, tegas tetapi di dalamnya lembek, pengcut dan mudah cair dengan ugutan selepas ditangkap dan dipenjarakan.

Sepatutnya Umno Selangor belajar daripada kesilapan dilakukan Umno Kelantan. Umno Kelantan dalam usaha hendak menjatuhkan Pas Kelantan pernah menggunakan khidmat ahli-ahli Pas yang munafik, yang mengkhianati parti dijadikan tentera memburukkan Pas dan peribadi Nik Aziz. Apa terjadi atas usaha berkenaan? Ia bukan saja Umno tidak mendapat laba besar sebaliknya kedudukan Pas semakin kukuh.

Semuanya kerana rakyat Kelantan sudah kenal dan arif kenapa mereka itu sedia menjadi alat dan perkakas kepada Umno. Ia bukan kerana kebenaran yang mereka suarakan di pentas ceramah melainkan kerana mengejar sedikit kebendaan.

Begitu jugalah tindakan Umno Selangor menggunakan Ezam dan kuncu-kuncunya yang satu masa dulu berkhemah siang dan malam Jalan Setiabudi, Damansara tidak akan memberi laba kepada Umno sebaliknya menjadi liabiliti kepada parti berkenaan. [wm.kl. 4:20 pm 24/07/10]

Sumber - MSO

AWAS.....Perangkap Harussani dah mengena.....

Oleh: BayangDiAir

"Dengan mengatakan bahawa ada pemimpin atasan PAS dan UMNO berjumpa dengannya, Harunsani telah berjaya meletakkan perangkap pada satu trafik politik. Perangkap itu memang jelas apabila mufti yang dilihat lebih berat ke arah perpaduan Melayu berbentuk asobiyah itu tidak menamakan individu yang dikatakan sebagai pemimpin PAS itu.

Dalam satu kenyataannya selepas itu, diperkuatkan lagi perangkapnya dengan dakwaan bahawa tak kan dia sebagai mufti hendak berbohong.

Kini tersebar dakwaan khianat bahawa Datuk Dr. Hassan Ali ialah pemimpin PAS yang dimaksudkan itu. Secara berani dan jujur Pesuruhjaya PAS Selangor itu bangun mengakui bahawa beliau ada bertemu dengan Harussani dua bulan yang lalu. Pertemuan itu adalah atas kapasiti beliau sebagai Exco Agama manakala Harussani sebagi mufti. Agendanya adalah ‘engagement” biasa yang dihalalkan oleh PAS. Perkongsian ilmu dan pengalaman bukanlah sesuatu yang salah lebih-lebih lagi demi kebaikan agama dan ummah itu sendiri dalam urusan pentadbiran. Pertemuan itu pula dilakukan secara terbuka. Jadi apa salahnya sehingga beliau terpaksa menanggung fitnah kali ketiga ini?

Fitnah pertama ialah apabila beliau dikatakan sebagai ‘berperangai Yahudi’ oleh perwakilan ketika muktamar beberapa tahun yang lalu sehingga menyedut aliran darah ke jantung beliau. Daripada penjelasannya, beliau amat berdukacita atas dakwaan perwakilan itu. Agak lama juga beliau tergamam sehinggalah aliran darah kembali normal di dalam jantungnya. Kedua, beliau dicop sebagai pro-UMNO dan ingin mendapat jawatan dalam isu UG. Ketiga ialah fitnah terkini . Tidak mustahil beliau akan terus ditimpa fitnah selagi musuh mempunyai agenda peribadi.

Jahatnya seorang mufti sekiranya memutarbelit motif pertemuan yang dilakukan secara terbuka tersebut. Mufti tidak berbohong atas kenyataan adanya pertemuan. Tapi busuknya bohong mufti sekiranya lain tujuan lain pula yang diuar-uarkan. Memang Datuk Mufti tidak berbohong tentang adanya pertemuan sepertimana kata, “ tak kan saya sebagai mufti hendak berbohong?” Tetapi apakah ‘lain yang diperkata lain pula yang diceritakan’ itu bukan bohong namanya? Niat serong betul.

