Sunday, December 12, 2010

Panas: Isu Habuan "Seks Puteri UMNO", Terbukti Pemimpin Parti Itu Kini Sudah Mula Tidak Kenali Halal Dan Haram Apabila Terlalu Lama Berkuasa

AWAS ! JANGAN DI BIARKAN ANAK GADIS ANDA
SERTAI PUTERI UMNO BUAT SELAMA-LAMANYA
Cerita panas yang kini menghantui puak-puak UMNO ialah mengenai isu keganasan seks segelintir pemimpin UMNO yang menjadikan puteri UMNO sebagai tempat terbaik mereka untuk melepaskan nafsu sarakah tersebut. Sebenarnya, fenomena ini memang sudah lama berlaku dan menghantui jiwa-jiwa mangsa yang terlibat. Difahamkan, memang ada banyak kes mana-mana ahli Puteri UMNO yang mahu ditawarkan jawatan penting dalam parti itu maka mereka perlulah memuaskan nafsu serakah pemimpin terbabit. Malah perkara ini turut disahkan oleh beberapa kerat pemimpin Puteri UMNO seperti exconya Datin Ismalina Ismail. Beliau sudah beberapa kali menasihatkan agar pemimpin UMNO tidak menjadikan Puteri sebagai pemuas nafsu sebagai ganjaran jawatan. Malah, Ketua Puteri UMNO iaitu Rosnah Abdul Rashid Shirlin juga ada mengingatkan ahlinya agar tidak menjadikan "batang tubuh" mereka sebagai modal untuk mendapatkan mana-mana jawatan dalam parti. Kenyataan yang sama turut diluahkan oleh salah seorang lagi pemimpin Puteri UMNO iaitu Bibi Sharliza Mohd Khalid. Beliau pernah mengeluarkan kenyataan sebelum ini yang mahu supaya budaya politik seks dikalangan puteri ditangani dengan segera sebelum ianya menjadi lebih parah lagi.

Ramai Puteri UMNO Jadi Habuan Masa Pemilihan

Sebenarnya kemungkaran yang berlaku membabitkan pemimpin dan puteri UMNO ini banyak berlaku ketika setiap kali kempen pemilihan parti. Sesudah bergelumang dengan politik wang buat kesekian lamanya, kini memang benar ada segelintir pemimpin UMNO mengamalkan politik seks. Mereka minta habuan seks daripada anggota Puteri UMNO yang perlukan pertolongan berkempen bagi jawatan di peringkat pusat. Dalam musim pemilihan, ada pemimpin UMNO yang hebat-hebat. Apabila para Puteri UMNO minta pertolongan dan bantuan berkempen untuk jawatan peringkat pusat, ada pemimpin yang menjawab: “tak kan tolong aje. You boleh bagi apa kat I?” Dengan ikhlas, para Puteri akan jawab, tidak ada duit. “Duit I dah ada..” Apa yang mereka minta dari remaja-remaja yang baru nak berjinak-jinak dengan UMNO, kalau tidak tubuh badan para remaja berkenaan? Ajak bercuti. Jangan ajak kawan. Ini bukan sketsa dongeng di zaman moden. Ada kebenarannya. Tidakkah para Putri itu dari kalangan bangsanya sendiri? Sebab itulah kebanyakkan para Putrei UMNO, lebih-lebih lagi yang terpelajar, apabila menghadiri seminar, perjumpaan di mana para pemimpin UMNO yang berapi-api berucap tentang bangsanya, mereka merasa jijik. Inilah realiti yang pernah didedahkan sebelum ini sebenarnya.

Bukti, cuba lihat sendiri baju puteri UMNO yang terkoyak akibat cuba
untuk melarikan diri daripada menjadi mangsa kerakusan pemimpin

