Sunday, January 9, 2011

Pindaan mahu betulkan kesilapan Umno 17 tahun lalu, kata MB Selangor

SHAH ALAM, 9 Jan — Kerajaan negeri Selangor mengesyorkan pindaan perlembagaan negeri bukan sahaja untuk menyelesaikan kemelut pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri tetapi juga mahu “membetulkan kesilapan” awal 1990-an, kata Tan Sri Khalid Ibrahim malam ini.
Sehubungan itu Menteri Besar Selangor berkata, adalah tidak wajar kuasa Sultan Selangor diambil alih oleh Umno demi memperkukuhkan kuasa persekutuan ketika krisis Perlembagaan Persekutuan 1993.
“Umno yang mengambil alih kuasa . . . tetapi apabila dimaklumkan bahawa Sultan tiada kuasa (pelantikan), kami dikatakan jangan bertindak menderhaka,” kata beliau pada perhimpunan di Stadium Malawati di sini.
Majlis malam ini dimulakan dengan solat hajat.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim juga hadir sama.
“Siapa yang menderhaka? Pada 1993, mereka (Umno) sudah pun melakukan derhaka,” kata beliau lagi.
Khalid juga menekankan bahawa kerajaan Selangor akan membuat beberapa usul akhir bulan ini untuk memastikan kuasa pelantikan tiga pegawai kanan perkhidmatan awam negeri — Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri kembali ke tangan Sultan dan kerajaan Selangor.
Malah beliau juga mencabar Umno menentang pindaan perlembagaan yang bakal dibawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
“Kita akan lihat belang mereka yang sebenar, jika benar mereka mendukung Sultan (mereka wajar sokong),” kata beliau disambut tepukan gemuruh.
Khalid berkata “drama (semasa) akan berterusan” sehingga kuasa untuk melantik pegawai-pegawai kanan terbabit kembali kepada negeri.
Semalam, Khalid juga mencabar Umno menyokong pindaan perlembagaan jika ia benar-benar ikhlas dalam menjunjung institusi diraja, yang dialung-laungkannya selama ini.
“Umno (mengatakan bahawa) ia memandang tinggi (kedudukan) Sultan. Mereka (mengatakan) mereka yang mempertahankan raja,” kata beliau sambil menggesa Umno menunjukkan keikhlasan jika benar parti teras Barisan Nasional itu mempertahankan institusi diraja.
Menteri Besar merancang untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri khas hujung bulan ini bagi menyelesaikan kemelut ekoran pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru.
Sidang itu akan membincangkan pindaan perlembagaan negeri.
Pakatan Rakyat mempunyai 35 anggota di Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan 56 kerusi.
Pindaan perlembagaan memerlukan sokongan dua pertiga untuk diluluskan.
Sumber - themalaysianinsider.com

Mantan SUK ; Balaci terakhir

Kawan aku kata bekas SU MPAJ ni bagus. Masa dia betugas di sana, ramai staff kontrak yang diserap ke jawatan tetap. Aku setuju la tu dengan apa yang telah dia lakukan semasa bertugas di MPAJ

Masaalahnya, pendirian politiknya yang telah mempengaruhi kerjayanya.

Sistem pentadbiran bumi bertuah ini menjadi kalut disebabkan persetujuannya untuk menjadi balaci umno sebelum meninggalkan kerusi empuknya di SUK.
-----------------------------------------------------------------


SHAH ALAM : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud menyusup kuasa-kuasa Menteri Besar apabila menguruskan pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan itu.

Beliau berkata tugas itu adalah tanggungjawab Menteri Besar dan tidak pernah disandarkan kepada Datuk Ramli.

"Pihak Menteri Besar dan EXCO tidak pernah mengeluarkan arahan kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menguruskan perlantikan jawatan itu bagi pihak mereka. Kalau dia cakap dia tak beritahu Menteri Besar atau pun dia beritahu, yang sebenarnya dia tak disuruh untuk buat kerja itu, kerana MB yang sepatutnya buat kerja tersebut," katanya.


Justeru menurut beliau, kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab untuk membetulkan keadaan bagi memastikan pelantikan SUK dan jawatan penting lain dibuat secara telus dan mengikut landasan yang ditetapkan.

"Kita mesti membetulkan keadaan, jadi inilah yang saya sedang usahakan. Rakyat harus sedar bahawa apa juga yang kita lakukan, ia adalah untuk manfaat mereka.

Jika saya berpeluk tubuh, maka saya akan dilihat sebagai akur dengan situasi yang ada," tambah beliau.

Khalid berkata atas hasrat itu, kerajaan negeri mengadakan sidang Dewan Negeri Selangor pada penghujung bulan ini.

Sidang itu untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan SUK, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri.

"Saya mahu mengatasi masalah ini, itu sebabnya kita berusaha untuk mengadakan sidang Dewan, sebab pada zahirnya ini adalah isu enakmen," tambah beliau lagi.- tvs

Solat Hajat & Ceramah Perdana - Ribuan Manusia Memenuhi Setiap Ruang

FOTO OLEH ABAH ANAS













































ADAKAH MEREKA NI PENDERHAKA DAN PENGKHIANAT ISLAM....???