Bohong atau tidak, kenyataan mufti Perak itu sudah menjadi perangkap. Kata peribahasa, perangkap tak pernah melupakan pelanduk, tetapi pelanduk selalu melupakan perangkap. Peringatan ini walaupun sudah dijiwai orang bangsa Melayu tetapi pengajaran sukar mendidik diri. Kini kelihatan perangkap Harussani sudah mengena. Isu perpaduan Melayunya berjaya membina prejudis dalam kalangan pemimpin PAS. Sudah ada syak wasangka, tuduhan rawak dan penafian. Timbul sedikit kocak dalam cawan PAS Selangor. Khalid Samad mula melepaskan peluru tak bermatanya. Beliau meminta agar pihak yang bertemu Harussani dikenakan tindakan. Beliau menekankan tentang ‘tindakan’ bukan ‘siasat benar atau bohong.’ Keadaan mula menjadi nanar. Roslan Shahir, Ketua Penerangan PAS Selangor pula menafikan berlaku agenda perpaduan PAS-UMNO. Beliau mengingatkan ahli dan pemimpin PAS agar jangan mengadu domba sama sendiri.

Apakah makna semua ini? Apakah rasa tidak puas hati dan dendam kesumat mewarnai syak wasangka ini? Apakah bentuk rasa tidak berpuas hati yang belum selesai? Tidak dinafikan bahawa insan biasa tidak terlepas dari sifat mazmumah. Namun amat pelik jika ‘dendam’ boleh bertapak dalam hati pemimpin berjiwa Islam. Mustahil. Ini hanya salah sangka penulis sahaja. Begitulah harapnya. Tetapi bagaimana sekiranya rasa tidak berpuas hati itu belum padam? Bagaimanakah jika dendam itu terdapat dalam lipatan hati yang berlapis-lapis sifatnya?

Kesimpulannya di sini ialah terdapat dua perkara yang penulis ingin nasihatkan atas dasar Islam itu mengajar umatnya agar saling nasihat-menasihati. Pertama, kalau UG sudah ditutup buku, maka isu perpaduan Melayu ini juga perlu ditutup buku secara rasmi. Sekiranya polemik ini terus diperhidupkan oleh UMNO maka biarlah Mursyidul Am, Presiden dan Ketua Penerangan PAS Pusat sahaja yang menjawabnya. Kedua, jangan mudah mengizinkan diri masuk dalam perangkap musuh dan syaitan. Syaitan memang berusaha menghancurkan perjuangan Islam dan memporak-perandakan ukhuwah Islamiyah. Pejuang Islam itu umpama batu-batu binaan; yang satu menguatkan yang lain. Ingatlah, sebarang pergeseran bukan sahaja melambatkan kemenangan malah akan menggagalkan matlamat dan meletakkan perjuangan dalam bahana kebinasaan.

"

Pertemuan Dr Hassan - Harussani; Ulasan Freezone Terengganu

hassan ali dah mengeluarkan kenyataan yang beliau ada menemui sahibul samahah harusani, blogger masih tak berpuas hati terutama ooolamak kepala lutut, penarikbeca, greenbag dah tumpang sekaki, suara dari pertubuhan haram belum lagi keluar. altulangbesi yang mengatakan akan mengeluarkan rakaman suara atau video jika hassan ali dah mengaku atau tak mengaku. hassan ali dah mengaku berjumpa dengan harusani dan berjumpa bukan arahan parti dan berjumpa atas kapasiti exco selangor. oleh itu pihak yang berasa nilai diri begitu hebat dan berasa terlampau pandai dalam menghidu bau bau bangkai bolehlah mengeluarkan bukti bukti yang dikatakan ada. kalau tak keluarkan masa yang terdekat ini bermakna blogger ini bangang sebangangnya. menuduh tanpa bukti hanya rakaman gambar buat apa, budak bogel pun boleh ambik gambar.