[Sebenarnya kes yang berlaku dalam pendedahan ini telah tersebar dengan meluas di internet sejak beberapa tahun lalu. Malah ada maklumat yang mengatakan kes ini sudah pun dilaporkan kepada Lembaga Displin UMNO. Namun, ramai yang kecewa kerana ia gagal ditangani dengan sebaiknya oleh pihak yang berkenaan. Soalnya sekarang, apakah kejadian seperti ini wajar dibiarkan berlaku kepada anak gadis anda (ahli UMNO)?. Sebenarnya kami juga difahamkan kejadian ini sememang berlaku dan tidak perlu dinafikan lagi oleh puak-puak UMNO. Mereka memang sudah miliki segalanya, cuma kepuasan seks sahaja yang dimahukan apabila kuasa sudah bermaharajalela di jiwa. Justeru itu kita tidak hairan dengan kejadian pembunuhan melibatkan individu yang dikaitkan dengan pemimpin UMNO seperti Altantunya, Noritta Samsuddin dan ramai lagi. Itulah hakikatnya. Namun, ia bukan sahaja melibatkan pemimpin tertinggi namun pemimpin bawahan termasuk Pemuda UMNO juga ramai yang terlibat dengan aktiviti seperti ini. Malah, terdpaat maklumat ketika Perhimpunan Agung UMNO berlangsung di PWTC maka ketika itulah kejadian yang tidak ingin kita lihat ini banyak berlaku. Malah terdapat puteri yang masuk ke bilik pemuda untuk melempiaskan hawa nafsu dan banyak lagi. Apakah kita rela melihat pemimpin yang sebegini sifatnya].

Wednesday, December 8, 2010

AYUH RAPATKAN SAF UNTUK MENGHADAPI BN

Sudah tiba masanya jentera PAS disemua peringkat kembali merapatkan saf untuk menggembeling tenaga dan mengatur strategi bagi menghadapi jentera BN sebagai persiapan berhadapan dengan PRU 13 yang akan datang.

Sesuai dengan amanat dan luahan daripada YDP PAS Puchong dalam Ijtima' Tarbawi yang berlangsung kelmarin kita hayati dan kita dukungi untuk terus bermuhasabah dalam menggerakkan jentera parti.

Apa pun yang berlaku itu tentunya mempunyai hikmahnya yang tersendiri bagi orang yang mahu mengambil peringatan dan perhatian.

Kita perlu sedar bahawa ujian kemenangan yang sedang kita lalui ini terlalu sukar untuk kita hadapi.... terlalu sukar untuk kita menghalang gelora nafsu kita terhadap kebendaan dan pangkat...

Harta dan pangkat kini menjadi idaman dan dengan secara sedar ada diantara kita yang yang jelas dan terang berani melanggar segala arahan dan keputusan yang telah dibuat oleh Parti diperingkat kawasan.

Terlalu membuang masa bagi pimpinan kawasan yang terpaksa menjawab dan memikirkan sesuatu untuk mengembalikan kedamaian dalam parti yang secara sengaja ditimbulkan oleh sebilangan ahli parti sedangkan tenaga dan keringat serta buah fikiran itu sewajarnya kita gunakan untuk menghadapi parti lawan kita bukan untuk sesama sendiri....

Sikap tak puas hati kerana hajat yang diingini tak tercapai apakah wajar kita membantah dan melanggar arahan parti? untuk apa melakukan perkara demikian? apakah mereka perfikir bahawa itu akan menjadi buah tanggung kepada parti lawan?....nak kata tak matang dah tua...nak kata tak cerdik.lulusan u kesemuanya... cuma munkin tak berapa faham kaedah berorganisasi agaknya...dan tak mendalami erti perjuangan dan dakwah barangkali....

Kita sudah tidak punya masa untuk berbulan madu dgn sedikit kemengan yang kita kecapi sekarang...kini sudah tiba masanya kita bergerak kearah menghadapi PRU 13... perkasakan jentera disemua peringkat...turun bertemu rakyat yang dahagakan belaian mesra dari pimpinan kawasan....

Sekarang bukan masanya kita nak ketengahkan idea dan personaliti seseorang yang tidak konsesten dengan program parti... yang kita nak ketengahkan sekarang ialah budi baik anjuran parti.... amanah yang diberikan untuk mengurus sesebuah institusi bukan hak sendiri tetapi untuk menaikkan imej parti....

Ruang yang ade bukan untuk berpolemik sesama sendiri tetapi wajar diisi dengan pengisian yang dibimbing oleh para pimpinan parti sendiri ... malang bagi sesetengah masjid yang nazirnya adalah orang parti tetapi nazir itu sendiri tidak berani dan lebih malang lagi nazir itu sendiri menghalang pimpinan parti untuk turun mengisi kekosongan ruang pengajian...hanya kerana takut kepada khusrin ( jais ) dan terlalu mengikut prosidur kononya...bahkan pimpinan yang ada tauliah jais pun nazir tak berani..... kadang2 pak nazir ni ( orang parti ) lebih lunak dengan wakil pembangkang dari pimpinan sendiri....

