Friday, June 4, 2010
ISU SOLAT DAN TUDUNG DI PASARAYA BILION. PARIT BUNTAR. SOLAT HAJAT DAN QUNUT NAZILAH WAJAR DILAKUKAN....
Friday, June 4, 2010
ISU SOLAT DAN TUDUNG : BOIKOT JIKA BENAR PASARAYA MELARANG
Parit Buntar, 3 Jun - Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar DPPKPB mendapat laporan dari pekerja sebuah pasaraya di Pekan Parit Buntar bahawa pekerjanya yang beragama Islam tidak dibenarkan bertudung dan melaksakan solat fardu. PPKPB memandang serius perkara ini dan akan menyisat sekiranya dawaan ini benar.
Dalam pada itu bagi pihak ADUN dan Parlimen menegaskan perkara ini telah diketahui dan satu memorandum bantahan akan dihantar sekiranya memperolehi bukti yang kukuh dari saksi (pekerja pasaraya tersebut).
Menurut Ketua pemuda PAS Parit Buntar, Sdr. Khairulzami, jika benar tindakan ini pihak kami tidak akan teragak-agak untuk mencarkan kempen boikot terhadap pasaraya tersebut.
"Kita akan turun untuk mengedarkan risalah memboikot pasaraya tesebut sekiraya benar maklumat yang diperolehi".
Menurut Sdr. Khairulzami lagi DPPK akan meminta petugas untuk membuat pemantauan kepada pasaraya tersebut dalam tempoh masa terdekat ini. Tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya aduan ini benar.
"Islam adalah agama yang mewajibkan umatnya dikalangan wanita untuk menutup aurat (bertudung) serta solat lima waktu sehari semalam". "
Sekiranya mereka berani untuk melarang wanita kita dari bertundung, kita akan mengambil tindakan untuk memboikot dari membeli dipasaraya tersebut". Oleh itu pihak DPPKPB memberi amaran dan peringatan kepada pasaraya tersebut agar menarik balik arahan tersebut samada bertulis atau lisan sekiranya benar. DPPKPB akan terus memantau dari masa kesemasa.
Khairulzami
Ketua
Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar
Nota : Pasaraya yang dimaksudkan ialah Pasaraya Bilion, tunggu ape lagi perbuatan mereka ni pun dah macam Israel dan sekutu-sekutunya di negara barat. boikot je terus...banyak lagi pasaraya yang ade kat Parit Buntar tu.....yang kat kajang pun kita boikot juga dan dimana sahaja Pasaraya Bilion yang lain..... celaka
JASA BN SETELAH LEBIH 50 TAHUN MEMERINTAH
Rakyat perlu membuat penilaian terhadap rekod Barisan Nasional (BN) yang berjaya menerajui negara ini selama lebih 50 tahun dengan baik , itulah permintaan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor yang disiarkan di dalam media arus perdana hari ini.
Beliau berkata, mereka tidak seharusnya terpengaruh sehingga beralih sokongan kepada pembangkang semata-mata kerana rasa tidak puas hati berkaitan isu-isu kecil.
Bagi saya ini bukan soal politik semata-mata. Namun ia mesti dilihat dari skop yang lebih luas. Sesiapa juga yang memerintah jika gagal menjalankan amanah dengan baik mesti ditukarkan dengan kerajaan baru yang dapat menjaminkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat.
Saya tidak menafikan akan jasa-jasa pemimpin Perikatan dan BN kepada rakyat Malaysia. Memang banyak jasa mereka kepada rakyat negara ini. Cuma saya ingin mengutarakan beberapa 'jasa' BN yang mungkin tidak akan dilupai oleh rakyat Malaysia yang sama-sama difikirkan oleh rakyat samada mereka masih yakin kepada BN untuk menjadi kerajaan atau mesti beralih arah kepada PR bagi membuat perubahan. Antara 'jasa-jasa' kerajaan sekarang ialah :-
1) Menghadkan kuasa raja-raja Melayu dengan membuat pindaan perlembagaan di zaman Tun Mahathir.Cerita selanjutnya di http://mutaligat.blogspot.com
2) Menghapuskan pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar miskin.
