Sunday, December 5, 2010

kandungan MEMORANDUM kepada DYMM AGONG


MEMORANDUM DITANDATANGANI 150,000 PENYOKONG KERAJAAN SELANGOR DISERAH KEPADA YANG di-PERTUAN AGONG

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan kepada Seri Paduka Baginda berhubung isu pengambilalihan industri air oleh Kerajaan Selangor dari syarikat konsesi yang telah tertangguh lebih dua tahun lalu di Istana Negara, hari ini,

Beliau menyerahkan memorandum berkenaan kepada Pegawai Akhbar Istana Negara, Khairi Abdul Rahman yang menerimanya bagi pihak Yang di-Pertuan Agong kira-kira jam 2.15 petang. Memorandum itu disokong 150,000 rakyat Selangor yang menandatangani memorandum berkenaan.


Memorandum
Isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan

Kepada:
Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin
Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah
Yang Dipertuan Agong, Malaysia

Daripada:
Rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Kerajaan Negeri
Selangor Darul Ehsan

2010

Dengan nama Allah s.w.t., Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., pesuruh Allah s.w.t. yang sangat mencintai dan menggesa umatnya berlaku adil.

Assalamu'alaikum w.b.t.

Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.

Dengan keinsafan bahawa kehidupan asasi manusia cukup bergantung dengan akses kepada air yang bersih pada kadar harga munasabah,

Dengan kesedaran perkembangan kos sara hidup rakyat kian meningkat berbanding pendapatan,

Dengan ketegasan menentang penyelewengan, salah guna kuasa dan kepura-puraan,

Dengan iltizam menegakkan sebuah kepimpinan yang prihatin, telus, bertanggungjawab, cekap, dan menghormati semangat dan amalan Persekutuan;

Maka dengan ini kami, Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor, berkumpul marafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk menyampaikan suara hati kami terhadap isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan.

Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.

1) Mengembalikan Hak Air kepada Rakyat

Kami, mewakili 150,000 rakyat Selangor yang telah menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan kepada Memorandum ini dan juga keseluruhan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mendapatkan perkhidmatan air yang sama, menuntut keadilan untuk diri kami membetulkan kesalahan dalam penswastaan Industri Perkhidmatan Air yang telah dibuat, sehingga menyebabkan kualiti dan perkhidmatan air yang teruk serta peningkatan tarif air pada kadar yang tidak munasabah. Justeru, kami menuntut kualiti air dan Perkhidmatan Air yang bersih pada kadar yang munasabah, dengan mengambil kira rakyat miskin serta mereka yang berpendapatan rendah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menitahkan agar Hak Air ini dikembalikan kepada rakyat melalui pengambil-alihan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

2) Mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006)

Kami merafak sembah memohon Tuanku mendokong semangat dan matlamat Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang telah menjelaskan keperluan Industri Perkhidmatan Air ini distrukturkan semula secara holistik dan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sesungguhnya, Akta ini telah dirangka dan diluluskan dengan tujuan membetulkan kesalahan yang dibuat semasa menswastakan Industri Perkhidmatan Air sebelumnya. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan Kerajaan Persekutuan agar tidak berdolak-dalik tentang keputusan ini.

3) Menghak-upayakan Rakyat

Perjanjian konsesi yang ditandatangani pada tahun 2004 antara Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (“SYABAS”), Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor mengandungi sejumlah persoalan yang jelas menunjukkan SYABAS tidak pedulikan kebajikan rakyat seperti kenaikan tarif air pada kadar yang tinggi (37% pada tahun 2009, dan 25%, 20%, 10% serta 5% pada 2012, 2015, 2018 dan 2021). Perjanjian ini seharusnya dirundingi dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana mereka adalah penerima kesan utama daripadanya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menghak-upaya rakyat dengan memastikan bahawa sebarang perjanjian baru yang mahu dibuat perlulah dirunding dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sebelum dimuktamadkan.

4. Mengembalikan Kuasa Kerajaan Negeri

Perkhidmatan air yang telah dimasukkan dalam Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan 1957 memberikan kuasa bersama Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan dalam hal berkaitan. Kami mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menghormati semangat Persekutuan ini dan kuasa yang dimiliki oleh Kerajaan negeri dalam isu berkaitan perkhidmatan air ini, dan jangan berdolak-dalik menentang Kerajaan Negeri Selangor. Kami merafak sembah memohon Tuanku untuk mengembalikan kuasa Kerajaan Negeri Selangor dalam hal ini.

5) Menghapuskan Kronisme

Telah menjadi persepsi umum bahawa Kerajaan Persekutuan mengambil sikap menyebelahi sektor swasta, dalam kes ini syarikat tertentu, yang boleh disabitkan dengan amalan kronisme. Telah terbukti bahawa usaha membolehkan syarikat-syarikat penerima konsesi ini mendapat sejumlah keuntungan tertentu, mereka dibenarkan untuk menaikkan kadar tarif yang tinggi dengan pemberian jaminan pinjaman Kerajaan Persekutuan yang bermaksud rakyatlah menjadi pembayarnya. Rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini perlu membayar kadar harga air yang tinggi, dan pembayar cukai Malaysia perlu menjamin risiko perniagaan SYABAS. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan janji Kerajaan Persekutuan untuk segera menghapuskan kronisme.

Dengan mandat diberikan rakyat, Kerajaan Negeri Selangor bertekad untuk memastikan nasib mereka terbela. Dengan pengambil-alihan Industri Perkhidmatan Air ini, Kerajaan Negeri Selangor berjanji untuk mengusahakannya dengan cara terbaik untuk manfaat semua.