Apakah kita berjuang dalam parti untuk merebut kedudukan dan harta? tidak kah kita lupa bahawa kita sedang mendokong parti yang islam menjadi terasnya? dalam islam segala urusan hendaklah dikembalikan kepada syura' untuk sesatu keputusan.... kita wajar mengambil iktibar dari peperangan Uhud apabila sebilangan sahabat yang terpengaruh dengan harta ghanimah dan mengingkari pesanan rasulullah yang akhirnya menyebabkan pasukan tentera islam menjadi kucar kacir..... begulah halnya dengan sebilangan dari kita yang punya sikap suka mengabaikan arahan parti....

Untuk menjaga kesinambungan perjuangan dan gerak kerja parti berjalan dengan lancar wajar mereka2 yang sering menconteng arang kepada parti direhatkan dari berada dalam gelanggang parti supaya gentera parti dapat digerakan semaksima mungkin untuk menghadapi BN...

Kita wajar menjadi contoh dan ikutan terbaik yang hendak kita tinggalkan kepada generasi pelapis akan datang.... kenali lawan untuk kita hadapi...kenali sahabat untuk kita dampingi.... NYAHKAN munafik dalam parti....


FIQH AT TADARRUJ DALAM AMAL ISLAMI

KE ARAH MEMAHAMI FIQH AT TADARRUJ DALAM AMAL ISLAMI

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه، وبعد

A. MUQADDIMAH

Adalah menjadi suatu taklif dan tanggungjawab bagi melaksanakan segala suruh perintah Allah s.w.t ke atas hamba-hambaNya sebagai sifat ubudiyyah yang hakiki kepada Pencipta Semesta Alam. Sifat ubudiyyah ini dibuktikan dengan ketundukkan dan kepatuhan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah s.w.t. Ini jelas sebagaimana firman Allah Ta’ala;

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Sifat ubudiyyah ini dijelaskan dengan perjalanan sunnah Rasulullah s.a.w bermula daripada marhalah makkiyah sehinggalah marhalah madaniyyah. Bermula dengan hal-hal berkaitan aqidah dan kepercayaan, sehinggalah kepada melaksanakan syariat secara syumul dan hal ehwal bernegara. Perlaksanaan yang mengambil masa kurang lebih 23 tahun sudah pasti begitu signifikan untuk diperhatikan, difahami dan diperhalusi lebih-lebih lagi dalam usaha menegakkan syariat Islam dalam sesebuah negara yang bersifat majmuk dan multi-racial seperti Malaysia.

Kemenangan luar jangka Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bersama-sama Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke 12 telah mencetuskan perbincangan-perbincangan topik baru dalam era pemerintahan yang bersifat “campuran” antaranya hukum bergabung dalam kerajaan bukan Islam dan persoalan perlaksanaan syariat Islam dalam pemerintahan.

Maka dalam kertas kerja ini saya cuba membentang fiqh at tadarruj atau berperingkat-peringkat dalam usaha amal Islami umumnya dan pelaksanaan syariat khususnya.

B. AT TADARRUJ( التدرج ) ADALAH SUNNATULLAH

Walaupun Allah Ta’ala memiliki sifat qudrat ke atas setiap sesuatu, yang mampu mengadakan atau meniadakan hanya dengan lafaz kun, tetapi menjadi hikmah yang besar apabila segala sesuatu itu dijadikan bertempoh dan berperingkat-peringkat. Hal ini jelas dalam firman-Nya berkaitan penciptaan langit dan bumi serta antara kedua-duanya.

"Allah Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa"

Sunnatullah dalam fiqh tadarruj ini juga tergambar dalam kes pengharaman arak yang melalui tiga peringkat.

"Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya."

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk."

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)"


C. BERPRINSIP DAN BERPERINGKAT

Suka ditegaskan di sini bahawa fiqh at tadarruj (berperingkat-peringkat) ini tidak bererti keluar dari prinsip-prinsip Islam, tidak bererti sejalan dengan jahiliyyah dalam undang-undang Allah dan tidak bererti menyembunyikan matlamat amal Islami. Ia hanya kadang kala menyembunyikan gerakerja, cara-cara, alat-alat dan bahan-bahannya. Ia tidak bererti sama sekali memutarbelitkan dan menyembunyikan matlamat utama amal Islami mengajak semua manusia ke arah pengabdian Allah Rabbul Jalil.