yang menjadi persoalan sekarang peguam yang dikatakan menjadi saksi kepada pertemuan dipnb park pula dikatakan tahu rahsia dan butir butir pertemuan itu, dah kalau tahu sangat fakta sebagaimana fasihnya tulangbesi mengfitnah hassan ali kenapa tak kemukakan bukti rakaman yang dikatakan ada ditangan masing masing. kenapa takut memperkatakan kebenaran atau takut sebab tiada bukti hanya cakap cakap sahaja. khalid samad sebagai ketua kepada kumpulan ini perlu tampil dengan bukti jangan hanya pandai bercakap didepan media sahaja. dulu sebelum khalid samad bergelar mp bukan begini perangainya tetapi selepas bergelar mp dan dikelilingi oleh kuda kuda laut dan juga cerpelai nampaknya berpusing 360 darjah. mungkin atas nasihat blogger inilah khalid samad menjadi seorang yang begitu pendendam dan tidak berdisiplin langsung.

pengikut tidak mudah diperbodohkan lagi, sebagaimana kata penarikbeca yang mengatakan pengikut tak bodoh lagi dan tahu pemimpin menipu, dan pembaca tahu bila masa blogger menipu dan pembaca tidak bodoh seperti yang disangkakan. ayuh blogger tersohor keluarkan bukti bukannya gambar yang tak ada kena mengena dengan peristiwa tersebut. hassan ali dah mengaku berjumpa dan rakaman perlu disebarkan dengan meluas. dan dari situ boleh diketahui yang mana jadi biawak dan anjing. kenapa harus takut jika mempunyai bukti bukti atau hanya fitnah fitnah. ooolamak sudah lama belajar di pakistan, turkistan, gohead gostan dan akhir sekali tanjung rambutan. keluarkan gambar yang tidak ada kena mengena dengan hari perjumpaan buat apa. bodoh bangang jadinya penulisan. mengaru tempat bukan gatalnya.

http://freezoneterengganu.blogspot.com/2010/07/hassan-ali-dah-mengaku.html

Kenyataan Hassan: Harussani wajar mohon maaf

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menuntut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memohon maaf secara terbuka kepada PAS dan seluruh orang Melayu Islam berikutan penjelasan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang menunjukkan mufti itu mwngeluarkan kenyataan yang mengelirukan.

Sambil menyifatkan Harussani melakukan pembohongan yang memalukan, Mahfuz berkata, pengakuan Dr Hassan yang menjelaskan bahawa pertemuannya dengan Harussani tidak ada agenda khusus membincangkan penyatuan Umno dan PAS sekaligus mendedahkan kedudukan dan peranan Harussani sebagai alat dan pencacai Umno.

"Kenyataan Dr Hassan jelas mendedahkan penyelewengan fakta seorang mufti seperti Harussani. Kekeliruan yang ditimbulkan Harussani serta kesediaan beliau menjadi pencacai Umno sangat memalukan ulama khususnya para mufti yang ada di Malaysia.

"Harussani sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Mufti Perak kerana beliau pernah menyatakan, sebagai mufti beliau tidak membuat kenyataan yang mengelirukan itu, sedangkan pendedahan Dr Hassan memperjelaskan apa yang dikatakan Harussani adalah tidak benar," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menggesa Harussani tidak membiarkan dirinya terus menjadi pecacai Umno yang sedang tenat dan nazak.

Menurut Mahfuz, berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Dr Hassan, amat jelas bahawa pertemuan tersebut langsung tidak menyentuh soal kerjasama PAS dan Umno.

"Pertemuan tersebut sempena mesyuarat kebangsaan hal ehwal Islam. Dr Hassan juga menyatakan beliau tidak pernah dimandatkan oleh PAS untuk membincangkan dengan Harussani isu kerjasama PAS dan Umno," kata Mahfuz.