3) Menafikan hak rakyat untuk mendapat pendidikan secara percuma.
4) Menafikan hak rakyat untuk mendapat bantuan kesihatan secara percuma.
5) Mendiskriminasikan kerajaan-kerajaan negeri dari segi bantuan dan wang royalti petroleum.
6) Menberhentikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat.
7) Gagal memastikan DEB dicapai di mana ekuiti bumiputera terus jauh berbanding bukan bumiputera.
8) Rasuh terus meningkat dan membimbangkan. Indek rasuah negara terus merudum dan memalukan.
9) Terus mengamalkan undang-undang drakonian seperti ISA, OSA dan lain-lain.
10) Meminggirkan Islam dari sistem pentadbiran dengan mengamalkan undang-undang ciptaan Lord Reid, Sistem Ekonomi Riba dan sebagainya.
11) Membunuh rakyat di Memali di mana sehingga kini kerajaan tidak pernah memohon maaf kepada waris As-Syahid Ibrahim Libya dan sahabat-sahabatnya yang terbunuh pada peristiwa hitam 19 Nov 2985.
12) Gagal memastikan SPR dan SPRM benar-benar telus di mana ianya terus dikritik oleh rakyat sendiri.
13) Gagal mempertahankan kredibliti dan imej sistem kehakiman apabila ianya terus dikritik oleh rakyat dan negara luar.
14) Gagal mempertahankan tanah orang Melayu apabila sedikit demi sedikit ianya terlepas kepada orang lain seperti Wilayah Pembangunan Iskandar dan lain-lain.
15) Terus mengamalkan pembaziran dan projek-projek mega yang akhirnya menyebabkan duit rakyat hangus begitu sahaja.
16) Gagal memastikan aqidah umat Islam dipelihara dengan sebaiknya apabila Mufti Perak mendakwa ratusan ribu orang Islam murtad.
17) Gagal mengujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas dari semangat perkauman sempit di mana Umno, MCA dan MIC masih terus mengamalkan politik perkauman dan lain-lain.
18) Bunuh Jawi= Bunuh AlQuran= Bunuh QALAMULLAH = NERAKA
Thursday, June 3, 2010
Demo esok tak jadi? siapa peduli.....
Polis Malaysia Halang Rakyat Bantah Israel?
Jangan sertai perhimpunan esok, kata Ketua Polis Kuala LumpurKUALA LUMPUR, 3 Jun — Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai demonstrasi yang dijangka diadakan di beberapa tempat di sini selepas solat Jumaat esok bagi membantah serangan Israel atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata polis telah menerima maklumat mengenai perhimpunan akan diadakan oleh pertubuhan tertentu, ahli politik dan badan bukan kerajaan.
Pihak polis tidak menerima sebarang pemohonan untuk mengadakan perhimpunan dan menyifatkannya sebagai perhimpunan haram, katanya dalam satu kenyataan.
“Perhimpunan ini juga dikhuatiri akan membahayakan keselamatan awam dan mendatangkan unsur keganasan,” katanya.
Pergerakan Pemuda Umno dijangka akan mengadakan perhimpunan bagi mengutuk serangan berdarah tentera Israel itu di Masjid Negara selepas solat Jumaat manakala pergerakan Pemuda PAS mengadakan perhimpunan di Masjid Jamek Kampung Baru dan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat. — Bernama

Jenazah yang terkorban akibat serangan komando angkatan laut Israel, diarak oleh orang ramai di hadapan Masjid Fatihsebelum dimakamkan di tanah perkuburandi Masjid Fatih di Istanbul, Turki, pada hari ini Kamis, 3 Jun 2010. Israel telah menolak desakan daripada PBB dan negara-negara lain untuk penyiasatan antarabangsa ke atas serangan kapal mavi marmara yang telah mengorbankan aktivis kemanusiaan ke Gaza.