BERPRINSIP dalam amal Islami ialah iltizam sepenuhnya kepada kehendak-kehendak Islam tanpa menyeleweng dan bertolak ansur, sebagaimana firman Allah Ta’ala;

"Dan tidaklah harus bagi orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa Yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang jelas nyata."

D. FIQH AT TADARRUJ DALAM SIRAH NABAWIYYAH

Konsep fiqh at tadarruj ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dalam gerakerja dakwah tanpa menolak tepi matlamat utama amal Islami membawa manusia mengabdikan diri pada Allah Ta’ala dan tidak luput walau sedetik pun dari fikiran para ‘amilin yang bersama-sama dalam setiap perjalanan.

Para ulama telah bersepakat bahawa Rasulullah s.a.w dalam pengurusannya melalui empat peringkat:

Peringkat Pertama: Bermula dengan pengutusan Rasulullah s.a.w dan gerakerja secara rahsia hinggalah tahun ketiga kebangkitan-Nya di mana terbentuk angkatan dakwah pertama. Peringkat ini dinamakan “pembentukan”.

Peringkat Kedua: Mengisytiharkan dakwahnya kepada keluarga dan kaum kerabat.

Peringkat Ketiga: Bermula dari tahun ke sepuluh dari kebangkitan, Rasulullah s.a.w mula mengisytiharkan dakwahnya secara terang-terangan di khalayak ramai seperti di pasar-pasar ‘Ukkaz, Zil Majaz dan menunggu rombongan-rombongan dari segenap pelusuk Semenanjung Tanah Arab untuk menyampaikan risalah Islam. Peringkat ini berlangsung sehingga membawa kepada penerimaan Islam oleh orang-orang Madinah, dan peringkat ini boleh dinamakan peringkat “berkembang”.

Peringkat Keempat: Bermula dengan hijrah dari Makkah ke Al Madinah Al Munawwarah dan dengan bermula turunnya firman Allah Ta’ala;

"Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).
Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya Dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan Kami ialah Allah". dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; -
Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan."


E. FIQH TADARRUJ DALAM KONTEKS PAKATAN RAKYAT PASCA PRU 12

a. PAS berpegang kepada keharusan bergabung dalam pemerintahan “bukan Islam” bersama-sama parti-parti politik lain dalam Pakatan Rakyat, berasaskan beberapa pertimbangan antaranya meminimumkan kejahatan dan kezaliman mengikut kesanggupan, melakukan mudharat yang paling ringan(ارتكاب أخف الضررين) , melepaskan nilai yang paling tinggi lalu turun ke realiti yang paling rendah, dan bertahap dan berperingkat-peringkat( فقه التدرج) .

b. Gabungan ini mesti dilakukan secara jelas, bukan sekadar khayalan dan bualan sahaja, dan bukan sebagai boneka, pemerintahan yang tidak menjadi simbol kezaliman dan kerakusan, mempunyai hak untuk menentang perkara yang secara jelas bertentangan dengan Islam atau paling minimumnya menjaga Islam, serta berkewajipan membetulkan mereka yang terlibat sama dalam pemerintahan. Sekiranya syarat-syarat ini tidak dipatuhi hukumnya kembali kepada larangan bergabung.

c. PAS diberi ruang dan peluang atas pentas politik yang lebih terbuka dan menyampaikan mesej Islam dan parti kepada masyarakat melalui penjawat-penjawat dalam kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai PR seperti lantikan exco dan wakil rakyat, ahli-ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), JKP, ketua kampung dan JKKK, pusat-pusat khidmat masyarakat dan sebagainya.

F. BEBERAPA PENEGASAN DAN TINDAKAN

a. Sehingga kertas kerja ini ditulis, PAS masih lagi mempunyai komitmen dengan penyertaan dalam gabungan Pakatan Rakyat.
b. Fiqh At Tadarruj bukan bererti tindakan tidak berprinsip, pengecut dan undur ke belakang. Sebaliknya ia adalah uslub dan pendekatan yang bertahap dan berperingkat, mengambil kira faktor-faktor di sekeliling bagi tujuan mencapai matlamat yang lebih utama dalam usaha mengembalikan pengabdian kepada Allah Ta’ala.
c. Kajian dan pelaksanaan fiqh at tadarruj ini perlu diperluaskan kepada para penggerak parti di semua peringkat.
d. Mengaplikasikan fiqh at tadarruj ini dalam gerak kerja pengurusan parti, tarbiyah dan perkaderan serta dakwah dan penerangan.