Sekianlah penjelasan daripada Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bersama mendoakan dan menyokong tindakan penting ini.

Menjadi harapan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk melihat ia diambil perhatian serius oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Rakyat menjunjung kasih atas perhatian yang diberikan.

Sekian, terima kasih.

Daulat Tuanku.
5 Disember 2010.


Thursday, November 18, 2010

19 Nov 1985 berlaku dalam sejarah perjuangan JIHAD : ALLAH MEMILIH SABAT KITA SEBAGAI SYUHADA

CATATAN DARI : http://kedahlanie.blogspot.com/

AYUH ! PARA PEJUANG .... kita berkampong di MEMALI

apa alasan saudaraku pejuang ... untuk tidak ke memali pada hari ini dan seterusnya
.. nun kita nampak... di bumi plestine.... di irak .... di afghan ... di kashmir .... mindanao
... di patani .... di indon .... di sabah ... namun tak nampakkah di memali
sudah 25 tahun .....
suara gendang panggilan Jihad assyahid masih tergiang di telinga
panas darah syuhadak belum mampu disejukkan oleh musuh ...
wajah yang menguntum senyuman jihad masih tergambar ....

kerja UMNO BN menabur fitnah .... memang itu kerja umno ... sekadar fitnah itu biasa ..
membunuh pun sanggup .... apatah lagi dengan hanya media dan suara syaitan mereka...

apakah kita masih terus berpeluk tubuh .... berat kaki melagkah ke memali
sahabat kita telah korbankan nyawa ...... darah .... masa ... tenaga ... wang ringgit ... perasaan

kita .... apa alasan untuk tidak meraikan kesyahidan mereka .....
apa kemudahan yang tidak kita miliki ....
jalan ke memali pun sudah besar .....

ayuh buktikan kita meraikan kesyahidan mereka
agar kita juga terpilih sebagai syuhadak
paling kurang ... teman para syuhadak ....
jangan sama kekali jangan .... kita tidak digolongkan dalam golongan syuhadak
mohon dijauhkan allah dari jiwa yang pengecut
yang hanya tahu memberi alasan untuk tidak mahu menyertainya

24 tahun lalu tahun demi tahun sekatan demi sekatan ...
kita terus mengadakan majlis memperingati TEMAN SYUHADAK kita.


sejarah mengadakan majlis ini hanya terpahat kemas
dalam sejarah mantan ketua pemuda SDR ARIS AWANG

pemuda jangan lupa penggerak utama saban tahun majlis memperingati syuahak ini
ADAKAN SLOT PENGKISAHAN MEMPERINGATI MEMALI jemput aris awang


TAHNIAH pemuda ... Ketuanya..
seluruh kepimpinan pemuda ...
kembalikan Roh Jihad...
mantapkan ... perjuangan ...

kepada generasi baru dapatkan kisah memali yang sebenar
dari sumber yang sahih dengan hadir dalam program pemuda kedah ini.

BUMI MEMALI MENGUKIR SEJARAH
BERGELIMPANGAN JASAD KAKU DAN REBAH
.....
sambungnya dengar dimemali malam ini

tak bir...

sarikata nasyid yang menyusuk kalbu membangkit semangat jihad

dari cikgu sukarno

Rentetan peristiwa MEMALI....antara komen blogger

artikel ini diambil dari http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/

N3 di bawah ini yang bertajuk "Hari Ini Dalam Sejarah" pernah gua siarkan di awal pembabitan gua dalam dunia blogging, dan hari ini 19 November 2010, di pagi Jumaat yang mulia ini gua ulang siar n3 ini bagi mengingati sejarah perjuangan syuhada Memali. Buat tatapan pembaca yang terlepas pandang dan mungkin ada juga dikalangan generasi yang lahir pada tahun 1980 an... tidak mengetahui sejarah ini.

Hari ini 19 November mengingatkan Isa akan peristiwa hitam yang berlaku 23 tahun dahulu di negara kita. Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Kedah, telah menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air, yang berkesudahan dengan terkorbannya 13 nyawa bersama Asy-Syahid Ibrahim Mahmud @ Ustaz Ibrahim Libya.

Sewaktu itu Mahathir Mohamad menyalahkan Musa Hitam, dan Musa Hitam menuding kepada Mahathir. Apa yang nyata Peristiwa Memali adalah angkara kezaliman Umno. Manakala media perdana pula memainkan peranan memutar-belitkan cerita bagi menutup kekejaman tindakan kerajaan Barisan Nasional ketika itu.

Pada hari ini kita menikmati kemenangan daripada pengorbanan orang terdahulu yang tidak sempat untuk dilihat hasil perjuangan mereka. Perjuangan membela mangsa Memali telah melalui suatu tempoh yang cukup panjang. Setelah berpuluh orang mangsa kezaliman Memali selaku saksi-saksi utama telah kembali ke rahmatullah, akhirnya selepas dua puluh tahun, Mahkamah Tinggi Alor Star memutuskan tindakan polis menyerang dan membunuh penduduk Memali adalah tindakan yang salah. Kerajaan juga telah di arahkan untuk membayar sejumlah ganti rugi kepada mangsa kekejaman tersebut.

Kata-kata Kenangan Kepada Yang Syahid:

"Janganlah kamu mengira bahawa orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki."

Akhir kata marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada para syuhada yang berjuang dan terkorban di jalan ALLAH. Al-Fatihah...

p/s: Jika lu orang ingin mengetahui lebih lanjut kronologi pertempuran gilababi dan berat sebelah di Memali, lu orang boleh klik di sini, gua ada tinggalkan kronologi tersebut dalam ruangan komen.