Mourners pray by the coffins of victims of the Israeli naval commando raid, as they are carried at the end of the religious funeral service at the Fatih mosque in Istanbul, Turkey, Thursday, June 3, 2010. In a stunning reversal that illustrated the severity of the diplomatic fallout from its bloody raid on a Gaza-bound flotilla, Israel on Wednesday dropped plans to prosecute dozens of the captured pro-Palestinian activists, moving instead to deport all of them quickly.


Demonstrators chant slogans and flash the V sign as they greet Turkish activists expelled from Israel, at Istanbul’s airport on June 3, 2010. Hundreds of activists from the Gaza-bound aid flotilla seized by Israeli commandos arrived in Turkey, as Israel’s prime minister denounced some of them as ‘violent supporters of terrorism.’ A crowd of about a thousand people, some chanting anti-Israeli slogans, welcomed the three planes carrying 488 activists at Istanbul airport as they arrived in the small hours of the morning.

A Turkish demonstrator carries a Palestinian flag during an anti-Israeli protest in front of the Israeli Consulate in Istanbul on May 31, 2010. Israeli warships stormed of flotilla of aid ships, among them Turkish vessels, early on May 31, killing between 10 and 15 people and wounding 30 others off the coast of the Gaza Stip. Turkey condemned the attack, saying the Israeli operation may lead to ‘irreparable consequences’ in bilateral ties.
Wednesday, June 2, 2010
Politik dendam, nafsu jahat Umno
Politik balas dendam dan nafsu jahat para pimpinan UMNO Pahang rupanya tidak berakhir atas pentas politik. Sikap rakus dan jamban inilah yang menjadi anutan mereka terhadap musuh politik mereka tanpa menyedari bahawa politik ala zaman batu itu makin dibenci rakyat.
Sewaktu sambutan Aidilfitri tahun lepas, saya telah dimaklumkan oleh Pegawai MARA Daerah Rompin, bahawa Kerajaan Pahang minta saya keluar dari pejabat premis MARA yang saya sedang sewa sekarang.
Untuk rekod, saya telah menyewa sebuah premis MARA untuk saya mula bertapak sebagai sebuah firma guaman sekitar tahun 2007, Tetuan Mohd Fadzli & Co. Pemilihan saya sebagai penyewa juga melalui saluran yang sah iaitu secara temuduga. Tiada kabel,tiada orang dalam. Saya diterima sebagai penyewa secara merit walaupun terdapat ramai penyewa lain yang turut memohon. Sebagai seorang yang baru mula mengenal erti dunia perniagaan dan bertatih, sudah tentulah mengharap sebuah premis mampu sewa seperti MARA.
Saya menyewa tanpa sebarang masalah. Sewa sentiasa berbayar. Tiada Tunggakan. Rekodnya cemerlang. Dulunya Arked MARA sunyi dan hampir tidak dikenali kalau tiada Pejabat Pos Rompin bermukim di sini. Bukan mendabik dada, tetapi selepas pejabat peguam saya mula beroperasi yang merupakan pejabat peguam pertama di Rompin, Arked MARA meriah sekali kalau tidak hingar bingar pun sesesak pasar malam chow kit.
Kini, UMNO peralatkan MARA untuk usir saya. Semua ini kerana saya bekas calon PAS dalam dua siri pilihanraya lalu. Ditambah perit pula bila saya sering memekakkan telinga pemimpin UMNO dengan berdiri secara terbuka mengecam kezaliman dan salah laku pemimpin UMNO dan Barisan Nasional di pentas-pentas Pakatan Rakyat.