G. PENUTUP
Sebagai mengakhiri kepada perbincangan fiqh at tadarruj ini, saya ingin mengemukakan kisah yang berlaku kepada khalifah yang wara’ dari kalangan Bani Umayyah, Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan dan perhatian beliau melakukan segala-galanya dengan berperingkat-peringkat. Sehinggakan suatu hari, anaknya Abdul Malik, seoarang pemuda yang bertaqwa dan bersemangat berkata pada beliau;

“Wahai ayah, kenapa saya melihat ayah selalu lambat dalam melaksanakan segala urusan? Demi Allah, saya tidak peduli, sekalipun takdir memanggil kita selagi kita berada pada jalan Allah”.

Jawab Umar bin Abdul Aziz pada anaknya;

“Janganlah kamu tergesa-gesa wahai anakku. Allah telah mencela arak dalam al Qur’an pada dua ayat yang berasingan, kemudian barulah Allah mengharamkannya pada ayat yang ketiga. Saya bimbang jika saya memaksakan kebenaran kepada manusia secara keseluruhannya, hal ini akan mendatangkan fitnah kepada mereka”.

Mudah-mudahan kertas kerja Fiqh AT Tadarruj ini dijadikan sebagai pengantar, pengenalan dan muqaddimah kepada memahami hikmah dan maqasid syari’ah dan diamalkan dalam gerakerja Islam dan parti kita, InsyaAllah.

وأخر دعوانا أن الحمدلله رب العالمين

Muhammad Sufyan bin Haji Ismail
Ketua Urusan Ulama
PAS Kawasan Puchong
23 Rejab 1429 bersamaan 26 Julai 2008

Tuesday, December 7, 2010

Tuan Guru Dato' Dr Haron Din ; Tokoh Maal Hijrah Selangor 1431

SHAH ALAM, 7 Dis: Datuk Dr Haron Din dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432H dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Negeri, di sini malam tadi, sebagai pengiktirafan pada penglibatan beliau dalam bidang dakwah sejak sekian lama.

Anugerah itu disampaikan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah AlHaj mewakili Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum itu berkenan melancarkan sambutan awal tahun Islam serta meluncurkan sebuah buku bertajuk Solat Rasul terbitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Ketika ditemui seusai majlis, Dr Haron, 70, berkata, anugerah itu merupakan satu motivasi terhadap dirinya yang terlibat dalam bidang dakwah sejak di bangku sekolah lagi.

"Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT dan berterima kasih atas pengiktirafan Kerajaan Negeri Selangor ini, meskipun saya tidak pernah impikannya namun bila sudah ditakdirkan, saya menerima dengan sepenuh hati," jelasnya kepada media.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco-Exco Kerajaan Negeri dan Mufti Selangor, Datuk Seri Mohamad Tamyez Abdul Wahid.

Menjelaskan tentang pandangan negatif masyarakat kepada golongan ulamak, Dr Haron menjelaskan, sebenarnya rakyat dan masyarakat awam tidak mengenali siapa dan yang mana satu ulamak kerana tidak banyak pendedahan berlaku di media perdana khasnya.

Membandingkan dirinya sendiri yang banyak diberikan peluang untuk siaran di televisyen sebelum ini, menyebabkan orang ramai termasuk golongan muda tetap mengenali dan memberikan penghormatan sebaiknya.

"Jadi tidak timbul masalah kalangan muda tidak menghormati ulamak kerana yang sebenarnya mereka belum mengenali siapa ulamak itu," ujarnya yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS.

Justeru, tegasnya, peranan ulamak ini mesti diinstitusikan agar mereka dapat menjalankan kewajipan mendidik rakyat dan anggota masyarakat dengan lebih baik lagi.

Menyentuh tentang peranan ulamak muda dan golongan tua, beliau menjelaskan, itu hanya istilah untuk menunjukkan usia dan tempoh mereka mendidik masyarakat sahaja, tidak lebih dari itu dan semua pihak mesti berperanan dalam masyarakat.

Dr Haron memulakan pengajiannya di Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali, Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah, Perlis dan Kuliah al-Islamiah, Klang, Selangor seterusnya mengambil Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya pada 1962 hingga 1965), lulus dengan cemerlang dan mendapat hadiah biasiswa persekutuan terus ke Mesir.

Menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968), Diploma Pendidikan - ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968) dan Ph.D Syariah - Universiti Darul - Ulum Qahirah (1972-1974).

Antara kerjayanya sebagai Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975–1976), Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985), Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara.

Juga menjadi Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB, Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia, Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan.

Begitu juga sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd, Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis dan Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting.

Dalam politik, pula sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983), Ketua Penerangan PAS Pusat, sehingga kini sebagai Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Timbalan Mursyidul Am PAS serta pernah bertanding di dalam pilihan raya 2004 di Parlimen Arau mewakili PAS.

Dr Haron Din adalah Pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (DarusSyifa') yang terletak di Bangi. -Hrkh

IJTIMA' TARBAWI PAS PUCHONG 7 DEC 2010











Puchong : Pas kawasan Puchong telah berjaya mengadakan Ijtima' Tarbawi pada pagi tadi di dewan Kompleks 3C MPSJ Subang Jaya. Kertas kerja 1 telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Idris Hj. Ahmad Ketua Penerangan Pas Pusat dan Kertas kerja 2 di sampaikan sendiri oleh YDP Pas Puchong Ustaz Muhamad Sufyan Ismail.

Lajnah Tarbiyyah ( Ust Hayazi ) telah merumuskan Resolusi Ijtima' Tarbawi Pas Puchong yang di adakan pada 1 Muharram 1432h/7 Disember 2010. Semoga dapat dikongsikan dengan semua ahli dan pimpinan yang hadir atau tidak hadir.


RESOLUSI IJTIMA’ TARBAWI PAS PUCHONG 2010


1)Ahli dan pimpinan perlu memahami realiti yang dihadapi oleh Pas sekarang yang menuntut ahli sentiasa bersedia dan tidak leka dengan nikmat kemenangan sekarang. Justeru ahli perlu memanfaatkan setiap ruang dan peluang seperti, masjid , ahli majlis, pusat khidmat masyarakat,

2)Pemerkasaan Parti perlu dilakukan secara dua hala kepimpinan dan juga ahli, dengan melihat Tarbiyah sebagai tunjang kekuatan jamaah. Wala’ dan Thiqah tidak berbelah bahagi terhadap pemimpin yang dilantik walaupun terdapat perbezaan pandangan.

3)Setiap ahli perlu meletakkan keutamaan Jamaah mengatasi keutamaan hati dan perasaan dalam melaksanakan gerakerja dan keputusan jamaah.

4)Setiap peringkat organisasi jamaah di Kawasan, Cawangan, Pemuda, Muslimat, , Ahli Majlis, Nazir Masjid ,JKK perlu memberi penekanan terhadap 2 perkara penting berikut:

i - Aktiviti Usrah Cawangan perlu diadakan secara istiqamah, walaupun tanpa kehadiran naqib kerana ianya boleh dilakukan sebagai pertemuan santai yang boleh merapatkan ukhuwwah sesama ahli.

ii - Program penerangan dan dakwah perlu dilakukan oleh kawasan dan juga cawangan dengan memanfaatkan segala wasilah seperti ceramah, tazkirah, risalah, banner, billboard,website, blog, facebook dan sembang-sembang kedai kopi.

5)Ikhlas dalam perjuangan kerana Allah dan tidak taasub kepada mana mana peribadi dan kumpulan serta bersangka baik dengan orang lain.

6)Setiap permasalahan dalaman parti perlulah dirujuk kepada saluran yang betul seperti kawasan atau YDP sama ada mendapatkan maklumat atau penyelesaian kepada masalah.

7)Individu yang dilantik dan diberi kepercayaan oleh ahli perlulah menjalankan amanah dan tanggungjawab secara bersungguh-sungguh mengikut kerangka tugasan yang diberikan jamaah.

8)Janganlah isu calon pilihanraya menyebabkan kerja-kerja jamaah terbantut dan menyebabkan suasana hubungan tidak baik dikalangan ahli pas puchong. Ini kerana penentuan calon adalah diputuskan oleh Majlis Syura Pas .