UMNO makin pedih bila saya mengheret perangai korup mereka ke Mahkamah. Kes Ketua Penerangan UMNO Rompin saman Dato' Jamaluddin Jarjis (Ketua UMNO Bahagian Rompin), Saman terhadap anak syarikat Kerajaan Pahang kerana lambat serah milik (late delivery), Saman terhadap Kerajaan Malaysia berhubung isu pelatih dirogol jurulatih dan pelatih mati dalam latihan, Saman terhadap Polis kerana menghalang ceramah di Muadzam Shah bersama-sama peguam Hanipa Maidin disamping membantu syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd yang menang saman RM6 juta terhadap Kerajaan Pahang adalah antara rentetan perangai jahat UMNO yang didedah di Mahkamah.
Saya ingin tegaskan, bahawa tindakan penyingkiran saya adalah kerana dendam kesumat politik kotor UMNO/Barisan Nasional. Ini adalah kerana, saya dimaklumkan Pegawai MARA Daerah dalam sambutan aidilfitri tahun lalu bahawa saya mesti mengosongkan premis sewaan saya dalam jangka masa segera.
Pada hal pada ketika itu, tempoh penyewaan saya masih berbaki hampir satu tahun lagi. Saya tidak menyalahkan MARA dan kakitangannya. Tapi sifat dungu UMNO ini terserlah apabila saya dimaklumkan bahawa punca saya disingkir adalah kerana aduan pemimpin UMNO Bahagian Rompin kepada Menteri Besar.
Namun setelah berkeras dan mencabar supaya MARA mengeluarkan surat penamatan pada ketika itu juga, MARA akhirnya memaklumkan saya bahawa saya boleh terus menyewa sehingga tamat perjanjian iaitu sehingga Ogos 2010. Walau apapaun jua yang dibuat, saya tetap tegaskan penyingkiran saya adalah kerana dendam kesumat UMNO pada saya!
Inilah UMNO, sebuah parti yang kononnya perjuangkan bangsa Melayu. Saya orang Melayu. Bumiputera. Anak jati Rompin. Warga Pahang tulen. Saya menyewa dengan sebuah agensi yang bercita-cita ingin membantu orang Melayu,Majlis Amanah Rakyat (MARA). Tapi apa sudah jadi. Saya bukan komunis, bukan penjenayah, tetapi dinafikan oleh bangsa sendiri.Semata-mata berlainan fahaman politik.
Sebenarnya, sikap busuk perut UMNO Pahang ini telah bermula apabila firma guaman lama saya Tetuan M.K Othman & Co yang telah berjaya menjadi peguam panel Unit Perumahan Kerajaan Pahang. Namun apabila mendapat tahu saya menjadi rakan kongsi pemilik M.K Othman & Co, Tuan Khairuddin Othman ( sekarang Setiausaha Perhubungan PAS Selangor), hanya dengan satu panggilan telefon menamatkan khidmat "panelship" dengan Kerajaan Pahang.
Nasib yang sama menimpa rakan guaman saya, Tuan Iqbal Hamdi (bekas YB Kuala Pahang) apabila beliau bertanding atas kerusi PAS dan menang. Habis semua "panelship" beliau ditarik akibat perangai UMNO ini.
Saya mendapat dokongan teguh rakan-rakan peguam Pahang untuk terus berjuang dan memastikan UMNO/BN akan dikuburkan dalam Pilihanraya akan datang. Politik bodoh UMNO ini pasti akan ditertawakan oleh rakyat dalam konstituensi Duta Besar Malaysia Bertaraf Menteri ke Amerika Syarikat.
Masyarakat di barat memandang tinggi Demokrasi yang subur di sana. Bukanlah niat saya untuk berkiblatkan mereka. Tetapi sikap professional mereka dalam melayani musuh politik boleh disanjung. Selepas musim pilihanraya, semua pihak membantu bangunkan negara, tiada istilah balas dendam. Rakyat perlu bangkit untuk menolak budaya hina ini. Ambillah contoh negeri Pakatan Rakyat, carilah satu sahaja contohnya, sekiranya ada mana-mana yang tersingkir dri premis kerajaan kerana jadi calon BN.
Dalam Parlimen Bukan Main Sayang.. Tapi Di luar Kutuk Bukan Main Regim YAHUDI niee
DALAM PARLIMEN SOKONG APCO YAHUDI, DILUAR KUTUK REGIM YAHUDI
Kekejaman regime yahudi, laknatullah, keatas kapal pengaman Frotilla di laut antarabangsa , mengakibatkan ramai kematian dan cedera parah, apabila diserang dgn ganas oleh tentera yahudi. Perbuatan zolim tentera yahudi ini mesti dikecam sehebat2nya. Saya sendiri mengecam kuat setiap kali dipentas ceramah, tazkirah dan solat hajat bersama rakyat. Berbagai pihak termasuk UMNO juga mangutuk dan berdemo tanda marah dan mengutuk tindakan regim israel tersebut.
Tapi mesti juga diingat bahawa apabila pada sessi Parlimen bulan March-April 2010 yg lepas, setelah didedahkan siapa dia APCO WORLDWIDE, ASIASOFT, APCO INTERNATIONAL yang mempunyai hubungan kait terus dgn regim yahudi serta berpengkalan di Tel Aviv, oleh ketua pembangkang, DSAI, namun kesemua ahli Parlimen UMNO telah berkata "setuju" utk kerajaan membayar RM77juta kepada APCO Worldwide sebagai bayaran khidmat perunding untuk mempromosikan 1Malaysia serta menguruskan pertemuan Presiden BN/UMNO dgn Obama dan kos pengiklanan RM, istri 1Malaysia di akhbar The New York Times pd 16 April 2010.
Perbahasan isu ini makan masa 2 hari bagi meyakinkan ahli Parlimen supaya menolak APCO. Kesemua ahli Parlimen PR mengecam hebat APCO dan regim yahudi di Parlimen supaya kerajaan tidak membayar dan membatalkan khidmat APCO. Kami berkata "tidak". Namun oleh kerana suara "setuju" lebih kuat dari "tidak' maka lulus pembayaran RM77juta kpd firma yahudi, APCO WORLWIDE oleh semua ahli Parlimen UMNO/BN.
Persoalanya, kenapa sikap UMNO yg bermuka2 dan membohongi rakyat khususnya orang melayu yg sentiasa diberitahu bahawa UMNO menentang yahudi dan membela rakyat Palestin
di luar Parlimen, tetapi pada hakikatnya UMNOlah yg melantik firma yahudi dan membayar RM77juta kepada APCO Worldwide. Tidakah pimpinan UMNO serta ahli Parlimen UMNO berasa bersalah ? Harap rakyat khusunya masyarakat melayu dapat menilai hakikat sebenar pimpinan UMNO yg bermuka2.
Dalam bab meluluskan lesen judi sukan, bola sepak dunia, UMNO tidak melayan tuntutan ahli UMNO yg mahukan Najib dan kerajaan membatalkan lesen judi sukan ini yg di beri kepada Vincent Tan melalui Ascot Sports S/B .Seluruh rakyat merayu supaya Najib batalkan perbuatan "Rijsun min amali Syaithan", namun Najib langsung tidak mendahulukan rakyat. Yang akan menjadi mangsa bukan banyak sangat yg telah asyik berjudi, tetapi anak2 muda melayu kerana mereka suka bola. Lesen ini akan membuka ruang utk mereka bertarung dan bertaruh.
Mahukah kita benarkan Najib dan kerajaan memberi dan menghantar bara kepada rakyat Malaysia? Inilah kesempatan dan peluang keemasan agar orang dan ahli2 UMNO meninggalkan parti UMNO yg terbukti jelas sesat dan menyesatkan serta melawan perintah Allah seperti termaktub dalam ALQuran, Surah 5: ayat 90, 91 dan 92. Fikir2kanlah serta bertindak pantas dan bijak tinggalkan UMNO sekarang supaya terlepas dari laknat dan kemurkaan Allah.
Allahu 'alam.