9)Setiap ahli Pas Puchong berhak memberi pandangan dan teguran dan Pimpinan Pas Puchong sentiasa terbuka terhadap setiap pandangan dan teguran yang baik daripada ahli.

10)Marilah sama-sama kita mantapkan tarbiyah, tingkatkan jihad suburkanlah kasih sayang dan ukhuwwah sesama kita didalam jamaah.

Disediakan oleh: Lajnah Tarbiyyah & Perkaderan Pas Puchong

Lagi gambar Ijtima' dalam facebook Pas Puchong

Sunday, December 5, 2010

Polis Tak Tunai Janji - MB Selangor

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kesal dengan tindakan polis menangkap kira-kira 50 orang peserta perhimpunan membantah kenaikan harga air di Masjid Negara di ibu negara hari ini.

Selepas menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Khalid menyatakan kekesalannya kerana "polis tidak menunaikan janji untuk membenarkan perhimpunan secara aman"

selangor water demo crowd Khalid ibrahim baca kandungan memo“Saya berharap dan mengesa pihak polis melepaskan mereka tanpa syarat,” kata menteri besar.

Dalam satu kenyataan, Khalid juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong perhimpunan hari ini dan menyeru agar mereka terus menyokong usaha kerajaan Selangor mengambil alih industri air.

“Kerajaan Persekutuan membelakangkan kepentingan rakyat dalam isu air," tambah Khalid.


Tambahnya, kerajaan pusat sepatutnya bersama menyokong kerajaan negeri untuk menghentikan perjanjian tidak adil yang didakwa hanya memberi kebaikan kepada syarikat konsesi.

Suhakam: Tugas polis bukan maki hamun

Menurut Khalid, beliau berjaya menyerahkan memorandum berkenaan kepada Pegawai Akhbar Istana Negara, Khairi Abdul Rahman kira-kira jam 2.15 petang.

suhakamSementara itu, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Mohd Shaani Abdullah berkata, mereka mendapati polis bertindak tidak profesional menangani perhimpunan membantah kenaikan harga air di Selangor hari ini.

"Mereka (polis) perlu dilatih lagi. Tugas mereka bukan mendera atau maki hamun orang ramai. Ini tidak dilakukan dengan betul dan mereka sepatutnya profesional menanganginya.

"Ia menyebabkan orang ramai benci pada polis. Mungkin perhimpunan ini tiada permit tetapi mereka tidak patut mengeluarkan kata-kata kesat," katanya kepada pemberita di Masjid Negara selepas tamat perhimpunan baju merah itu.

Sementara itu, ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzukefly Ahmad pula menyifatkan polis bertindak keterlaluan menangani perhimpunan itu.

"Kami bercadang bangkitkan perkara ini dalam sidang parlimen yang akan datang," katanya yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS. - Mkini

kandungan MEMORANDUM kepada DYMM AGONG


MEMORANDUM DITANDATANGANI 150,000 PENYOKONG KERAJAAN SELANGOR DISERAH KEPADA YANG di-PERTUAN AGONG

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan kepada Seri Paduka Baginda berhubung isu pengambilalihan industri air oleh Kerajaan Selangor dari syarikat konsesi yang telah tertangguh lebih dua tahun lalu di Istana Negara, hari ini,

Beliau menyerahkan memorandum berkenaan kepada Pegawai Akhbar Istana Negara, Khairi Abdul Rahman yang menerimanya bagi pihak Yang di-Pertuan Agong kira-kira jam 2.15 petang. Memorandum itu disokong 150,000 rakyat Selangor yang menandatangani memorandum berkenaan.


Memorandum
Isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan

Kepada:
Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin
Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah
Yang Dipertuan Agong, Malaysia

Daripada:
Rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Kerajaan Negeri
Selangor Darul Ehsan

2010

Dengan nama Allah s.w.t., Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., pesuruh Allah s.w.t. yang sangat mencintai dan menggesa umatnya berlaku adil.

Assalamu'alaikum w.b.t.

Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.

Dengan keinsafan bahawa kehidupan asasi manusia cukup bergantung dengan akses kepada air yang bersih pada kadar harga munasabah,

Dengan kesedaran perkembangan kos sara hidup rakyat kian meningkat berbanding pendapatan,

Dengan ketegasan menentang penyelewengan, salah guna kuasa dan kepura-puraan,

Dengan iltizam menegakkan sebuah kepimpinan yang prihatin, telus, bertanggungjawab, cekap, dan menghormati semangat dan amalan Persekutuan;

Maka dengan ini kami, Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor, berkumpul marafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk menyampaikan suara hati kami terhadap isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan.

Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.

1) Mengembalikan Hak Air kepada Rakyat

Kami, mewakili 150,000 rakyat Selangor yang telah menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan kepada Memorandum ini dan juga keseluruhan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mendapatkan perkhidmatan air yang sama, menuntut keadilan untuk diri kami membetulkan kesalahan dalam penswastaan Industri Perkhidmatan Air yang telah dibuat, sehingga menyebabkan kualiti dan perkhidmatan air yang teruk serta peningkatan tarif air pada kadar yang tidak munasabah. Justeru, kami menuntut kualiti air dan Perkhidmatan Air yang bersih pada kadar yang munasabah, dengan mengambil kira rakyat miskin serta mereka yang berpendapatan rendah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menitahkan agar Hak Air ini dikembalikan kepada rakyat melalui pengambil-alihan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

2) Mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006)

Kami merafak sembah memohon Tuanku mendokong semangat dan matlamat Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang telah menjelaskan keperluan Industri Perkhidmatan Air ini distrukturkan semula secara holistik dan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sesungguhnya, Akta ini telah dirangka dan diluluskan dengan tujuan membetulkan kesalahan yang dibuat semasa menswastakan Industri Perkhidmatan Air sebelumnya. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan Kerajaan Persekutuan agar tidak berdolak-dalik tentang keputusan ini.

3) Menghak-upayakan Rakyat

Perjanjian konsesi yang ditandatangani pada tahun 2004 antara Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (“SYABAS”), Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor mengandungi sejumlah persoalan yang jelas menunjukkan SYABAS tidak pedulikan kebajikan rakyat seperti kenaikan tarif air pada kadar yang tinggi (37% pada tahun 2009, dan 25%, 20%, 10% serta 5% pada 2012, 2015, 2018 dan 2021). Perjanjian ini seharusnya dirundingi dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana mereka adalah penerima kesan utama daripadanya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menghak-upaya rakyat dengan memastikan bahawa sebarang perjanjian baru yang mahu dibuat perlulah dirunding dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sebelum dimuktamadkan.

4. Mengembalikan Kuasa Kerajaan Negeri

Perkhidmatan air yang telah dimasukkan dalam Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan 1957 memberikan kuasa bersama Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan dalam hal berkaitan. Kami mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menghormati semangat Persekutuan ini dan kuasa yang dimiliki oleh Kerajaan negeri dalam isu berkaitan perkhidmatan air ini, dan jangan berdolak-dalik menentang Kerajaan Negeri Selangor. Kami merafak sembah memohon Tuanku untuk mengembalikan kuasa Kerajaan Negeri Selangor dalam hal ini.

5) Menghapuskan Kronisme

Telah menjadi persepsi umum bahawa Kerajaan Persekutuan mengambil sikap menyebelahi sektor swasta, dalam kes ini syarikat tertentu, yang boleh disabitkan dengan amalan kronisme. Telah terbukti bahawa usaha membolehkan syarikat-syarikat penerima konsesi ini mendapat sejumlah keuntungan tertentu, mereka dibenarkan untuk menaikkan kadar tarif yang tinggi dengan pemberian jaminan pinjaman Kerajaan Persekutuan yang bermaksud rakyatlah menjadi pembayarnya. Rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini perlu membayar kadar harga air yang tinggi, dan pembayar cukai Malaysia perlu menjamin risiko perniagaan SYABAS. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan janji Kerajaan Persekutuan untuk segera menghapuskan kronisme.

Dengan mandat diberikan rakyat, Kerajaan Negeri Selangor bertekad untuk memastikan nasib mereka terbela. Dengan pengambil-alihan Industri Perkhidmatan Air ini, Kerajaan Negeri Selangor berjanji untuk mengusahakannya dengan cara terbaik untuk manfaat semua.

Sekianlah penjelasan daripada Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bersama mendoakan dan menyokong tindakan penting ini.

Menjadi harapan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk melihat ia diambil perhatian serius oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Rakyat menjunjung kasih atas perhatian yang diberikan.

Sekian, terima kasih.

Daulat Tuanku.
5 Disember 2010.